Dulu…

Pernah orang tak nak kawan dengan aku sebab aku tak pandai (tadika). Nak tulis nombor dua pun tak tahu.

Baru 2,3 bulan masuk tadika dah pindah kampung (penceraian keluarga). Itu pun tak habis juga belajar sebab tak ada orang nak hantar. Susahnya dulu tak ada motor dan kereta. Perjalanan ke sekolah dalam 1.5-2km.

Di sekolah rendah, aku antara top 5..

Aku suka belajar. Rasa puas kalau cikgu puji.

Cikgu Maizatul
Cikgu Maizatul

Pernah sekali ada pertandingan di PD, aku terpilih mewakili sekolah. Tapi kasut aku koyak, mak aku tak ada duit nak beli. Rezeki malam tu, lepas mengaji, ada cucu atok yang ajar mengaji bagi aku kasut nurse yang dia tak muat.

Gembiranya aku rasa malam tu sebab aku dah tak malu bila pergi sekolah orang lain.

Baju jalan-jalan hanya bertukar setahun sekali. Susahnya kami dulu, syampu tak pernah ada. Pakai sabun je lumur kat kepala. Berus gigi, seluar dalam kami kongsi adik-beradik. Tandas kat luar. Darjah 3 dah kena basuh baju sendiri. Mesin basuh ada masa aku tingkatan 6 kot.

Dapat belanja 10 sen, aku nangis-nangis.. Nak buat macam mana kalau itu yang mak aku mampu bagi (sekolah rendah).

Kerana kesusahan itu, aku mula mencari rezeki seawal darjah 4. Cuti sekolah aku ikut abang isi tanah dalam plastik hitam. Satu plastik dapat 6 sen. Sehari dapatlah RM6 untuk 100 plastik. Cukup 3 minggu kerja, kena demam panas.

Semasa bersama dengan tentera simpanan TUDM.
Semasa bersama dengan tentera simpanan TUDM.

1994, pindah di Selangor.

Tingkatan 1.. cuti sekolah hujung tahun aku kerja isi pampers dalam plastik. Kedai tu masih ada di Taman Permata, Hulu kelang. Dapatlah duit beli baju sekolah dan kasut yang mahal sikit. Tak lupa hulur mak duit gaji.

Habis tingkatan 5… kerja Guardians Pharmacy.

Semasa lower 6, cuti hujung tahun kerja KFC, raya pun kena kerja. Memang best gaji triple! Ingat lagi tak DaNia Estelle?

Habis upper 6, dapat jadi guru sandaran di SK Kuala Ampang 2. Memang syok jadi cikgu ni.. hehe.

Masuk UUM, berbekalkan gaji cikgu sandaran dan duit PTPTN. Sepanjang pengajian, dua kali je mak aku pernah bagi duit belanja. Selebihnya, aku guna duit PTPTN dan elaun tentera simpanan.

Tamat belajar, dapat jadi pegawai kontrak kat Mindef. Cukup 2 tahun, aku dapat tawaran dari MILS di bawah MISC, sebuah syarikat yang cukup gah dahulu.

Cikgu Maizatul bersama murid-murid.
Cikgu Maizatul bersama murid-murid.

Sekarang, syukur.. Rezeki menjadi cikgu sudah cukup untuk aku berkongsi.

Itu sebab, aku cukup pantang kalau ada orang mencuri, mengambil hak orang yang mmg susah.

Lagi menyampah dengan orang yang salahkan parent, salahkan kerajaan, salahkan orang lain. Kalau ingin berjaya, berusaha.

Dulu, dapat peluang belajar, tak nak buat baik-baik. Lepas tu dapat kerja yang gaji sikit bising-bising.

Dah tahu gaji sikit, buat dua kerja. Rezeki ada di mana-mana.

Jadi, mana-mana pelajar yang baca kisah cikgu, korang jangan malas belajar untuk masa depan korang tau.

Pointnya…. (panjang betul mukadimah aku).

Bila lihat murid dengan kasut ni.. timbul rasa sedih. Sebab aku pernah melalui zaman susah.

Kasut murid susah.
Kasut murid susah.
Kasut pelajar susah.
Kasut murid susah.

Yang seorang ada mak ayah tapi bergaduh.

Yang seorang duduk dengan makcik yang sederhana tapi tiada mak dan ayah.

Berikan mereka sedikit keceriaan.

Nota editor: Cikgu Maizatul telah bermurah hati menghadiahkan dua orang pelajar ini dengan kasut sekolah baru. Selamat hari guru, Cikgu Maizatul dan cikgu-cikgu seluruh Malaysia!