LEGO ada sesuatu yang hebat khas untuk peminat tegar produk mereka. LEGO dengan kerjasama Airbnb akan memilih satu keluarga bertuah untuk tinggal di LEGO House Billund, Denmark. Rumah dengan keluasan 12,000 meter persegi ini dibina daripada 25 juta kepingan LEGO! Pemenang juga boleh membuat tempahan makanan dengan bata LEGO khas yang akan disediakan di LEGO House itu nanti.

Semuanya diperbuat daripada LEGO; dinding, perhiasan, jam dinding dan katil turut dibina daripada LEGO untuk memberikan pengalaman tidak dapat dilupakan kepada pemenang. Kucing pun ada! Peraduan ini terbuka untuk peminat LEGO dari seluruh dunia. Anda hanya perlu ke laman Airbnb X LEGO dan ceritakan apa yang anda mahu bina sekiranya mendapat unlimited supply bata LEGO.

Mudah saja kan? Peluang ini dibuka sejak 1 November lalu dan akan tamat pada 16 November depan. Pemenang akan diterbangkan terus dari mana-mana lokasi dari seluruh dunia! Bukan sahaja dapat menginap. LEGO belanja perbelanjaan untuk ke sana lagi.

Pemenang akan turut dibawa melawat pejabat LEGO oleh pembina LEGO Jamie Berard. Jadi, bersama Jamie nanti anda berpeluang untuk bina apa yang ingin bina jika mempunyai kepingan LEGO tanpa batasan. Peminat LEGO di luar sana jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mana tahu idea yang terpendam di dalam minda anda itu hebat dan anda dipilih untuk ke LEGO House. Selamat mencuba!

lego 1

lego 2

lego 3

lego 4

lego 6

lego 7

lego 8