Pada tahun lalu JPJ negeri Kedah telah berjaya memperoleh lebih RM1.2 juta bagi bidaan siri nombor pendaftaran ‘KFA’ yang akronim dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Semalam JPJ Negeri Kedah mengumumkan akan membuka bidaan siri nombor pendaftaran ‘KFC’ yang sinonim dengan jenama restoran makanan segera yang menghidangkan ayam sebagai menu utama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tender bidaan secara online akan dibuka pada 13 Februari sehingga 11.59 malam, 17 Februari. Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh JPJ Negeri Kedah semalam,

“Keputusan pemenang tender akan diumumkan dalam tempoh 24 jam selepas itu iaitu pada 18 Februari 2021.

“JPJ Kedah menyasarkan untuk memperoleh kutipan berjumlah lebih RM1 juta daripada bidaan untuk siri nombor pendaftaran kenderaan ‘KFC’ ini,” katanya.

Jika anda berminat untuk mendapatkan siri nombor pendaftaran ‘KFC’ ini, jangan lupa untuk melayari jpjebid.jpj.gov.my untuk memulakan tempahan atau muat turun aplikasi JPJeBid di smartphone anda pada 13 Februari sehingga 17 Februari nanti.

Baru-baru ini terdapat khabar yang menyatakan Porsche bakal membuka operasi di Kulim, Kedah. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Porsche Pilih Kulim Untuk Bangunkan Kilang Pemasangan Kereta?

Honda ADV150 2021 Masuk Pasaran Malaysia Dengan Harga RM11,999