Sepanjang bulan lepas, peminat setia Coca-Cola sepertinya sudah tidak sabar menanti kehadiran produk terbaharu syarikat tersebut iaitu Coca-Cola Clear yang setakat ini dikhabarkan hanya boleh didapati di Family Mart seluruh Malaysia.

Produk ini telah diperkenalkan di Jepun pada bulan Jun lepas dengan harga pasaran 140 Yen (+-RM5) untuk 500 ml. Produk ini telah dibawa masuk di negara jiran, Singapura pada bulan lepas. Bermula bulan ini, pembeli di Malaysia sudah boleh menikmati minuman ini di cawangan Family Mart berhampiran dengan anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, produk ini bukan hanya menonjol disebabkan warnanya yang jernih seakan-akan air mineral biasa bahkan ianya dikatakan tidak mengandungi kalori. Adakah anda sudah menjadi salah seorang pembeli terawal? Jika belum, tunggu apa lagi ajak rakan-rakan anda untuk menikmati sendiri minuman ini. Mungkinkah produk ini akan tular seperti demam Oden Family Mart?