Membeli belah produk melalui iklan di Instagram kini lebih mudah apabila syarikat tersebut telah menambah satu lagi ciri baharu yang membenarkan pengguna untuk membeli terus barangan yang dipromosikan di Insta Stories.

Ciri ini pastinya akan membantu Instafamous untuk melariskan barangan review yang diberikan oleh penjual di laman sosial media tersebut. Untuk mengaktifkan ciri tesebut, pengguna sudah pastinya perlu update aplikasi tersebut kepada versi yang lebih baharu dan tambahkan sahaja ikon shopping bag pada ruangan sticker.

Ciri ini sudah digunakan pada akaun Instagram jenama terkemuka seperti adidas dan Louis Vuitton. Ciri ini dijangka akan diperluaskan untuk kemudahan jenama-jenama terkemuka dahulu sebelum diperluaskan kepada pengguna-pengguna lain.

Screenshot_20180613-120954

Tunggu apa lagi, mungkin anda boleh memiliki beg tangan, minyak wangi atau kasut baharu sebagai ganjaran kepada diri sendiri dengan lebih mudah.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group