Instagram kini menambah satu lagi ciri yang memudahkan anda untuk membeli produk secara atas talian. Bukan sahaja produk malah tempahan untuk makan malam juga boleh dilakukan melalui Instagram. Bagaimana?

Mudah sahaja. Pergi ke mana-mana profil yang menjual barangan online kegemaran anda dan klik pada gambar yang mempunyai ikon beg. Klik pada gambar untuk melihat harga.

WhatsApp Image 2018-05-18 at 10.09.35

WhatsApp Image 2018-05-18 at 10.09.50

Untuk meneruskan pembelian, klik pada harga dan anda akan disambungkan kepada pop-up laman web stor tersebut untuk meneruskan transaksi pembelian. Bagaimana pula dengan cara pembayaran?

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu klik pada option di sebelah penjuru kanan profil anda dan tekan pada “Payment” terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian.

WhatsApp Image 2018-05-18 at 09.45.28

Anda boleh memasukkan maklumat kad kredit/debit anda pada pilihan “Profile”. Jangan risau, tetapan keselamatan untuk mengelakkan pembelian tidak sengaja turut disediakan pada pilihan “Security”.

payment

Pembelian anda akan direkodkan di dalam ruangan “Activity”. Rekod ini membenarkan anda untuk track pembelian yang sudah berjaya dan sedang diproses. Selamat membeli-belah untuk Hari Raya Aidilfitri.

WhatsApp Image 2018-05-18 at 09.45.29