Jika anda sering mengikuti The Vocket, pastinya anda mengetahui bagaimana kami begitu teruja dengan perkembangan syarikat Uber ini. Sebelum ini kami pernah mengupas tentang dana yang diterima daripada Arab Saudi, fungsi Family Profile dan aplikasi Taxi Later.

Uber yang sebelum ini gagal untuk penuhi permintaan pengguna yang mahukan fungsi menjadualkan perjalanan kini hadir dengan altenatif yang sangat awesome. Pengguna kini diberikan akses untuk menjadualkan perjalanan daripada 30 minit sebelum sehinggalah kepada 30 hari sebelum perjalanan.

1080x1080_digital-article
HYPE
Ini Cara Mudah Tebus Aiskrim Dan Air Kotak Percuma Khas Untuk Pelanggan Shell & BonusLink
Baca lagi →

ScheduledRides-Flow-in-Phone

Pertambahan fungsi ini sedikit sebanyak memberi keyakinan buat pengguna untuk terus menggunakan Uber tanpa memikirkan kesediaan Uber pada masa tertentu.

Fungsi terbaru daripada Uber ini dijangka akan dimulakan di Bandar Seattle pada 9 Jun ini dan dijangka akan ditambah di bandar-bandar yang lain dari semasa ke semasa.

Anda Mungkin Suka