Tidak dinafikan, kamera telefon pintar semakin canggih dari tahun ke tahun. Trend ini nampaknya berjaya membuatkan orang ramai tidak lagi memerlukan kamera kompak sepertimana ketika tahun 2002-2006.

Pictar nampaknya mengambil inisiatif untuk menyediakan sebuah ‘case’ dengan sokongan camera-grip pada iPhone agar mengambil gambar menggunakan iPhone akan lebih selesa dengan menghasilkan imej yang lebih cerah dengan sokongan dwi-flash.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

f937456af3ccc549024e73c0e1bbae01_original (1)

Bukan itu sahaja, camera grip daripada Pictar ini juga disertakan dengan butang shutter, selfie,zoom dan exposure. Jika anda berpendapat camera grip daripada Pictar ini cuma menyokong iPhone terbaru anda mungkin silap kerana camera grip daripada Pictar ini menyokong iPhone 4 sehingga iPhone 6s. Mungkin kerana tidak dapat menyokong saiz yang besar, iPhone 6 Plus dan iPhone 6S Plus tidak tersenarai untuk sokongan Pictar.

Setakat ini Pictar masih belum bersedia untuk menjual secara umum dan masih dalam fasa permulaan di Kickstarter. Pictar akan mula dijual secara tempahan dengan harga $90 yang bersamaan dengan RM351 sebuah.

Sumber