Bermain sebagai Jedi di dalam permainan Star Wars bukanlah sesuatu yang baru. Apa yang membezakan permainan terbaru ini yang diberi nama Star Wars: Trials on Tatooine dengan permainan Star Wars sebelum-sebelum ini adalah permainan ini akan menggunakan VR Headset daripada HTC Vive. Kerjasama Lucasfilm dan ILMxLab nampaknya berjaya mereliasasikan impian para gamer untuk menjadi jedi dengan lebih dekat.

Di dalam siri terbaru Star Wars: Trials on Tatooine ini, pengguna harus menggunakan HTC Vive untuk dipilih sebagai sebagai seorang Padawan yang dihantar ke Tatooine selepas kekalahan kepada Galactic Empire. Permulaan permainan terbaru Star Wars ini masih mengekalkan elemen-elemen klasik di dalam Star Wars seperti pengenalan yang epik berserta lagu tema.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Permainan ini sudah pun dilancarkan dan Lucasfilm berhasrat untuk menyediakan lebih banyak lagi permainan yang berkonsepkan VR Headset buat permainan Star Wars yang akan datang.

Sumber