Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada awal pagi tadi, DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan darjah kebesaran tertinggi Istana Johor kepada Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Besar Johor.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) yang membawa gelaran ‘Dato’ kepada Perdana Menteri Singapura.

Pada majlis istiadat yang sama, Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J) kepada isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching yang membawa gelaran ‘Datin Paduka’.

Sumber Gambar: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Hubungan Johor dan Singapura terjalin sekian lama dan pengurniaan darjah kebesaran tertinggi dari Istana Johor ini terus mengukuhkan hubungan dua hala.

“Saya juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura diatas peranan beliau selama ini dalam terus mengeratkan hubungan Singapura dan Johor,” titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO).

Istana Johor sebelum ini turut pernah mengurniakan darjah kebesaran kepada beberapa pemimpin republik itu sebagai lambang persahabatan dan hubungan erat antara Johor dan Singapura.

Ini termasuk mantan Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew yang dikurniakan SPMJ pada 9 April 1984 bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-52 Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Pada akhir Mac lalu, kerajaan Singapura telah mengumumkan negara tersebut tidak lagi wajib menggunakan pelitup muka. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Singapura Tidak Lagi Wajibkan Penggunaan Pelitup Muka Di Kawasan Luar Bermula 29 Mac Ini

Singapura Akhirnya Izinkan Jururawat Muslimah Pakai Tudung

Anda Mungkin Suka