Baru-baru ini heboh di media sosial terutamanya di Twitter dengan #PehaMelimpah yang tercetus gara-gara kenyataan seorang pengkritik fesyen di Malaysia yang dikenali sebagai ‘Anna Wintour Malaysia’ atau Zaihani Mohd Zain.

Beliau mengeluarkan kenyataan yang mengatakan golongan yang mempunyai berat badan melebihi 60 kilogram tidak perlu hadir ke acara pertunjukan fesyen kerana ‘paha melimpah’ yang dianggap menceroboh ruang kerusi orang sebelah dan menimbulkan rasa kurang senang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikutan kenyataan ini ramai netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati dan kurang senang kerana menganggap beliau tidak peka dengan sensitiviti sesetengah orang.

Tidak ketinggalan seorang ikon fesyen negara yang turut memberikan ulasan mengenai isu ini iaitu Datuk Tom Abang Saufi yang memuat naik gambar di Instagram beliau dengan caption yang menunjukkan ikon fesyen antarabangsa yang berbadan gempal. Gambar tersebut turut menerima komen daripada netizen yang turut tersinggung dengan kenyataan Zaihani.

Adakah anda juga geng #PahaMelimpah?