Setelah Kylie Jenner dan Rihanna memulakan langkah sebagai selebriti yang mempunyai jenama alat solek sendiri, kini Lady Gaga turut mengikuti jejak tersebut. Beliau yang sebelum ini memulakan kerjayanya sebagai penyanyi kemudiannya membintangi beberapa drama dan seterusnya membuka restoran sendiri.

Jika dilihat pada Instagramnya sejak beberapa bulan yang lalu, beliau sudah memuat naik ‘teaser’ untuk koleksi make up tersebut yang mungkin diberi nama HAUS.

Difahamkan koleksi tersebut tidak terhad kepada alat solek sahaja malah turut didatangkan dengan set penjagaan wajah dan diri. Mungkin peminat Lady Gaga atau fashionista di luar sana sudah tidak sabar untuk menantikan jenama ini berada di pasaran.