Jika anda masih ingat mengenai kontroversi rendang crispy beberapa bulan lalu, John Torode pastinya bukan satu nama yang asing lagi buat masyarakat di Nusantara. Kini isteri John Torode, Lisa Faulkner yang juga merupakan seorang pelakon dan chef selebriti kembali mengundang kemarahan rakyat Asia.

Lisa faulkner

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, Lisa telah berkongsi resipi Nasi Ayam Hainan di salah sebuah majalah tempatan dan keratan resipi tersebut telah dikongsi semula oleh pihak media The Guardian Lab di media sosial. Perkongsian tersebut telah menerima kritikan daripada pembaca Asia.

Seperti yang kita tahu, Nasi Ayam Hainan ialah hidangan nasi yang dimasak bersama bahan-bahan seperti bawang dan halia yang disertakan dengan ayam kukus.

Hainanese-Chicken-Rice

Namun lain pula rupa Nasi Ayam Hainan berdasarkan resipi Lisa. Perubahan yang ditampilkan hampir 180 darjah nyata sekali akan menimbulkan kemarahan dan kritikan daripada orang ramai.

lisa hainan chicken rice

Antara komen yang diberikan oleh orang ramai ialah mengenai bahan-bahan yang digunakan. Malah ada seorang pengguna yang mengatakan hanya disebabkan nasi tersebut mengandungi ayam, tidak semestinya hidangan tersebut dikenali sebagai Nasi Ayam Hainan.

capture-20181009-114238

Ianya nyata buat orang ramai yang biasa makan nasi ayam hainan traditional rasa kecewa. Apa salahnya hidangkan menu ini dengan caranya yang betul? Tetapi itulah orang putih. Mereka sahaja yang betul; walaupun makanan itu bukan makanan traditional mereka.

Sumber