Pelajar universiti dan teknologi memang tak dapat dipisahkan. Kalau tanya pasal smartphone dekat generasi celik IT ni, confirm mereka boleh bercerita dengan panjang lebar. Di universiti, boleh dikatakan kebanyakan pelajar guna banyak jenis peranti untuk selesaikan tugasan harian contohnya sewaktu perbentangan, research dan banyak lagi.

Apa yang menjadi masalah ketika ini adalah harga peranti yang ada di pasaran ketika ni makin mahal. Umum tahu tidak ramai pelajar yang mempunyai jumlah dana yang besar untuk membeli peranti-peranti berteknologi tinggi. Oleh yang demikian, kami ingin kongsikan kepada anda kempen Together 2020 daripada HUAWEI.

Melalui kempen ini, para pelajar berpeluang untuk memiliki pelbagai jenis peranti HUAWEI dengan skim bayaran ansuran serendah RM19.39 sehari. Untuk pakej pelajar, anda akan dapat HUAWEI MateBook 13, telefon pintar HUAWEI nova 5TWatch GT2 dan FreeBuds 3. Nak tahu apa kelebihan kesemua peranti ni? Jom baca artikel ini sampai habis!

1. HUAWEI nova 5T memang stylish!

Sebagai student anda mesti perlukan smartphone serba canggih tapi dalam masa sama nak cari yang harganya berpatutan kan? Sebab itu dalam pakej pelajar ni HUAWEI tawarkan telefon pintar HUAWEI nova 5T untuk anda. Bukan biasa-biasa tau sebab smartphone ini didatangkan dengan AI chipset Kirin 980 yang juga merupakan chipset 7nm pertama di dunia.

HUAWEI nova 5T turut dilengkapi kamera Quad AI dengan 32MP untuk kamera swafoto. Ia juga hadir dengan mod AIS Super Night yang membolehkan anda untuk tangkap gambar dalam keadaan gelap. Ini antara gambar yang diambil menggunakan HUAWEI nova 5T. Lawa bukan?

HUAWEI-nova-gambar-baru-671×311

Mengenai bateri pulak anda tidak perlu risau, sebab baterinya dilengkapi dengan teknologi pengecasan SuperCharge yang membolehkan bateri telefon ni dicas sebanyak 50% dalam masa 30 minit sahaja. Dalam erti kata lain, kalau nak cepat-cepat ke kuliah tu memang tak ada masalah.

Telefon ni juga didatangkan dengan 3 warna yang berbeza iaitu Midsummer PurpleCrush Blue dan Hitam. Pendek kata, semua warna ni memang kena dengan jiwa orang muda yang mahukan penggayaan.

warna-nova-5T

2. Tugasan di universiti jadi lebih mudah dengan MateBook 13

Kalau sebut pasal laptop, kami yakin semua student wajib ada laptop sendiri untuk buat assigment, presentation dan lain-lain tugasan. Paling penting laptop tu mesti la senang nak guna dan mudah untuk dibawa ke mana saja.

Dalam pakej pelajar yang ditawarkan HUAWEI, anda akan dapat MateBook 13 tau. Keupayaan laptop ni serius sangat mengagumkan dan mudah sebab anda boleh connect terus dengan telefon pintar HUAWEI dengan hanya satu tap sahaja!

Anda juga boleh gunakan fungsi interface melalui semua peranti HUAWEI supaya senang untuk anda control. Dengan menggunakan smartphone nova 5T je, anda juga boleh share files dan foto anda ke laptop ni dengan satu tap je tau. Laju pulak tu. Hanya 1 minit masa yang diperlukan untuk transfer 500 gambar.

3. Watch GT2 teman setia di universiti

Bila dah bergelar student, sibuk dengan assignment, kuliah dan program universiti tu perkara biasa. Kalau anda ada Watch GT2 ni, anda tak perlu risau dah pasal terlepas pandang sebarang mesej atau peringatan penting ni kalau anda pair kan jam ni dengan telefon pintar anda.

AndroidPIT-Huawei-Watch-GT2-Menu-671×377 (1)

Jam ni jugak mampu mengawasi tahap kesihatan dan kadar degupan jantung anda serta membolehkan korang untuk tahu laporan penuh tahap kesihatan anda dekat smartphone anda tu. Paling best, anda juga boleh jawab serta buat panggilan tanpa perlu bawa telefon sewaktu tengah bersenam tau. Sambil-sambil bersenam tu boleh jugak dengar muzik terus dekat jam ni.

4. Lebih fokus dan bergaya dengan FreeBuds 3

Peranti FreeBuds 3 ni pula agak unik sikit sebab ianya dilengkapi dengan ciri-ciri noise reduction yang membolehkan anda nikmati muzik tanpa diganggu dengan bunyi-bunyi daripada luaran. Peranti ni juga membolehkan anda dengar muzik dengan lebih jelas dan dalam masa yang sama membolehkan anda menjawab panggilan melalui FreeBuds 3 ni.

HUAWEI-FreeBuds-3-details-671×336

Design juga sangat simple dan selesa untuk dipakai dekat telinga untuk jangka masa yang lama. HUAWEI FreeBuds 3 ni dicipta berdasarkan algoritma generasi Bluetooth yang secara dinamiknya akan menghalang sambungan daripada gangguan WIFI dan secara pantas akan mengaktifkan noise cancellation. Pendek kata, ia membolehkan anda menikmati audio dengan lancar.

Banyak lagi pakej HUAWEI Smart Life tersedia!

Bukan pakej student je yang ada tau, banyak lagi pakej-pakej menarik daripada HUAWEI yang kena dengan personaliti dan gaya hidup untuk anda nikmati dengan harga yang bermula serendah 8.97/sehari sahaja. Paling best kesemua pelan bayaran ansuran HUAWEI ni, 0% interest tau!

Screen-Shot-2019-12-13-at-12.18.23-PM-671×372

Jadi, apa anda tunggu lagi? Cepat-cepatlah pergi dapatkan pakej-pakej yang gempak ni. Kunjungi website HUAWEI sekarang untuk mula melanggan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan pakej yang ditawarkan ni.

Ketahui juga 3 peranti HUAWEI yang ternhangat di pasaran ketika ini. Turut dikongsikan, HUAWEI Y9 Series yang sangat berbaloi untuk didapatkan dengan harga serendah RM799 sahaja.

Tampil Bergaya Dengan 3 Peranti HUAWEI Yang Terhangat Di Pasaran Masa Kini!

Skrin, Bateri & Storan Lebih Besar, HUAWEI Y9 Series Sedia Ditawarkan Daripada Harga RM799 Sahaja!