Nota Editor: Artikel ini diinspirasikan dari facebook page Ainaa Amanda Shahzali, seorang anak kecil yang istimewa. Ikuti kisah lanjut di bawah.


Anak yang istimewa, Ainaa Amanda Shahzali, menerima perhatian warga Malaysia. Beliau yang petah berkata-kata, bercerita kepada ibunya tentang pengalaman hari pertama persekolahan di darjah satu di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh Tobiar Pendang, Kedah. Dalam 3 minit sahaja, beliau telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.

Kisah beliau menjadi viral, setelah beliau menceritakan gangguan yang diterima oleh kawan-kawan barunya.

https://www.youtube.com/watch?v=I29jb_rcTRM

Amanda bercerita yang kawannya berkata kepadanya, “Eh eh tengok tu. Kawan tu takde tanganlah.”

Lalu Amanda menjawab, “Mana saya ada tangan. Tuhan bagi kat saya. Awak ni. Sungguh-sungguh. Nanti awak kena takde tangan nanti baru tahu.”

Kelu kami mendengarnya.

Ibunya, Abby Hassan, menceritakan detik-detik pertama kali mengandungkan Amanda setelah 11 tahun berkahwin tanpa cahaya mata.

Ibu saudaranya, Eida Hidayati Hassan menceritakan saat-saat Amanda dilahirkan.

Kekurangan di mata manusia, kelebihan di sisi Allah.

Sungguh kuat ibunya menghadapi dugaan. Dan sungguh kuat ibunya, Abby Hassan menghadapi soalan ini hampir setiap hari.

Mujurlah ibunya bijak mendidik. Menerima rezeki yang Allah berikan, walau dalam apa bentuk sekalipun. Dengan redha. “Tangan adik ada di syurga. Adik jangan sedih tau.”

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, apabila berita ini tersebar, beberapa rakyat Malaysia yang prihatin akan membantu Amanda mendapatkan 3D Printing Mechanical Orthosis ataupun sarung tangan 3D. Salah seorang ialah seorang lelaki yang dipanggil Paksu.

tangan-3d-amanda

In this world, there’s still hope. Harapan dari orang-orang baik seperti Paksu. Harapan dari orang-orang yang kuat seperti Ainaa Amanda Shahzali dan ibunya, Abby Hassan. Kami mendoakan usaha untuk mendapatkan sarung tangan 3D untuk Amanda berjaya. Amanda, dalam 3 minit, anda telah menyentuh hati kami. Amanda, dalam 3 minit, anda telah menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia. Kami mendoakan anda, anak kecil yang istimewa, sentiasa beroleh kekuatan. Kami mendoakan anda, anak kecil yang istimewa, sentiasa dilingkari kecantikan hati dan budi. Amanda, you are beautiful.

Like page The Vocket di Facebook