Orang selalu kata bahawa kebahagian itu ada pada wang ringgit, malah anak kecil berumur 3 atau 4 tahun sudah dimomokkan dengan cerita bahawa orang yang paling bahagia adalah orang yang memandu kereta mewah atau tidur di katil yang empuk.

Tetapi apa yang mereka tidak tahu, bahagia datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Lebih baik tidur berbantalkan lengan daripada tidur dengan bantal yang empuk tetapi otak masih memikirkan masalah yang tak sudah.

Mungkin itu yang dilakukan oleh Ven Ajahn Siripanyo, anak kepada individu ketiga terkaya di Malaysia, Ananda Krishan – mempunyai kepentingan perniagaan di industri media (Astro), satelit (MEASAT), minyak dan gas (Bumi Armada, Pexco), telekomunikasi (Maxis, Aircel) dan pemegang saham dalam Syarikat Tanjong Public Limited – yang memilih jalan kebahagian untuk menjadi seorang sami Buddha.

Dia yang mengabdikan hidupnya untuk mendalami rohani dengan cara meninggalkan kekayaan dan harta benda yang dimiliki oleh ayahnya, yang dilaporkan bernilai lebih dari RM21 bilion.

Dibesarkan di London dan mendapat pelajaran awal di sana bersama saudaranya. Siripanyo dikatakan telah terdedah dari awal kehidupannya dengan beberapa budaya yang berbeza. Jadi tidak hairan melihat dia memilih Buddha sebagai jalan ketenangan untuk lari dari semua kekayaan.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=327&v=LxvG7GvjvmY&feature=emb_title

Dia sebenarnya mula menelusuri jalan dalam agama Buddha sejak dia berumur 18 tahun lagi. Semuanya berlaku secara tidak sengaja semasa dia mengunjungi Thailand untuk memberi penghormatan kepada keluarga ibunya.

Apa yang dia tidak tahu bahawa lawatannya ke Thailand telah membawa dia ke jalan lain yang tidak disangka-sangka. Kini, lebih dari dua puluh tahun kemudian, dia adalah seorang sami hutan dan dilantik sebagai Ketua Biara Dtao Dum Monastery yang terletak di antara sempadan Thailand dan Myanmar.

Dia juga dikatakan mempunyai darah keturunan raja melalui ibunya. South China Morning Post melaporkan bahawa Siripanyo mempunyai darah bangsawan dari keturunan keluarga diraja Thailand, Momwajarongse Suprinda Chakraban.

Lahir dalam keluarga yang mempunyai budaya yang berbeza, Siripanyo dikatakan boleh bertutur dalam 8 bahasa. Namun disebabkan privasi yang melingkupi kehidupan peribadinya, tidak ada yang tahu dengan tepat bahasa mana yang paling dikuasi oleh beliau. Bahasa Inggeris adalah antara bahasa yang selalu digunakan olehnya, manakala Tamil dan Thailand adalah antara 8 bahasa yang dikuasai olehnya.

Dalam menjadi seorang sami Buddha, Siripanyo sedar bahawa hidup perlu berlandaskan kemurahan hati dan dicampur dengan sifat cinta pada keluarga. Tetapi itu tidak menghalangnya daripada menggunakan kemewahan keluarganya jika situasi memerlukan. Dia selalu meluangkan masa untuk ayahnya dan beberapa media antarabangsa pernah melaporkan bahawa Siripanyo pernah dilihat menaiki jet peribadi untuk bertemu ayahnya di Itali. 

Dia mungkin ditafsirkan sebagai ‘gila’ kerana memilih ketenangan jiwa dengan jalan agama dan meninggalkan semua yang ada di belakangnya – kekayaan, wang ringgit dan kehidupan mewah. Tetapi satu benda yang pasti, kebahagian itu datang dalam pelbagai bentuk, tidak adil jika kebahagian itu hanya dianggap melalui wang serta sumber kekayaan sahaja dan Siripanyo telah mengajar kita bahawa semua orang layak untuk bahagia.

Setiap agama mementing penganutnya untuk berdoa kepada yang berkuasa dalam situasi apa pun. Terdahulu, doktor di AS telah melakukan kajian, adakah doa mampu sembuhkan pesakit COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Doktor Di AS Lakukan Kajian, Adakah Doa Mampu Sembuhkan Pesakit COVID-19?