Jenama Forever 21 pasti sangat familiar dengan peminat fesyen terutamanya golongan wanita. Forever 21 juga ada mengeluarkan segmen untuk lelaki di sesetengah butik mereka. Adakah anda tahu jenama ini dicipta oleh satu pasangan imigran dari Korea?

Forever 21 di Shibuya
Forever 21 di Shibuya

Do Won ‘Don’ Chang dan isterinya, Jin Sook merupakan warga Korea yang berpindah ke California pada 1981. Dalam tempoh 3 dekad, jenama Forever 21 telah mempunyai 600 cawangan di seluruh dunia dengan jumlah jualan tahunan sekitar USD4.4 billion tahun lepas.

Don apabila tiba di Amerika berada keadaan yang miskin, tiada sijil dari universiti luar atau tempatan dan tidak begitu fasih dalam berbahasa Inggeris. Ketika mereka tiba di Amerika, Don bekerja di stesyen minyak, menjadi tukang cuci dan pelayan di kedai kopi untuk menampung kehidupan mereka. Pada mulanya, mereka hanya mahu membuka kedai kopi di Amerika tetapi mereka nampak sesuatu yang akan mengubah hidup mereka.

“Saya perasan mereka yang membawa kereta yang cantik, semuanya dalam industri fesyen,” kata pasangan itu dalam satu temubual dengan majalah Angeles Times.

3 tahun kemudian, pada tahun 1984 mereka membuka kedai pakaian pertama mereka dinamakan ‘Fashion 21’. Kedai berkeluasan 900 kaki persegi itu terletak di Highland Park, 5 minit dari bandar Los Angeles. Pembukaan kedai pertama mereka itu menelan belanja USD35,000 tetapi jualan tahunan mereka mencecah USD700,000 pada suku akhir tahun pertama perniagaan mereka.

Disebabkan kejayaan kedai pertama mereka itu, Don merasakan ianya satu idea yang baik untuk menambah cawangan Fashion 21. Mereka membuka satu cawangan baru setiap 6 bulan di beberapa tempat baru di Amerika dan menamakan semula rantaian butik mereka dengan ‘Forever 21’.

AboutUS-timeline-only

Pasangan suami isteri itu mendapat keuntungan di setiap butik yang mereka buka. Sekarang ini, dengan 600 cawangan dan 34,000 orang pekerja di seluruh dunia, net worth pasangan itu dianggarkan pada USD6.1 billion. Nilai net worth yang tinggi itu disebabkan faktor Forever 21 adalah 100 peratus milik mereka. Awesome.

Apakah resipi kejayaan jenama Forever 21 ini? Salah satu sebabnya adalah Forever 21 kekal menjual produk dengan harga yang murah. Mereka beroperasi dengan moto syarikat Shop Chip Styles for Less di samping terus menerus up to date produk mereka dengan rekaan dan trend semasa.

f6

f8

f9

f10

“Kami sentiasa berubah. Kami akan selalu memikirkan kehendak pelanggan, bukan hanya memikirkan soal syarikat sahaja. Fesyen wanita agak sukar kerana ianya berubah setiap hari. Fesyen berubah dengan sangat cepat dan timing adalah sangat penting. Kalau anda terlambat, anda terlambat. Kalau anda terlalu awal, anda terlalu awal,” terang Don.

Walaupun sudah berstatus billionaire, Don tetap humble dan tidak melupakan asal usulnya. “Forever 21 beri harapan untuk semua orang di luar sana kerana kami bermula dengan kosong. Imigran seperti kami yang datang dari Korea mampu membuka Forever 21, yang pada mulanya hanyalah sebuah impian,” tambah Don.

Jenama itu kini kekal sebagai family business di mana Don masih memegang jawatan CEO dan Jin Sook sebagai ketua di bahagian merchandising di mana Jin Sook sendiri yang akan mengatakan ‘ya’ untuk setiap rekaan baru jenama itu. Dua anak mereka turut bekerja di Forever 21 di bahagian pemasaran dan branding.

Don bersama dua anak perempuannya, Esther dan Danny
Don bersama dua anak perempuannya, Esther dan Linda
Sumber