Hari pertama aku usahakan Hausboom lagi, aku dah cakap dengan semua yang aku dapat bayangkan Hausboom dijual di semua stesyen petrol, convenient stores termasuklah 7-Eleven. Team aku angguk. Kami kepal tangan tanda setuju dan semangat!

Ramai yang gelak dan cakap belakang sambil geleng-geleng kepala. Yelah, tengok kami bancuh pakai tangan waktu itu, ada mesin pun semput-semput. Tak salah pun untuk rasa ragu-ragu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dulu retail price Hausboom dalam RM8 sebotol. Nak masuk mass market, harga kena affordable. Kami terus tukar strategi. Kami jual below cost (low volume masa tu jadi kos merepek tinggi sangat). Kita run 24 jam sehari, 7 hari seminggu! Terus kita tunggu pejabat 7-Eleven masa itu.

Puas kita pujuk pihak 7-Eleven untuk terima Hausboom dalam chiller mereka 2 tahun lepas. Mr Tai kata, marketing kita tak cukup power. Dia risau nanti produk tak laku dan kena return. Baik juga Mr Tai ni. Kami pun pulang.

Tapi bila difikirkan balik, ada hikmahnya. Kalau 7-Eleven terus setuju masa itu, memang ‘matilah’ kami. Production sebenarnya tak berapa kukuh lagi. Confirm tak boleh supply!

Kami groom semula Hausboom. Buat marketing gila-gila. Masuk events yang best. Jadi partner dengan jenama best. Mesra Petronas nampak kita. MyNews nampak kami. Alhamdulillah kita listed seluruh Malaysia. China, Maldives, Brunei dan beberapa negara lain pun sudah mula kita hantar kontena ke sana!

Kita pergi lagi dan lagi yakinkan pihak pengurusan 7-Eleven yang kita mampu bersaing dengan jenama-jenama hebat dalam dunia beverage yang sangat kompetetif ini. Kami terpaksa buat apa sahaja untuk dapatkan volume daripada 7-Eleven untuk menjadikan bisnes kami visible. Hanya mereka dapat bantu.

Alhamdulillah. Berkat perkongsian anda semua di Facebook, pihak 7-Eleven panggil kami lagi sekali. Macam tak percaya bila kami dipanggil sendiri oleh CEO 7-Eleven! Cuak juga risau kena maki.

That was the best 10 minutes pitch I’ve ever done. Segala POSM, marketing strategies, pricing strategy, sales support, production capability semua kami bentangkan.

Pihak 7-Eleven kata, sokongan yang anda semua tunjukkan di media sosial memang padu, Hausboom pula satu produk yang baik dan selayaknya ada di 7-Eleven. And HE SAID YES IMMEDIATELY! Rasa nak pitam masa tu.

Hausboom kini sebaris dengan big boys dalam dunia beverage!! Minggu lepas dah hantar 2 trailer. Minggu ni lagi 2 trailer (tengah dalam perjalanan ke warehouse rasanya).

Menangis aku dalam kereta lepas delivered stock. Tengok pula team aku melompat keluar warehouse besar 10 padang bola tu. Allahu sebak gila! Menangis bukan sebab tak sangka, tapi menangis mengenangkan kuasa Tuhan yang maha kuasa.

Alhamdulillah. Allahu Akhbar. Terima kasih kepada semua yang komen dan share post aku yang terdahulu. Last bullet yang aku simpan akhirnya berjaya. Terima kasih pihak 7-Eleven Malaysia kerana memberi peluang ini kepada kami!

Mula hari ini @hausboom dah boleh didapati di 1,370 outlet 7-Eleven seluruh Malaysia. Kita lancarkan label limited edition khas untuk meraikan milestone ini. Please get one. Ada peraduan boleh menang RM4,000. Tengok Facebook Hausboom, ada details peraduan di sana.

Kepada anda semua, teruskan berimpian. Bekerja keraslah merealisasikan impian anda. Teruskan percaya kepada rezeki, qada dan qadar. InsyaAllah, kun faya fun!

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.