…..6 bulan kemudian

Hari itu aku masih ingat lagi. Hampir sama macam pagi ini. Hampir jam 9 baru aku capai telefon untuk lihat apa yang berlaku. Apa yang berbeza sekarang aku tengok ‘order’ tetapi pagi itu, (6 bulan yang lalu) aku dihujani pujian rajan-rakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Abang dah jadi artis”. “Orang dah glamer sekarang”. “Wow, Merul retis”. Comel usikan rakan-rakan. Stress kejap kena usik teruk. Hehehe.

Kenapa? Sebab?

Artikel aku masuk The Vocket. Kawan yang itu ‘share’ yang ini ‘share’ buatkan pagi sampai ke petang aku meriah.

Disebalik keriangan itu, ramai yang tidak tahu kisah sebenar. Ramai yang tidak faham apa yang terjadi.

Pada kebanyakan orang, aku normal dan kejayaan artikel aku diterbitkan The Vocket sebanyak dua kali seolah olah aku makin berjaya. Sebenarnya, ketika itu, aku berada di tahap terbawah bukan tertinggi.

Aku dah sampai satu tahap yang aku tidak tahu apa nak buat. Buntu. Tekanan kuat kerana dalam usaha bangkit, aku juga ditekan oleh mereka yang terlibat dalam perniagaan aku.

Bukan salah mereka tetapi aku juga perlu masa untuk bangkit. Aku dah tertiarap, kalau terus dipijak ditekan bila nak bangun. Itu signifikasi apa yang aku lalui ketika itu.

Baca kisah Ameerul: 7 Tip Kembara Pusing Semenanjung Malaysia Dengan Menaiki Skuter

ameerul-2

ameerul-3

ameerul-4

Kisah aku menjelajah dengan skuter serata Malaya (Malaysia) dapat ‘highlight‘ The Vocket. Banyak perkongsian artikel tersebut dibuat.

Pada masa yang sama juga buat aku diburu. Macam aku katakan, ramai ingat aku hidup normal banyak duit mampu travel 1Malaya. Walhal dalam masa 42 hari itu, aku ‘survive‘ dan ‘travel‘ dengan RM800 sahaja dengan tujuan menghidupkan kembali perniagaan aku dengan strategi ku.

Tak apa, kita abaikan persepsi orang ketika itu. Perkara utama yang aku nak kongsikan, apa kesan jangka panjang The Vocket dalam hidup aku.

Artikel pertama aku diterbitkan beberapa hari sebelum 1 Syawal 2015 dan artikel ke 2 dalam bulan Syawal 2015 juga. Hari ini 4 Januari 2016. Hampir 6 bulan setelah artikel diterbitkan.

Aku belum berada di puncak. Tapi inilah yang sedang berlaku:

  • 6 bulan lalu aku tak mampu bangkit dan lari sebentar dari realiti. Hari ini aku sudah mendaki dengan lebih laju.
  • 6 bulan lalu aku merempat di rumah rakan. Hari ini aku sudah ada rumah sendiri walaupun menyewa.
  • 6 bulan lalu aku mencari-cari peluang dan cuba bangkit kembali perniagaan yang hampir tiada, hari ini aku berjaya kembali menghidupkannya walau ekonomi negara sedang melalui fasa sukar.
  • 6 bulan lalu, aku hidup penuh kerisauan. Iyalah kan, orang asyik nak kejar hutang. Hari ini Alhamdulillah sati demi satu dapat aku selesaikan.
  • 6 bulan lalu aku pengembara tanpa tujuan. Sekarang aku mengembara mencari ilham. Balik ke Malaya, dah ada pelanggan akan sambar ‘design’ baru ilham mengembara.
  • 6 bulan lalu tiada siapa kenal Venuesia (jenama pakaianku). Hari ini aku dah jumpa design aku yang diciplak. Okay, part ni aku bangga. Hahahaha.

ameerul-6

ameerul-7

Dengan izin Allah, dengan kuasanya, The Vocket telah secara tidak langsung membantu aku menempuh fasa kesukaran aku.

Pertama sekali sebagai inspirasi melalui kisah perkongsian orang lain. Aku baca dan bandingkan dengan situasi aku. Kalau mereka boleh, kenapa tidak aku.

Keduanya, membantu aku sendiri bangkit dalam perniagaan aku. Ramai juga yang ‘support’ perniagaan aku selepas artikel aku keluar. Orang tak kenal aku dulu dah jadi pembeli.

Lepas glamer, orang beli sebab abang skuter jual. Comel lah abang skuter ni. Nak beli lah baju (yang comel tu aku tambah. Hahahaha).

Point pentingnya branding aku melonjak selepas usaha dari The Vocket, terutamanya Ida Latif. Baru-baru ini, aku dah mula dapat jemputan berkongsi pengalaman dan memberi latihan bagaimana menempuh kejatuhan dan bangkit kurang 6 bulan. Alhamdulillah 2016, aku akan ke Indonesia untuk sesi ini.

Last but not least, terima kasih tak terhingga juga buat partner aku Ku Zurieyna yang banyak bertungkus lumus untuk Venuesia, buat rakan taulan yang telah banyak bantu aku terima kasih juga. Aku tak lupa. Buat rakan niaga lama, atau ‘funder‘, sabar sat.

Doakan aku cepat naik ke puncak, bukan ugut aku nah. Aku tak pernah lupa kamu yang baik-baik hati itu.

Terima kasih The Vocket. Usaha murni anda semua, tanpa anda sedar telah banyak membantu dalam perubahan hidup aku. Aku doakan semoga semua warga The Vocket terus berjaya dan memberi inspirasi kepada jutaan lagi warga Malaysia seperti mana aku terinspirasi dengan kamu.

Okey yang nak beli baju boleh beratur. Lai lai lai. Hehehe.

Baca lagi: ‘Untold Story’ Kisah Bangkit Semula Pengasas TheLorry.com Dari Zaman Kegelapan

‪LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram