Dalam bisnes ada beberapa perkara yang anda perlu avoid dari awal-awal lagi sebenarnya. Saya terpaksa ‘bayar’ puluh ribu ringgit untuk ilmu ini. Baru-baru ini kenalan aku terpaksa ‘bayar’ ratus ribu untuk ilmu yang serupa. Tapi untuk anda, saya bagi percuma saja. Kalau anda abaikan, anda ‘bakal’ ikut jejak langkah saya kelak. InsyaAllah.

Mimpi Ngeri 1: Pre-Order

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jangan sekali-sekali ambil pre-order unless A to Z berada dalam kawalan anda. Kalau anda bergantung kepada pihak ketiga (supplier etc.), lupakan saja hasrat nak buka pre-order.

Pre-order macam ini biasanya akan berakhir dengan ‘mimpi ngeri’ sebab anda berjanji atas janji orang lain. Orang lain buat tahi, anda akan jadi kambing hitam!

Ingat, ramai customer yang SEPATAH HARAM pun tak nak dengar alasan anda. Yang mereka tahu, dah bayar, produk mesti siap dan tip top seperti yang dijanjikan!

Mimpi Ngeri 2: Grouping Project

Kadang-kadang idea datang mencurah-curah. Tapi nak laksanakan idea tu perlukan team member yang perlu sumbangkan duit, tenaga dan kerja.

Benda macam ini pun anda perlu avoid unless kalau anda “lempang” setiap team member, mereka senyum redha tanpa balas semula. Kalau anda baru ‘sound’ sikit pun mereka dah melenting atau banyak hal, lupakan hasrat anda itu.

Kerja-kerja berkumpulan ni memang perlukan KOMITMEN dan KESABARAN setiap ahli kumpulan. Selain itu, setiap ahli kumpulan mesti faham bahawa untung belum tentu, tapi rugi, insyaAllah dalam tangan apabila kita berbisnes.

Kalau anda teruskan juga benda macam ini, ia juga akan berakhir dengan mimpi ngeri. Semua kegagalan projek akan diletakkan di bahu anda!

Ingat, konsep “untung ramai-ramai, rugi ko sorang” selalu melekat dalam kepala kebanyakkan team member!

Mimpi Ngeri 3: Jaminan Bantuan Lifetime (Balaci)

Benda ini memang ramai yang buat. Tapi ramai yang tak tunaikan. Yang itu saya tak nak komen. Tapi untuk mereka yang tunaikan pula, biasanya akan jadi ‘balaci’. Bukan setakat support, tapi siap kena buatkan lagi sampai macam bisnes itu kita punya pula.

Sesetengah customer takkan peduli yang anda perlukan masa untuk bisnes sendiri, untuk family, untuk rehat dan sebagainya. Yang mereka tahu, sudah bayar (even RM10), mesti support tip top dan bantuan tahap di luar batasan.

Pukul 2-3 pagi pun selamba saja call tanya pasal bisnes mereka kepada anda. Memang balaci!

Mimpi Ngeri 4: Job Illegal/Tak Patuh Syariah

Ini lagi lah akan jadi mimpi ngeri. Silap-silap hari bulan sampai ke akhirat terbeban.

Kadang-kadang kita tak tau pun yang benda itu illegal/tak patuh syariah. Apabila ditanya:

Patuh syariah boss, don’t worry!

Tapi apabila dah terima job, barulah pecah tembelang. Malangnya waktu itu dah terlambat sebab duit dah diterima dan dah dibelanja untuk kos servis.

Akhirnya “terpaksa” bersubahat dalam keterpaksaan! (Terpaksa ke?)

Mimpi Ngeri 5: Perjanjian Tanpa Hitam Putih

Biasalah manusia. Time want to make a deal dengan kita semua manis. Segala panggilan boss, tuan, abang, dato, tan sri semua keluar.

Apabila dah ade issue, semua panggilan jadi lebih ‘terhormat’: ko, bodoh, mangkuk, b*b*, s*al semua keluar. Tertanggal semua pakaian bercirikan positif yang dipakai selama ini.

Untuk kes-kes macam ini, hanya perjanjian hitam putih saja jadi ubat yang terbaik pada pandangan saya. Jadi, apabila ada isu, tunjuk semula apa yang dah dipersetujui bersama. Settle?

Anda kena faham satu poin ini. Dalam banyak kes, once you ‘terima’ duit orang, hampir 90% kesalahan akan diletakkan pada bahu orang yang terima duit, iaitu anda. Ini bermakna kesalahan itu bukan terletak pada orang yang membayar duit.

Masih Alami Mimpi-Mimpi Ngeri Ini

Inilah benda-benda yang pernah saya alami dan menjadi mimpi ngeri hingga ke hari ni.

Lebih malang lagi apabila berlaku kes-kes macam ni, biasanya segelintir daripada pihak customer ingat kita penipu, makan duit haram, tak tepati janji dan sebagainya.

Sekelumit pun mereka takkan salahkan diri mereka sendiri. Apatah lagi nak dengar serta memahami cerita sebenar. Kadang-kadang ditokok tambah pula dengan aib-aib baru yang kebanyakkannya fitnah semata-mata.

Padahal hakikatnya di pihak anda, mungkin satu sen pun tak ada untung. Malahan sudah siap keluarkan duit sendiri lagi untuk perbetulkan keadaan. Itu tak payah cerita lagi bab tenaga dan masa (serta sakit kepala).

Ingat pesan saya, sesetengah manusia ini waktu tak diuji dia punya cakap memang taraf ulama. Tapi apabila diuji (ade isu), anda tengok macam mana mereka bahasakan anda nanti (kemungkinan besar sebab mereka bengang dan serabut juga dengan masalah yang timbul itu). Waktu itu baru nampak akhlak sebenar masing-masing.

Biasalah manusia. Waktu dia tak ada kuasa, dia akan cakap orang salah guna kuasa. Waktu dia dah diberi kuasa, rupanya dia jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaauh lebih teruk lagi! (Peringatan untuk diri sendiri juga)

Macam itulah perumpamaannya. Manusia (even diri anda sendiri) takkan dapat nak jangka respon selagi mana belum sampai ujian daripada Allah SWT. Dah sampai ujian (sama ada ujian kesusahan atau kesenangan), time itu baru nampak semuanya

Penutup

By the way, saya terima semua dugaan ini. Saya rasa siapa yang dah pernah kena pun biasanya akan nampak dan beringat selalu. Cuma saya harap, anda yang masih baru tak lalui benda yang sama.

Cukuplah aku dan beberapa orang lain ‘sponsor’ anda untuk story mimpi ngeri ini. Even sekarang ini pun saya masih lagi usahakan satu per satu apa yang termampu.

Mudah-mudahan Allah panjangkan umur saya dan murahkan rezeki saya supaya dapat selesaikan semua benda ini walaupun untuk sesetengah kes sepatutnya saya tak perlu buat apa-apa lagi dah.

Untuk anda pula, yang terbaik kalau anda baru nak naik adalah, cari satu atau dua produk orang lain yang betul-betul berpotensi dan tak ada kos atau kurang kos diperlukan, then promote sampai berhasil.

Once dapat hasil, kumpullah duit sampai mampu buat produk sendiri. InsyaAllah apabila dah ada produk sendiri, nama dan harta anda akan naik mendadak-dadak di luar jangkaan anda.

Saya cakap ini atas pengalaman saya berurusan dengan clients. Bukan aku yang jutawan.

By the way, contoh dah banyak. Anda tengok saja big name dalam niche fesyen muslimah dan kosmetik. Kebanyakkannya capai level jutawan dalam masa 1-2 tahun saja. Kadang-kadang umur mereka baru awal 20-an.

Of course ada cabaran. Tapi cabarannya tak sesusah mana kalau anda tak tersilap langkah dari awal-awal lagi.

Ibarat kata orang:

Nak buat rumah baru lebih senang daripada nak renovate rumah sedia ada!

Once you make a mistake, ia makan masa untuk perbetulkan keadaan sebelum anda boleh naik semula.

Jadi berhati-hatilah dari awal-awal lagi. Saya doakan laluan anda semua dipermudahkan. Doakan saya juga ya geng.

Semoga bermanfaat.