Nota Editor: Kisah lelaki tua berkain pelikat pernah menyentuh hati rakyat Malaysia pada tahun lepas. Kisah benar ini ditulis oleh Dato’ Roslan Ab Hamid, seorang usahawan dan trainer pengucapan awam. Ia mengisahkan tentang nasihat seorang lelaki tua yang kaya raya tetapi hidup kekal ringkas kerana mahu menjalankan hidup yang lebih bermakna di atas muka bumi ini. Semoga anda mendapat pengajaran daripada perkongsian ini.

Klik di sini untuk membaca bahagian 1, bahagian 2 dan bahagian 3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

CATATAN LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT

Selepas Asar jumpa dia di tempat biasa. Bersandar baca al Quran di dinding masjid. Tenang dan sungguh mengkagumkan. Puasa ini dia sudah 76 tahun, rasanya. Kadar baca al Quran 100 lembaran sehari. 20 lembaran antara waktu.

Pada hari biasa dia baca selepas Asar 20 lembaran. Kini masa Ramadhan dia ganda lima. Konsisten dan penuh komitmen.

Pesan ringkas beliau seperti selalu, mudah dan jelas sekali. Saya titipkan pesan itu.

46. Kita hanya menumpang di bumi Allah ini. Sementara sangat sifatnya. Dalam hitungan masa akhirat purata kita di sini hanya 90 minit. Satu game bola sepak.

Bumi ini tetap meriah tanpa kita. Planet ini tetap berputar tanpa adanya kita. Manusia tidak akan meratap pemergian kita. Andai ada yang bersedih barang seketika, ianya hanya keluarga kita. Kitalah yang bakal berdepan hari pembalasan sendirian.

47. Ilmu semata-mata tidak ada kuasa. Tindakan berbekalkan ilmu itu yang membezakan kita dengan mereka yang sama kelas dengan kita. Tiada harta yang dapat kita bawa ke dunia lain. Usah sombong duit banyak. Kita hanya bawa amal baik.

48. Berkawan dengan orang orang baik. Kita wajar jadi orang baik. Besarkan iman dalam diri. Iman andainya kekal ada dalam sanubari saat kita nazak diperbaringan, bakal membawa kita ke syurga Allah dengan rahmatNya jua.

49. Usah banyak berpendapat. Diam dan jimat perkataan. Bercakap perkara yang perlu. Habiskan banyak masa dengan menelaah buku-buku yang baik dan dengar ungkapan guru. Tatap al Quran setiap waktu. Ia kalam Ilahi untuk kita teladani.

50. Kesombongan tidak bawa kita kemana-mana. Bertelagah hanya menghuru-harakan suasana. Hidup dalam dunia kita. Pelihara persekitaran bersama teman-teman yang mahu berjiran di syurga.

51. Banyak masa kita pernah celaru. Dulu-dulu kita selalu keliru. Mahu ini dan itu. Masa lalu adalah masa sudah yang banyak mengajar kita dalam hikmah patut perlu. Sekarang setelah tahu buatlah selalu. Buat tanpa tangguh . Buat dengan rasa bersungguh.

52. Usah banyak berpendapat. Hanya perolehan pendapatan menjadikan manusia angkat kepala dan meniru jejak langkah kita. Manusia selamanya memandang tinggi orang kaya dan orang beragama.

53. Hidup ini kita tanggung dan kita lah yang jawab.

Jadi manusia bermanfaat. Insha Allah selamat.

BACA: Kisah Benar Lelaki Tua Berkain Pelikat Ini Akan Buatkan Anda Fikir Semula Tentang Kehidupan (Bahagian 1)

BACA Lagi: Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat Yang Penuh Pengajaran Dan Pesanan Ini Kembali Lagi (Bahagian 3)

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram