Seorang doktor lepasan Ireland telah berkongsi cerita di Facebooknya yang bakal membuat kita duduk seketika dan termenung sejenak.

http://imgur.com/6Bp4aOT

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kisah ini diceritakan semula oleh saya iaitu rakannya:

Seorang pesakit berusia 30-an di High Dependency Ward (HDW) berusaha bersungguh-sungguh memanggil seorang doktor.

Dia boleh bercakap tetapi dalam keadaan menggunakan bantuan pernafasan itu menyukarkan dia untuk bersuara. Keadaan itu juga buat orang lain sukar untuk memahami apa yang hendak dibicarakannya.

Akhirnya, usaha itu berbaloi apabila doktor itu datang mendekati katilnya. Pada fikiran doktor, pesakit ini mungkin jenis restless dan agresif. Dia bertanya kepada pesakit itu sama ada nak makan, atau nak buka tiub, atau nak minum atau nak balik rumah kepada pesakit tersebut.

Pesakit itu memberikan jawapan “tidak” untuk semua pertanyaan doktor itu.

Kemudian, doktor memberikannya sehelai kertas dan pen agar pesakit itu dapat memberitahu masalahnya yang sebenar dengan lebih baik. Dalam kepayahan pesakit itu cuba menulis di atas kertas tersebut.

Inilah hasil yang ditulis olehnya.

Tulisan Pesakit

Cuba anda teka apakah yang ditulis oleh pesakit itu.

Jika anda dapat kenalpasti apa yang ditulis oleh pesakit itu, ia mesti mengagumkan dan menginsafkan kita.

Sudah teka?

Mahu tahu apakah yang ditulis oleh pesakit itu?

Jawapannya…

ialah…

SEMBAHYANG
Ya, perkataan itu ialah sembahyang.

Walaupun dalam keadaan sakit sehingga memerlukan dia bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan, situasi itu tidak menghalang niat dia menunaikan tanggungjawab yang wajib kepada Tuhannya.

Kami kagum dengan semangat dan keinginan pesakit ini kerana ada sesetengah pesakit yang tidak menunaikan solat ketika di tahan di wad hospital. Sebenarnya sekiranya mereka tidak tahu cara solat ketika sakit, ada sesetengah hospital menyediakan kit panduan solat ketika sakit di kawasan katil pesakit.

Malah, ada juga segelintir dari kita yang masih sihat dan aktif ke sana sini masih mengabaikan tanggungjawab wajib itu atau tidak menyempurnakannya dengan baik gara-gara rasa ia tidak penting, tidak sempat masa dan sibuk mengejar urusan dunia.

Mungkin kita terlupa tentang ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Hargailah segala nikmat yang dianugerahkan olehNya kepada kita. Kerna semuanya adalah pinjaman semata-mata dan bila-bila masa sahaja boleh ditarik semula oleh Tuhan termasuklah nyawa kita sendiri.

Berbalik kepada kisah pesakit itu, tindakan doktor selepas itu juga akan buat kita terkejut dan kagum dengannya.

Doktor itu telah membantu pesakit tersebut mengambil wuduk dan kemudian mengajarnya solat untuk orang sakit.

MasyaALLAH! Sungguh mulia tindakan doktor tersebut. Hanya Tuhan sahaja dapat membalas kebaikannya itu.

Syabas kepada doktor dan pesakit dalam kisah benar ini!

Moga kisah ini memberi impak dan tauladan buat kita semua.

Sumber: diyanaar.com

Ikuti pelbagai kisah menarik di The Vocket.

Like dan Share The Vocket di Facebook