Nota Editor: Terima kasih kepada Tuan Shaari Anuar kerana menulis dan sudi berkongsi kisah bisnes ini di Vocket. Semoga penulisan ini membuatkan kita lebih bersemangat dalam bisnes setiap hari.

Kisah Bisnes Uncle Cina Dan Bangla Yang Bakal Buat Kita Panas Telinga

Nak kenal Uncle sebelah kanan tu?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yang sebelah kiri, mungkin tak minat kan, ala Bangla je pun.

bisnes-bangla-cina
Penulis asal, Shaari Anuar di tengah-tengah bersama-sama dengan Uncle Cina dan Bangla pemilik-pemilik bisnes.

Tapi Bangla bukan sebarang Bangla ye.
Kita cerita pasal Uncle ni dulu.

Kisah Uncle Cina Si Pemilik Kedai

Uncle ini adalah pemilik deretan kedai di kawasan Kenanga Wholesale Center.

Tak kenal?

Tempat paling 'happening' untuk belian borong di Kuala Lumpur. Kedai 4 tingkat, deretan tu ada lebih 10 unit dia punya.
Kalau 1 kedai nilai 5 juta, kali dengan 10 dah berapa. Itu kat situ je….

Cerita Uncle ni, dulu beliau budak kampung merantau ke ibu kota.
Sampai KL, bekerja jual baju di pasar malam. Berkat kerajinan dia, lama-lama tauke bagi dia ambil baju secara hutang untuk dijual sendiri.

Bila mula berniaga, prinsip dia, hutang orang mesti dibayar dulu. Kena dapat kepercayaan daripada orang lain. Kemudian, dia berjaya kembangkan bisnes. Dia mampu menyewa kedai kecil, untuk dijadikan tapak tetap.

Cerita beliau lagi, dia mengamalkan prinsip berjimat cermat. Ada duit, dia simpan, kalau belum kaya jangan sesekali mengaku kita kaya. Dan jangan sibuk nak tunjuk pada orang lain yang diri kita dah kaya.

Masa dia berniaga, rekod beliau cukup bersih. Semua hutang dibayar on time, ikut janji yang dibuat. Dan semua pembekal bagi dia berniaga secara hutang, kerana dah dapat kepercayaan.

Hasil simpanan beliau, beliau berjaya beli tanah di Pudu, atau kawasan Jalan Kenanga.

"Dulu-dulu harga murah, orang tak nak beli tanah kawasan tu.
Tempat gangster bermaharajalela," cerita beliau.

Bila ada modal, dia gunakan modal 30%, dan 70% dia buat pinjaman bank untuk bina bangunan.

Dalam kepala dia, dia bukan buat pinjaman. Tapi, beliau buat Joint Venture dengan bank. Kalaulah dia boleh bayar balik, bangunan tersebut akan jadi hak milik beliau sepenuhnya. Dan yang penting, pembayaran kepada bank mesti cantik. Jangan sesekali rosakkan kepercayaan yang diberikan.

Seronok dapat berborak dengan Uncle ni, beruntung saya dapat interview orang lama yang banyak pengalaman. Bukan senang nak cari tuan punya bangunan komersil di tengah-tengah bandar KL ni. Umur pun dah 80 tahun dah.

Pesanan dia, nak berniaga, berniagalah awal-awal. Macam dia dulu, sekolah pon tak habis. Kerja dengan orang, kemudian terus berniaga dengan kuantiti pakaian yang sedikit.

Lagi satu, kata beliau, dah tua-tua sebegini, tak ada 'value' dah kaya raya pun.
Tak ada apa nak dibanggakan dah. Semua kekayaan akan diturunkan kepada anak-anak. Anak-anak beliau sendiri pun semua dah ada bisnes masing-masing.

Kisah Si Bangla Pemilik Kedai Tekstil

Siapa pula Bangla tu?

Dialah pemilik kedai tekstil, salah seorang penyewa Uncle tu.
Sewa bawah saja dah 7 ribu.

Hebat Bangla sekarang kan?

Yelah, orang Melayu tak suka berniaga.

Kata Bangla ni, depan saya dan Uncle…

Pergi Chow Kit, penuh dengan peniaga Indon.

Pergi Kota Raya, ramai peniaga Nepal yang makan sirih.

Pergi Bukit Bintang, makin banyak restoren Arab, nasi Arab kepunyaan bangsa Arab.

Panjang lebar Bangla ni membebel. Panas juga telinga saya, pedih pun ada.

Apapun, pesan terakhir Uncle, tak kisah bangsa apa pun kamu, kalau kamu rajin, kamu akan dapat ganjaran. Memang betul kata Uncle, dan kata-kata Bangla ni.

Walaupon pahit dan pedas, inject kat saya semangat dan motivasi. Dalam hati saya, kalaulah saya tak buat saham amanah lagi, dan masih bekerja, hari ini juga saya masuk pejabat untuk hantar surat resign.

Bisnes kain pun tak apa, janji.. kaya..

Kalau rasa bermanfaat dengan cerita ini, sila share. Biar orang lain dapat manfaat sama. Hidup ni kita kena saling berkongsi.

Anda ada satu ilmu, saya ada satu ilmu. Kita tukar-tukar, saya dah ada dua ilmu, kamu pun ada dua ilmu, kan?

BACA: Kisah Benar Lelaki Tua Berkain Pelikat Ini Akan Buatkan Anda Fikir Semula Tentang Kehidupan

BACA: Bangla Buat Duit Beribu Ringgit Dari Pelaburan Hartanah. Ini Kisah Benar Yang Sangat Mengagumkan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber