Umum mengetahui gelandangan merupakan individu yang tidak berumah dan biasanya hidup beralaskan kotak di bandar-bandar besar. Kemiskinan bandar, disisih keluarga, gangguan mental, dan ketagihan dadah merupakan beberapa faktor wujudnya golongan ini di bandar-bandar besar di seluruh dunia.

Walaupun golongan ini kelihatan seperti tiada harapan untuk meneruskan kehidupan namun ada antara mereka yang berjaya mengubah nasib mereka. Salah seorangnya adalah Chris Gardner, 66, jutawan yang dahulunya hidup sebatang kara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semuanya bermula pada tahun 1980 apabila Chris sekeluarga dihalau dari rumah sewanya setelah tidak mampu untuk membayar duit sewa bulanan. Pendapatan Chris sangat kecil sehingga menyebabkan dia sekeluarga terpaksa menjadi gelandangan.

Nasib Chris bertambah pilu apabila isterinya Sherry Dyson pergi meninggalkannya setelah tiga tahun berkahwin. Demi menjaga kebajikan anak lelakinya, Chris kuatkan semangat untuk terus hidup biarpun terpaksa tidur dalam tandas awam di stesen keretapi dan rumah gelandangan. Ada kalanya dia terpaksa beradu atas kerusi di taman-taman sekitar San Francisco. 

Cuba nasib dalam bidang saham

Christopher Gardner
Kelihatan Christopher Gardner mesra memeluk ayahnya Chris Gardner. Sumber: Freshinspiration

Demi mengubah nasibnya itu, Chris mencuba nasib untuk memasuki satu latihan untuk menjadi broker saham. Dia diterima dan menjalani latihan itu di sebuah firma saham di New York selama setahun tanpa gaji.

Dikatakan juga Chris terpaksa membawa anaknya ke tempat dia bekerja. Apabila rakan-rakan sekerjanya pulang ke rumah masing-masing, Chris cuba mencuri masuk ke dalam pejabat dan tidur bersama anaknya di bawah meja.

“Biarkan saya sahaja yang menanggung kesusahan ini asalkan anak saya dapat kehidupan yang lebih kelak,” prinsip yang sentiasa dipegang oleh Chris.

Setelah setahun, berkat usaha dan bakat dalam perniagaan saham akhirnya Chris diberikan jawatan sepenuh masa oleh Dean Witter Reynolds, pengarah di firma tersebut. Ia selepas Chris mempunyai skil yang hebat untuk menjadi seorang broker saham yang berjaya.

Rezeki tidak salah alamat, Chris akhirnya berjaya menyewa rumah dan tinggal bersama anaknya. Kerjaya Chris bertambah baik dan pada 1987, dia memutuskan untuk membuka sebuah firma saham iaitu Gardner Rich. Kemudian, dia berkahwin Jackie Medina dan dikurniakan seorang anak perempuan.

“Ibu saya pernah kata; Nak, satu hari nanti kamu akan jadi seorang jutawan. Hingga hari ini saya tak sangka kata-kata ibu saya itu termakbul,” Ujar Chris yang pernah ditemu ramah oleh wartawan BBC. Kejayan Chris terbukti selepas dia kini mempunyai aset sekitar RM285 juta.

Rezeki mesti dikongsi bersama, Chris lebih banyak mendermakan wangnya kepada amal kebajikan golongan gelandangan. Beliau juga seorang motivator yangtravel ke seluruh dunia untuk memenuhi undangan. Jika ada masa terluang, Chris juga terlibat dalam program motivasi untuk para gelandangan dan bergiat aktif dalam membanteras keganasan terhadap wanita.

Kisah suka dan duka kehidupan Chris Gardner ini pernah menjadi inspirasi kepada filem The Pursuit of Happyness (2006) yang menampilkan Will Smith sebagai pelakon utama. The Pursuit of Happyness juga diterbitkan dalam bentuk buku yang menjadi salah satu buku motivasi terbaik di pasaran sehingga ke hari ini.

Semoga kisah inspirasi ini dapat menjadikan kita sebagai seorang insan untuk sentiasa rasa bersyukur atas nikmat kurniaanNya dan tidak patah semangat walaupun ditimpa musibah.

Demi rezeki untuk anak dan keluarga, ada rakyat Malaysia kini menjadi gelandangan di Singapura. Klik pada pautan di bawah untuk bacaan seterusnya.

Demi Rezeki Untuk Anak Dan Keluarga, Rakyat Malaysia Jadi Gelandangan Di Singapura

‘Pak Cik Shell’ Terus Beri Kerja Selepas Mendengar Kisah Remaja Gelandangan Ini

Dua Kali Menunggu Namun Tiada Yang Menjemput, Jejak Kasih Gelandangan Ini Berakhir Hiba

Sumber