Apakah itu adiwira bagi anda? Setiap orang memiliki definisi adiwiranya tersendiri. Bercakap tentang adiwira, pasti dalam minda anda sudah terbayang Iron Man, Batman, Superman, Spider-Man dan lain, tetapi adakah anda mengenali ‘Wonder Woman’ pertama di Tanah Melayu?

Puteri Adruja Wijayamala Singa atau dikenali sebagai Cik Siti Wan Kembang digelar sebagai ‘dewi perang’ kerana keberanian dan kehebatannya dalam medan pertempuran. Puteri Adruja Wijayamala Singa merupakan perempuan melayu pertama yang turun ke medan pertempuran dan berjaya dalam pertempuran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter Syed Najmi Jeffry telah berkongsi sedikit sejarah mengenai Adruja Wijayamala Singa, bagaimana dia boleh mendapat nama Cik Siti Wan Kembang dan kenapa dia digelar sebagai dewi perang.

https://twitter.com/syednajmijeffry/status/1163178383741612032

1. Kehidupan awal

Adruja Wijayamala Singa berasal dari Grahi iaitu sebuah negara kota dan negara persekutuan Melayu yang terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu. Baginda merupakan puteri kesayangan kepada Raja Sang Tawal atau dikenali sebagai Sultan Muhammad iaitu Maharaja Grahi yang ketiga.

Semuanya bermula apabila peperangan telah tercetus apabila tentera Sukhothai ingin menakluki Grahi. Tentera Sukhothai yang diketuai oleh Raja Rama Khamhaeng telah menyerang secara berterusan di Kota Ghari yang ketika itu diketuai oleh Raja Sang Tawal.

Raja Sang Tawal telah mengarahkan supaya membina sebuah kota yang teguh demi menghalang tentera Siam Sukhothai dari menceroboh masuk ke dalam Semenanjung Tanah Melayu. Setelah siap, kota tersebut diberi nama Kota Grahi.

https://twitter.com/syednajmijeffry/status/1164131750059974656

Untuk pengetahuan anda, Adruja sentiasa menjadi pembantu ayahandanya di medan perang dan baginda sering membawa bendera kerajaan Grahi ketika Raja Sang Tawal berperang dengan tentera Sukhothai.

Justeru itu, baginda yang sering berada di medan perang dapat membiasakan diri dengan melihat keganasan perang. Berikutan melihat keadaan tentera Grahi yang kurang bersemangat dan keadaan perang seperti makin gentir, maka Adruja tergerak hati untuk menubuhkan pasukan khas yang terdiri daripada kaum wanita.

2. Penubuhan pasukan Seri Wijayamala

Penubuhan pasukan Seri Wijayamala ini terdiri daripada janda yang kehilangan suami ketika perang. Tujuan pasukan khas wanita itu ditubuhkan adalah untuk membela nasib kaum wanita Melayu di Grahi yang sering diperkosa oleh tentera Sukhothai apabila mereka menyerang kampung-kampung yang jauh dari Kota Grahi.

images
Gambar hiasan. Sumber: Google

Malah, Adruja juga mahu membuktikan bahawa kaum wanita juga setanding dengan kaum lelaki walaupun di medan perang. Adruja boleh dikatakan bijak kerana memilih janda kerana psikologi perempuan yang kehilangan suami di medan perang dan seorang ibu memiliki satu kekuatan yang luar biasa dan sukar digambarkan.

Selepas itu, pasukan tentera perempuan telah ditubuhkan dari berkuda sehinggalah bersenjata. Lebih mengejutkan, apabila pasukan khas perempuan ini memiliki kemahiran pertempuran yang sama hebat dengan pasukan tentera sedia ada.

3. Jasa Adruja Wijayamala Singa

Ketika Kota Grahi hampir jatuh ke tangan tentera Sukhothai, tentera-tentera perempuan Kota Grahi berjaya mengejutkan pihak musuh dengan rempuhan dan kemahiran yang ditonjolkan.

https://twitter.com/syednajmijeffry/status/1164132635775361024

Pada waktu tersebut, nama Puteri Adruja Wijayamala Singa menjadi sebutan kerana baginda berjaya memenggal kepala Raja Sukhothai maka pihak musuh akur pada kekalahan. Kejayaan baginda dibantu oleh panglima perempuannya iaitu Sundari, Cempaka, Melati dan Seroja. Kemudian, kesemua askar Sukhotai dihukum pancung.

4. Gelaran Cik Siti Wan Kembang

Setelah itu, Raja Sang Tawal telah menghadiahkan sebuah negeri Di Kisaran Payung (Kelantan) kepada Adruja Wijayamala Singa. Dalam satu tempoh yang singkat, di bawah pemeritahan baginda, Kisaran Payung telah berubah menjadi sebuah negeri yang sungguh indah dan baginda juga diberi gelaran ‘Cik Siti Wan Kembang’ oleh rakyat tempatan.

https://twitter.com/syednajmijeffry/status/1164132824439349248

Malah, gelaran tersebut telah menjadi satu gelaran rasmi bagi semua raja perempuan yang memerintah negeri tersebut. Dipercayai bahawa Adruja Wijayamala Singa adalah penerima gelaran Cik Siti Wan Kembang yang pertama.

Itulah sejarah pahlawan perempuan Melayu yang ramai tidak tahu dan kian dilupakan. Untuk lebih artikel yang menarik, boleh baca di bawah:

Bumilangit Studios Dari Indonesia Perkenal Karakter Adiwira Terbaru Inspirasi Daripada MCU

5 Hotel Di Malaysia Yang Sangat Unik Dan Bersejarah

Rupanya Perpustakaan Tertua Dan Berusia Lebih 1000 Tahun Berada Di Sebuah Negara Islam