Kisah cinta mereka tiada yang sweet seperti pasangan muda mudi di masa kini. Segalanya bermula atas dasar sahabat, kawan dan teman seperjuangan.

Namun siapa sangka jika dah jodoh tak ke mana juga akhirnya meskipun selepas 10 tahun bersahabat baik.

Itulah yang telah terjadi kepada pasangan Aizat Razak dan Fatin Hasan. Persahabatan mereka bermula sebagai rakan sekelas sewaktu menuntut di UiTM dan berterusan setelah masing-masing tamat belajar.

Ikuti catatan hati Aizat di bawah.

aizat-1

10 tahun tempoh perkenalan kami, di Fakulti inilah kami mula mengenali dan di sinilah kami mula menjalinkan sebuah persahabatan. Tiada rasa cinta, tetapi rasa sayang dan hormat dalam menjalinkan ukhuwah persahabatan ini.

Hampir 10 tahun kami menidakkan kata-kata orang, menidakkan yang kami ditakdirkan untuk dijodohkan bersama. Tetapi dalam penafian itu, rupa-rupanya ramai yang berdoa sebaliknya.

Susunan Allah Maha Indah, 7 November menjadi sejarah manis buat saya dan pasangan, Fatin Hasan apabila kami telah selamat diijabkabulkan

Fatin Hasan antara salah seorang sahabat yang sentiasa ada di sebelah saya, jatuh bangun saya, meroyan saya ketika berbadan besar hampir 220kg, memberi aura positif ketika saya down kerana saiz badan saya. Dia akan ada bersama saya tetapi ini semua atas dasar sebuah persahabatan.

aizat-9

With my best sahabat Fatin. Majlis konvokesyen dan graduasi kami di UiTM pada tahun 2008.

aizat-8

Sewaktu trip ke Melaka tahun 2010. Aku yang dulu dan sahabat baikku Fatin.

Tahun 2014 merupakan perjalanan baru buat saya, seperti mana yang diketahui saya nekad mengubah diri menjadi lebih sihat dan membuang ‘kg’ yang terperap di dalam badan ini.

Satu perjalanan baru yang saya sendiri tidak sangka saya boleh pergi sejauh ini. Namun dalam struggle menurunkan berat badan ini, dia seolah-olah tidak menyokong saya.

Jarang menunjukkan kesungguhan sehingga saya mula pertikaikan persahabatan kami. Namun katanya,

aizat-6

“Aizat, you have an army battalion of cheerleader during your journey. I may not be there when you need me, but when you are really really really really really really really in need, I’ll come to the rescue. That is my way. “

Tetapi itulah dia, dia tidak tunjukkan sokongan secara luaran, tetapi dialah yang sentiasa ada apabila saya memerlukannya. Dalam diam dia adalah salah seorang penyokong utama saya.

2015, tahun penuh gembira buat saya, berjaya mengurangkan berat badan mencapai misi bawah 100kg, ia mengubah hidup saya, rezeki saya dan pastinya keyakinan saya.

Seperti yang dikongsi sebelum ini, 27 Ramadan menjadi hari penuh rahmat, entah mana datangnya kekuatan itu yang membuatkan saya untuk melamar beliau menjadi suri hidup saya. Apa yang saya tahu, ini semua atas susunan dari yang Esa, dan dorongan dan sokongan dari sahabat yang lain serta keluarga.

Sebelum diijabkabul, rasanya, Allah sahaja yang tahu perasaannya, siap ada ‘panic attack’ dua hari sebelum. Debarannya, fuh… entah kenapa rasa itu luar biasa.

Namun alhamdulillah, bagaikan ada satu aura postif yang menyerap dalam jiwa ini, bila diijabkan oleh abang beliau dan alhamdulillah dipermudahkan untuk melafazkan ‘aku terima nikah….’

aizat-13

Menurut Aizat sewaktu beliau menukar status daripada single kepada engaged, ramai di kalangan kawan-kawan yang kecewa kerana menyangka Aizat memilih gadis lain dan bukannya Fatin sebagai bakal suri hidupnya. Apatah lagi pada waktu itu kedua-dua Aizat dan Fatin merahsiakan pertunangan mereka.

Bila ditanya bagaimana akhirnya Aizat sedar bahawa Fatin adalah yang terbaik untuk dirinya? Ini jawapan Aizat;

Tersedar yang sudah tiba masa untuk saya berumah tangga dan saya rasa dia yang sebaik-baik untuk saya.  Bulan Mei rasa tergerak.

Then minta seseorang doakan ketika beliau pergi umrah. 27 Ramadan jumpa dan ajak untuk kahwin, dia setuju. Kemudian seminggu selepas raya kami tunang.

aizat-7

Sebelum ni tak rasa nak kahwin sebab mungkin rasa rendah diri. Fokus pada kerjaya.

Dan hakikatnya Aizat bukanlah calang-calang. Beliau pernah dapat anugerah sewaktu belajar dulu. Namun kerana  fizikalnya yang dahulu Aizat rasa rendah diri.

aizat-10

Tak sangka keluar paper. Harian Metro 22/11/08. Thanks god.

aizat-11

Kat depan fakulti di hari graduasi.

aizat-16

Sudah hampir 10 tahun kami bersahabat sejak dari zaman universiti dan sepanjang persahabatan tidak terlintas yang jodoh kami hanya di depan mata.

Ya! 10 tahun lamanya. Sesungguhnya, jodoh itu hanya Dia yang tahu. Selebihnya kami percaya, doa dan mulut masin sahabat-sahabat dan orang sekeliling yang merapatkan jodoh kami. Insyaallah.

Ya, memang kami tidak pernah bercinta, rasa hormat dan kasih sayang kami selama ini atas nama sebuah persahabatan. Bagi saya dan dia, ada jodoh lain yang menanti dan terbaik.

Dan kini…

aizat-12

Syukur Ya Allah atas segala nikmatnya. Terima kasih Fatin Hasan kerana sudi menerima saya seadanya dan menjadi pelengkap buat saya. Terima kasih buat keluarga, sahabat-sahabat dan semua yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada saya dan suri hidup saya.

Hanya Allah yang mampu membalasnya. Amin.

aizat-18

Perancangan Allah itu indah, saya sendiri tidak tahu dari mana kekuatan dan keberanian datang dalam diri saya untuk mulakan langkah seterusnya. Tapi apa yang saya tahu kesudiaan dia untuk menerima saya seadanya itulah yang menjadi kekuatan saya untuk memulakannya.

aizat-2

Nak beritahu sedikit, rahsia kain songket tu. Hehe. Kain songket adalah songket saya yang besar gadabak waktu berat 220kg dulu. Daripada tergantung kat almari, baik jadikan elemen dalam hantaran. Heheh.

Dalam begitu banyak ucapan tahniah yang dikongsikan di Facebook Aizat, saya tertarik dengan post yang dicatatkan oleh sahabat mereka berdua ini.

aizat-3

Bak kata En Arief, “Pilihan yang tepat!”

Saya sungguh bersyukur sebab 2 sahabat baik ni sudah sah menjadi suami isteri, alhamdulillah!

Zaman studi di UiTM, selalu saya dengar mereka ni senior hebat dalam kalangan MC225. Zaman berkarier, saya sangat untung sebab satu team dengan mereka yang sporting, suportif, banyak idea hebat, ada citarasa tinggi, dan paling penting sama-sama kita kuat makan haha!

Saya sangat bersyukur gadis yang sentiasa ada bersama dengan Abang Aizat pada waktu susah senang tergolek terdampar tunggang terbalik dalam isu kerja/peribadi/kehidupan akhirnya menjadi suri di hati Abang Aizat yang baik hati.

Untunglah Abang Aizat dapat isteri yang rock namun punya motivasi tinggi, sentiasa positif, selalu bagi dorongan, semangat, bertukar-tukar idea *walaupun most of the time Kak Fatin sampaikan kata-katanya tu dalam bahasa sakarstik haha! Sayang you Kak Fatin

Abang Aizat, kekalkan gentleman-mu dan semoga menjadi suami yang sweet, sweeter, sweetest! Kak Fatin, kekalkan motivasi tertinggimu dan semoga menjadi isteri yang lemah lembut kekeke. Semoga kekal hingga ke syurga, amin. Lucky you’re in love with your best friend!

aizat-4

Hai, belah lelaki dah luahkan. Kawan pun dah kongsikan perasaan gembira. Apa pula luahan pengantin perempuan bila dah tukar status daripada kawan baik kepada pasangan hidup? Inilah luahan hati Fatin.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Seperti yang semua ketahui, tanggal 7 November 2015 merupakan detik bertukarnya sebuah persahabatan kepada sebuah perkahwinan selepas Aizat Razak melafazkan “Aku terima nikahnya..” dan memperisterikan saya, Fatin Farhana Hasan.

aizat-14

Berbeza daripada dia yang gemuruh, saya sedikit terpinga-pinga ketika lafaz dibacakan kerana fikir lafaz itu hanya praktis dahulu namun Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, saya telah menjadi isteri kepada sahabat terbaik saya.

Alhamdulillah kedua-dua majlis pernikahan dan majlis menyambut menantu berjalan lancar.

Saya dengan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir meraikan perkahwinan kami dan juga doa yang kalian titipkan agar kami berbahagia hingga ke syurga. Sesungguhnya doa kalian semua amat bermakna bagi kami. Kami juga mendoakan kebahagian kalian semua.

Tidak lupa juga kepada seisi keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang banyak membantu melancarkan majlis kami.

aizat-15

Alhamdulillah. Disini dulu saya sebesar 220kg memulakan misi yang pada mulanya agak mustahil. Membakar lemak bersama team #jk1mbangipower #jk1mbangisuperb di bawah kochi aizzatadnan.

Kini hadir semula mencipta memori indah bersama suri hati sebagai simbolik kepada permulaan kehidupan yang baru.

Kepada Aizat dan Fatin, tahniah daripada kami di Vocket. Semoga rumahtangga kalian kekal bahagia selamanya. #TillJannah.

Siapa sangka kan? Jodoh depan mata je rupanya. 10 tahun baru perasan bro!

Kepada yang masih single cuba jeling sebelah. Kot jodoh korang pun macam pasangan ni juga. Hehe.

Kepada yang nak kuruskan badan, ini rahsia bagaimana Aizat berjaya buang 125kg dalam masa 18 bulan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram