title=

Kisah evergreen ini ingin kami kongsikan dengan anda kerana ia sangat menarik dan menyentuh hati.

Mari berkenalan dengan Christian the Lion, seekor anak singa yang lahir disebuah zoo di London.

Pada tahun 1969, John dan Ace Bourke yang berasal dari Australia datang ke Kota London.

Sewaktu menemani kawan mereka mencari haiwan peliharaan di The Harrods hati mereka tersentuh melihat seekor anak singa yang dikurung dalam sangkar yang kecil. Pada waktu itu Harrods menyediakan satu bahagian (zoo komersial) untuk haiwan peliharaan eksotik.

Lalu kedua sahabat iniĀ  mengambil keputusan untuk membeli dan memelihara Christian.

title=

Christian yang bersifat lucu dan jinak ini bergerak bebas didalam rumah, dibawa bersiar-siar di sekitar Kota London dengan kereta, di bawa berjalan ke rumah kawan-kawan John dan Ace Bourke dan adakalanya dibawa makan di restoran.

title=

title=

title=

Menyedari Christian berhak hidup bebas, kedua sahabat ini mengambil keputusan untuk mengembalikan Christian ke tempat asal dan habitatnya yang sebenar – Afrika.

title=

Setahun kemudian, John dan Ace Bourke mengambil keputusan untuk melawat Christian.

Namun begitu mereka diberi amaran akan kemungkinan Christian tidak lagi mengenali mereka kerana haiwan yang bersifat ganas dan pemburu ini kini telah hidup bebas dan liar.

Apatah lagi Christian juga kini adalah ketua kepada sekumpulan singa.

Apa yang terjadi sewaktu reunion ini sangat menyentuh hati. Mari sama-sama kita tonton kisah benar ini.

Inilah antara kisah benar yang evergreen, unik dan meyentuh hati. Patutlah sampai kini masih ramai yang menonton kisah ini.

Kongsikan dengan rakan anda.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group