Petikan gitar dengan suara lantang bersahaja anak ini mengingatkan kami pada Tegar, artis cilik seberang.

Kerinduan yang tidak terungkap kepada kedua orang tua membuatkan dia memilih lagu ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kesannya, ada hati yang tersentuh, termasuk juri. Malah, bukan hanya perasaan juri sahaja dicuit, kami juga turut merasai kesayuan itu.

Farizal seorang anak yang baik, setiap pesanan orang tuanya digenggam erat. Kekuatan jiwa yang dimiliki adik Farizal memberi inspirasi kepada kami kerana hidup itu tidak mudah.

http://youtu.be/fn3Qb56ujNQ

Kekuatan jiwa dan kegigihan hidup yang dihadapi serta pengorbanannya dalam menyekolahkan adiknya, membuatkan kami respek habis.

 

Cara kita melihat kehidupan itu sangat penting, bukan siapa kita yang sedang melaluinya.

 Like page The Vocket di Facebook