Segelintir masyarakat barat mengalami rasa takut yang luar biasa terhadap angka 13 sehinggakan mereka sanggup untuk berbuat apa saja bagi mengelakkan diri daripada memperoleh nombor itu dalam kehidupan.

Fobia akan angka 13 ini bukan sahaja terkesan kepada rakyat biasa malahan pengarah syarikat dan golongan intelektual. Situasi kronik itu menimbulkan beberapa keadaan yang pelik di negara barat, terutamanya di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
crawford-long-hosp-office-tower
Butang lif tanpa nombor 13

Anda masih boleh menemui lif tanpa butang nombor 13 di bangunan tinggi kota besar di dua negara ini. Jika tingkat melebihi 13 tingkat, angka 13 tidak akan digunakan dan digantikan.

Selain itu, ada juga lapangan terbang yang tidak memiliki pintu pelepasan bernombor 13. Hotel atau hospital juga tidak akan disediakan bilik bernombor berkenaan, malah kesemua kenderaan adalah dilarang sama sekali untuk menggunakan angka 13 pada nombor plat.

Fenomena ini sememangnya sangat pelik kerana bagi mereka angka 13 adalah nombor yang membawa nasib malang, disumpah dan ‘berhantu’. Berdasarkan kajian, fenomena ini digelar ‘triskaidekaphobia’ dan paling menyeramkan apabila ada individu yang mengalami fobia ini pada tahap kronik akan dirundung malang dan maut akan menanti mereka.

Selain angka 13, ada juga penduduk di Britain, Jerman, Poland, Bulgaria dan Portugal yang amat fobia pada hari Jumaat yang jatuhnya pada tarikh 13 hari bulan. Pelik bukan? Fobia tersebut digelar sebagai ‘paraskavedekatriaphobia’ atau ‘fraggatriskaidekaphobia’.

Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan Amerika Syarikat di Utara Carolina menganggarkan antara 17 juta hingga 21 juta penduduk Amerika Syarikat percaya, Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan sebagai hari malang.

Kesannya? pelbagai industri di negara itu akan mengalami kerugian antara RM2.9 bilion dan RM3.2 bilion pada setiap hari Jumaat yang bertarikh 13 hari bulan berikutan ramai penduduk yang enggan menaiki penerbangan atau keluar rumah pada hari tersebut.

Kepercayaan angka 13 sebagai angka malang sebenarnya sudah dipercayai sejak turun-temurun lagi yang dikaitkan dengan alam mistik dan keagamaan.

the-last-supper-restored-da-vinci_32x16-scaled-1280×720
SUMBER: DISCOVER WALKS

Salah satu kisah menjadi asal-usul punca masyarakat Barat membenci angka 13 adalah peristiwa ‘The Last Supper’ atau ‘Santapan Terakhir’ yang dipercayai dalam doktrin agama Kristian di mana berlakunya pengkhianatan Judas kepada Jesus. Jamuan santapan itu dihadiri 13 individu.

Pengkhianatan Judas itu telah menyebabkan Jesus dibunuh dan disalib pada hari Jumaat. Dalam menilai fenomena fobia ini, persoalan paling penting ialah adakah benar angka 13 pada hari Jumaat adalah angka dan hari yang disumpah dan berhantu?

Filem seram Friday The 13th mengabdikan ketakutan masyarakat barat terhadap angka 13 ini di dalam bentuk filem. Watak ikonik Jason Voorhees dianggap sebagai ikon untuk tarikh ini setiap kali munculnya tarikh keramat ini.

Jika masyarakat barat takut dengan angka 13, masyarakat timur khususnya kaum Cina pula takutkan angka 4 atau ‘tetraphobia’.

Perkataan ’empat’ dalam bahasa Cina (四, pinyin: sì), hampir sama bunyinya dengan mati’ (死, pinyin: sǐ) dalam kebanyakan loghat Cina dan juga bahasa-bahasa lain yang menyerap kedua-dua perkataan Cina ini, iaitu bahasa Jepun (shi), bahasa Korea (sa 사) dan bahasa Vietnam (tư).

Disebabkan itu jika anda naik lif di Malaysia contohnya, jarang sekali untuk anda jumpa angka 4. Barat atau timur, setiap budaya dan masyarakat mempunyai kepercayaan mereka yang tersendiri. Terpulang untuk seseorang individu itu untuk mempercayainya atau tidak. Apa pula kepercayaan yang anda ikut sehingga ke hari ini?

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai perkara tahyul, klik pautan di bawah untuk bacaan yang seterusnya.

Ikan Bermulut Manusia, Adakah Ia Wujud Atau Hanya Sekadar Mitos?

Pernah Tular Zaman 90an, Ini Adalah Fakta Sebenar Kisah ‘Jin Di Gua Hira’