Dari Club House ke Kota Kinabalu Guesthouse (KKGH)

Awal tahun 2015.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kita dah lebih 10 tahun berkawan. Sekarang masing-masing pun sudah bekerjaya. Jom kita buat our own Club House! Boring la lepak di mall ja. Nda exclusive bah!

Lebih kurang begitulah skrip business pitch yang saya lontarkan kepada beberapa orang rakan rapat sambil mengopi.

Selepas beberapa siri diskusi, kami berjaya mengenal pasti beberapa cabaran untuk memiliki bangunan sendiri untuk dijadikan club house kami. Tempat kami boleh melepak, bermalam, bersenam atau apa sahaja untuk dibuat bersama. Antaranya:

1. Apa caranya untuk memiliki bangunan? Nama siapa akan digunapakai?
2. Modal? Berapa ratus ribu diperlukan? Mana nak dapat?
3. Kos operasi? Macam mana nak cover bil utiliti dll?

Beberapa bulan berlalu tanpa sebarang progress. Maklumlah, life happened. Semua sibuk dengan kehidupan. Ada yang kahwin, berhenti kerja dan macam-macam lagi lah!

Disember 2015.

Saya dan 2 orang rakan sedang minum petang (sambil tunggu bini pulang kerja).

“Nda lama lagi 2016 sudah. Apa progress kita ni? Satu bisnes pun nda pandai jalan.”

Sambil-sambil brainstorming, tiba-tiba idea yang pernah di cadangkan 2 tahun lepas datang kembali. Mungkin tuhan nak tunjuk cara dikala kebuntuan. Cewah.

“Pasal club house kita tu, apa kata kita buat guesthouse?”

“Kalau ada guest, kita dapat cover kos operasi. Kalau tidak ada guest, kita lepak lah sana. Jadikan club house kita. Silap-silap boleh bikin duit lagi!”

Bermula saat itu, kami bersetuju untuk mengagihkan tugas. Saya diamanahkan untuk mencari pelabur. Rakan kongsi yang lain pula ditugaskan untuk mencari ‘Club House‘ yang paling best dan strategik untuk dimiliki.

Beberapa orang rakan bersetuju untuk melabur sebagai ‘angle investor’. Untung rugi belakang cerita. Yang penting, ‪#kasi jadi‬. Selepas beberapa sesi review, kami memilih sebuah suite 2 bilik bertempat di Sky Residence Hotel.

Lokasinya sangat strategik di tengah bandar Kota Kinabalu dan bersebelahan dengan bank-bank besar. Dan yang paling penting, rooftop swimming pool dan gymnasium!

Baca: 7 Resort Tepi Pantai Di Melaka Buat Saya Rasa Mahu Bercuti Sekarang

kota-kinabalu-guesthouse-1

kota-kinabalu-guesthouse-2

kota-kinabalu-guesthouse-3

kota-kinabalu-guesthouse-4

kota-kinabalu-guesthouse-5

kota-kinabalu-guesthouse-6

kota-kinabalu-guesthouse-7

kota-kinabalu-guesthouse-8

kota-kinabalu-guesthouse-9

kota-kinabalu-guesthouse-10

kota-kinabalu-guesthouse-11

kota-kinabalu-guesthouse-12

kota-kinabalu-guesthouse-13

kota-kinabalu-guesthouse-14

kota-kinabalu-guesthouse-15

kota-kinabalu-guesthouse-16

Alhamdulillah kami beroperasi Jan 2016. Dan pada bulan kedua kami dapat mengupah seorang staff untuk menguruskan guest-guest yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

Boleh dikatakan tetamu kami 60% dari luar negara dan 40% lokal. Pada bulan ke 4, kami berjaya memiliki suite kedua di lokasi yang sama untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

“Jom kongsi rezeki kita ni dengan yang lain! Lagi banyak kita bagi, lagi banyak tuhan akan bagi bisnes dengan kita” lebih kurang begitulah cadangan salah seorang rakan kongsi kami.

Oleh kerana beberapa guest KK Guesthouse memerlukan pick up service dari airport, kami memerlukan “Mini Uber” bagi memudahkan kerja-kerja mengambil dan menghantar tetamu dari airport ke KKGH. Kami tidak ambil komisen sesen pun.

Bayaran 100% milik freelancer mini uber kami yang bersedia untuk mengambil tetamu di lapangan terbang bila-bila masa. Servis kereta sewa juga ditawarkan kepada yang memerlukan.

Setakat ini KKGH bukan sahaja dapat memberi peluang kepada yang lain untuk menjana pendapatan sampingan. Tetapi juga menjadi galeri bagi beberapa artis lokal untuk mempamerkan hasil karya lukisan mereka di dinding KKGH.

Di ruang tamu sahaja kami hiasi dengan lukisan Gunung Kinabalu yang boleh dibeli bila-bila tetamu menginap di KKGH. Dengan niat untuk berkongsi rezeki, jualan lukisan juga kami tidak mark up atau ambil komisen langsung.

Misi Tercapai!

Kami tidak menjangka mendapat sambutan yang hangat dari orang ramai. Kerana tujuan asalnya hanyalah untuk memiliki Club House sebagai tempat melepak dengan rakan-rakan.

Sekarang kami boleh berkumpul beramai-ramai, mandi swimming pool dan BBQ di tingkat 14 di tengah bandaraya Kota Kinabalu. The best part is, we are making money. Yeay!

Baca lagi: 20 Hotel Unik Ini Buat Kami Mahu Bercuti Sekarang Juga