Kebanyakan songkok yang dijual di pasaran hari ini rupanyan adalah keluaran kilang. Tapi bagaimana jika ada songkok buatan tangan dan dihasilkan dari ilmu turun temurun?

Inilah yang telah dilakukan oleh Adnan Husain yang mengusahakan songkok buatan tangan melalui perniagaan beliau ‘Songkok Warisan’ di Losong, Terengganu. Adnan mewarisi bakat membuat songkok daripada bapanya dan kini beliau mengusahakan perniagaan ini bersama isteri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Songkok yang dihasilkan semestinya berkualiti tinggi buatan tangan, menawarkan berbagai pilihan kain baldu yang diimport dan boleh ditempah mengikut saiz serta citarasa pelanggan.

WeMalaysia telah mengambil inisiatif menghasilkan rakaman kisah dan pengalaman Adnan dalam menghasilkan songkok menjelang musim perayaan.

Rakaman ini juga bertujuan untuk menyedarkan masyarakat bahawa golongan pengusaha songkok makin berkurangan di negara ini. Jika tiada sebarang insentif diambil, tak mustahil perusahaan membuat songkok buatan tangan akan hilang ditelan zaman.

Ikuti kisah Adnan di bawah.