‘Delivery Day’ merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai orang. Lebih-lebih lagi barang itu sesuatu yang kita idamkan sekian lama dan sangat bermakna dalam hidup kita.

Baru-baru ini sebuah video ‘Delivery Day’ kereta model Porsche Cayenne mula tular di beberapa platform media sosial dan telah mendapat perhatian oleh pengguna media sosial.

“Ya Allah dah sampai, my parents got their dream car that they worked hard for 🥺💕”

Itulah caption sebuah video yang dikongsikan oleh Cik Dayana melalui akaun TikTok peribadinya pada awal bulan Januari lalu. Sehingga hari ini, video tersebut telah mendapat lebih 490,000 tontonan, 60,000 likes,1,000 perkongsian dan 800 komen daripada pengguna TikTok.

Sejujurnya saya tidak menyangka akan mendapat sebarang reaksi dari pengguna media sosial atau viral kerana saya hanya merakam moment ibu bapa saya dapat kereta impian mereka. Kami mahu menghargai kenangan tersebut. Tiada apa-apa expectation. Saya rasa itulah yang menjadikan video ini sangat istimewa,” kata Cik Dayana.

Respon yang sama juga diberikan oleh Puan Haslina, ibu kepada Cik Dayana, “Saya pun tidak sangka video ini jadi viral, dia hanya mahu merakamkan kenangan tersebut bersama-sama dengan team kami sahaja.”

https://www.instagram.com/tv/CJu9Wwapi7w/?igshid=kex0ylgwhk5v

Tambah Puan Haslina lagi, kereta model Porsche Cayenne Coupe 3.0 Litre V6 Titronic sebenarnya dibeli dari Naza World Automall dan bukanlah dari showroom Porsche seperti orang ramai jangkakan melalui video yang tular tersebut.

“Kami percaya pihak jurujual Naza World Automall telah mendapatkan lori tersebut dari Porsche Sungai Besi untuk membuatkan delivery kereta kami lebih istimewa dan atas sebab mematuhi SOP, hanya sebahagian team kami hadir untuk berkongsi kegembiraan bersama-sama,” terang Puan Haslina.

vocket-porsche-cayenne-kejutan-1

Bila ditanya mengapa Puan Haslina dan suami memilih model Porsche tersebut, dia memberitahu kereta model tersebut dipilih kerana ia memiliki keselesaan yang dia dan suaminya cari pada sesebuah kereta model SUV Sport.

“Sebenarnya semua boleh capai apa yang mereka inginkan dalam hidup. Sentiasa ingat bahawa rezeki datang dari Allah S.W.T, sentiasa meletakkan matlamat membantu lebih ramai orang dan melakukan perniagaan yang boleh membantu menyelesaikan masalah ramai orang.

“Anugerah ini dari Allah S.W.T, bukannya kami yang hebat. Masya Allah, Tabarakallah,” pesan Puan Haslina sebelum mengakhiri perbualan.

Bagi Cik Dayana pula, dia percaya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada cerita di sebaliknya. “Saya telah melihat apa yang dilalui oleh ibu bapa saya untuk sampai di mana mereka sekarang.Walaupun klise, jangan give up.”

“Yang paling penting sekali, percaya kepada Allah S.W.T. Sebab apa-apa ujian yang Dia berikan kepada anda, pasti Dia tahu bahawa anda dapat melaluinya semua dengan baik. Syukur alhamdulillah untuk segalanya.”

Puan Haslina sudah 14 tahun berkecimpung di dalam industri ‘Gaya Hidup Sihat’ dan mengadakan Program Turun Berat Badan yang dianjurkan kepada team dia.

Selain berkongsi tip-tip gaya hidup sihat, Puan Haslina turut berkongsi motivasi harian yang bermanfaat. Boleh ikut perkembangan lanjut melalui Instagram – @haslina.nasir.

Baca kisah seorang bapa yang tidak kisah anaknya ‘conteng’ kereta kerana mahu beri sokongan kepada minat anaknya.

Mahu Asah Bakat Melukis, Bapa Tidak Kisah Anak ‘Conteng’ Kereta

Tidak Akil Baligh Dan Berwajah Comel, Lelaki Berusia 32 Tahun Ini Akui Menghidapi ‘Highlander Syndrome’

Dakwa Baju Kurung Sudah Dilupai Rakyat Malaysia, Netizen Bersatu Tempelak ‘Inisiatif’ Minah Salleh Ini

Buat ‘Post-Mortem’ Selepas Sambal Habis Terjual, Cara Khairulaming Dipuji Netizen

Sumber