Setiap individu lazimnya akan memakai jam tangan sebagai perhiasan untuk ke mana-mana. Jika anda peminat atau pengumpul jam tangan, anda pasti kenal dengan jenama Daniel Wellington ini. Rekaan jam jenama ini boleh dikatakan sesuai untuk digayakan pada bila-bila masa sahaja.

Mungkin anda tertarik dengan sejarah di sebalik Daniel Wellington ini. Jenama ini diasaskan oleh Filip Tysander yang mula mengeluarkan model pertamanya pada tahun 2011. Jadi mana datangnya nama Daniel Wellington ini?

Ianya bermula apabila Filip Tysander yang mengembara secara backpacking ke Australia bertemu dan mengenali seorang individu dari Britain yang sangat bergaya. Gayanya yang kacak diserikan lagi dengan jam tangan yang dipakainya yang tampak vintage, sangat menarik perhatian Filip. Nama lelaki berkenaan? Daniel Wellington.

Dari pertemuan itu terdetiklah idea untuk menghasilkan jenama jam tangan beliau yang tersendiri. Beliau mahu menghasilkan jam tangan yang nipis dan elegan tetapi pada harga mampu milik. Rekaan setiap model juga perlu minimalis dan klasik supaya ianya sesuai untuk digayakan dalam segala majlis atau acara. Itulah resepi kejayaan jenama Daniel Wellington (DW) ini sehingga kini.

filip wd

Filip Tysander, pengasas Daniel Wellington

Pada tahun pertama kemunculan jenama ini, Filip pergi mengembara buat seketika dan apabila pulang, beliau sudah mempunyai 600 pesanan jam tangan DW. 5 tahun kemudian, DW kini sudah berada di 6000 kedai di serata dunia dan Filip adalah pemilik tunggal untuk jenama DW ini tanpa dana tambahan oleh individu luar. DW juga kini adalah antara jenama dari Sweden yang terkenal di serata dunia selain IKEA dan Fjall Raven.

Bagaimana Daniel Wellington berjaya menawan hati peminat di seluruh dunia? Instagram. Sebagai orang muda, beliau nampak Instagram adalah medium yang paling cepat untuk menaikkan jenama Daniel Wellington ini. Filip mencari influencer dari serata dunia untuk menggayakan jam tangan jenama DW dan secara tidak langsung dapat memikat hati para pengikut influencer yang beliau pilih.

Find the beauty in simplicity. (Photo via @lovejuliethai) #DanielWellington

A post shared by Daniel Wellington (@danielwellington) on

Marketing Daniel Wellington bukan berhenti setakat di situ sahaja. Peminat boleh memenangi hadiah edisi khas jika berkongsi gambar Daniel Wellinton dengan hashtag #DanielWellington dalam peraduan yang dianjurkan DW. Dengan 3.4 juta pengikut di laman Instagram DW, pastinya DW dapat mengekalkan visibility jenama DW serta menambah pengikut baharu.

Jam tangan DW dibuat di Shenzhen, China. Jenama jam tangan yang lain turut menghasilkan produk mereka di bandar ini. Disebabkan ianya dibuat di China, jam tangan DW dapat dijual pada harga mampu milik dan dalam kuantiti yang banyak.

Come sail with time in a sea of clouds! (Caption via @gracianadee, photo via @rsvn_) #DWaption

A post shared by Daniel Wellington (@danielwellington) on

Majoriti generasi muda ramai tidak kisah buatan jam tangan mereka dari negara mana asalkan ianya bergaya dan berjenama. Itulah sebabnya DW berjaya bertakhta di hati pelanggannya. DW kini turut menghasilkan rekaan model dengan harga yang lebih tinggi tetapi sesuai dengan harga yang dipasarkannya. Kejayaan paling unggul DW adalah dalam menjadikan jenama ini nampak ‘mahal’ dan eksklusif walaupun dijual pada harga mampu milik.

Ianya satu impian yang jadi kenyataan buat Filip Tysander. Pada umur baru mencecah 32 tahun, beliau sudah berjaya menghasilkan satu empayar yang dalam masa hanya 5 tahun, sudah dapat menjana jualan USD180 juta setahun. Kisah ini mungkin boleh dijadikan inspirasi anda untuk memajukan produk anda. Gunakan medium yang ada sebaiknya dan anda pasti berjaya seperti Filip.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤