Beberapa hari lepas tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter, @lalangsajati berkongsi kisah sedih tentang seorang bapa yang membonceng motorsikal dari Institut Jantung Malaysia (IJN) menuju ke Kuala Terengganu bersama anak perempuannya yang menghidapi penyakit jantung berlubang untuk mendapatkan rawatan.

https://twitter.com/lalangsajati/status/1169920175912583168

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/lalangsajati/status/1169920752369336320

Perkongsian pemuda ini telah mendapat perhatian ramai pengguna media sosial dan berjaya meraih simpati netizen. Malah, melalui ‘posting’ tersebut, pemuda ini juga berkongsi rasa sedih kerana tidak dapat membantu mereka.

Pada awalnya, pemuda ini dan keluarganya berhenti di suatu tempat untuk makan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Memandangkan destinasi yang ingin dituju sama, ayah pemuda tersebut mempelawa mereka naik kereta bersama tetapi pakcik itu menolak pelawaan tersebut.

Selang beberapa minit, mereka sekeluarga bertemu kembali dengan pakcik tersebut di LPT. Melihat keadaan pakcik bersama anak perempuannya dalam keadaan lesu kerana keletihan disebabkan perjalanan yang panjang, ayah pemuda ini mengajak mereka untuk menumpangnya tetapi pelawaan tersebut ditolak.

Perkongsian tersebut mengundang sebak dalam kalangan netizen dan rata-ratanya mengharapkan urusan pakcik dan anak perempuannya ini dipermudahkan.

https://twitter.com/aleffeiman/status/1169958850067189760

Akan tetapi, kebenaran disebalik kisah bapa dan anak perempuan tersebut pasti membuat anda berasa tertipu.

Terbaharu, Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) telah berkongsi hasil siasatan bahawa dua individu tersebut merupakan individu yang dikatakan pernah menggunakan taktik sama untuk menipu sebelum ini. Malah, pihak IJN juga mengesahkan kali terakhir individu tersebut mendapatkan rawatan susulan adalah pada tahun 2016.

Justeru itu, IJN menerusi status di ‘Wall’ Facebook mereka mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya serta mendapatkan info yang sahih sebelum menyebarkan sesuatu info yang belum dipastikan kebenarannya.

Tidak salah untuk berbuat baik tetapi haruslah berhati-hati. Semoga artikel ini dapat dijadikan pengajaran kepada anda supaya tidak terburu-buru berkongsi info yang tidak sahih kepada orang ramai. Ini pula kami kongsikan artikel tentang cubaan menipu yang pernah berlaku sebelum ini.

Lelaki Ini ‘Kantoi’ Menipu Kerana Inginkan Perhatian Netizen Di Twitter

Anak Menipu, Ibubapa Memanjat Ala Spiderman Untuk Lulus Peperiksaan

Lihat Apa Yang Terjadi Jika Anda Menipu Dalam Ujian ‘Lie Detector’