Nota Editor : Catatan ini asalnya diterbitkan di fb wall Yazid Zul, seorang pensyarah UIA yang banyak berkongsi kisah teladan dan pandangan di wall beliau. Kami kongsikan semula di sini dengan izin beliau.

gadis-cupcakes

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cupcakes hati

Ada seorang gadis ni. Dia renung cupcakes dalam cermin tu. Dia pakai t-shirt lengan pendek. Dadanya menyerlah. Kerana bajunya sendat. Nampak jelas bentuk badannya yang menggiurkan. Gadis tu pakai seluar jeans. Pasal selesa. Dah biasa pakai. Tapi jeans yang dia pakai tu jenis jeans yang paling sendat. Bentuk peha dan punggungnya menyerlah. Dan dia bangga pasal dia rasa dia hot. Bila dia jalan, laki akan renung. Dia excited bila dapat perhatian.
Dia lupa ambil pengajaran dari cupcakes yang dia beli tu.

‘Mahalnya cupcakes ni. RM6 satu. Hmm.. Takpelah. Bagi jugak lah satu.’

Cupcakes is a small cake designed to serve ONE person.

Cupcakes ni mahal harganya. Sampai 5-6 ringgit satu pun ada. Tapi orang masih akan beli juga.

‘Harga cupcake kecik ni cukup untuk beli nasi goreng sepinggan dengan sirap sekali.’ Hati tertanya. Kenapa kita beli juga cupcake ni.

Kerana hati sudah terpaut. Cantik dan pandang pun dah terliur. Tapi lebih dari itu, kerana cupcakes ni bersih dan halal. Kalau cupcakes tu terdedah dan sudah dihurung lalat, atau sudah disentuh, dijilat dan dirasa oleh orang lain, bagi free pun orang taknak.

Kita semua cupcakes sebenarnya.

Saya rasa gadis yang baik ni macam cupcakes yang menarik. Kalau nak kena usaha dan dapatkan secara sah dulu. Belum beli tak boleh pegang-pegang dan bawa ke hulu-hilir. Dapatkan cara sah dulu.

Saya baca isteri Saidina Umar kadang kala membebel dekat dia tapi Saidina Umar sabar pasal Saidina Umar kata isterinya banyak jasa padanya. Tanpa isterinya, Saidina Umar kata dia mungkin akan cari perempuan murahan. Isterinya juga menjaga anak dan makan pakainya. Sesekali isteri membebel tu, takpe. Kita timbang balik dengan banyaknya jasa isteri tu. Tapi girlfriend bukan isteri.

Saya tengok students sekarang ni layan boyfriend mengalahkan bini layan suami. Asal ajak ber couple aje mesti tergedik-gedik nak ikut. Pergi wayang berdua boleh, pergi taman berdua ok, malah travel sekali tanpa parent pun boleh. Pegang-pegang tangan pun boleh. Depan public. Di belakang public, Allah lebih tahu.

wanita-dan-skype

Lepas tu tergedik-gedik ber video call dan ber Skype tanpa menutup aurat secara proper. Jenaka separa seks pun boleh. Fellow tahu pasal kadang-kadang roommate akan komplen. Bila kita jatuhkan maruah kita camtu, takde keberkatan dalam hidup kita. Kalau finally kawin pun, perkahwinan itu dimulakan dengan maksiat. Dengan seburuk-buruk cara. Kalau kahwin. Dah biasa tengok orang couple lama-lama akhirnya tak kawin pun.

Saya lelaki. Saya tahu hati lelaki. Kalau orang amanahkan saya sepuluh juta, minta saya jaga sebulan, sumpah seringgit pun saya tak sentuh. Tapi kalau saya di amanahkan untuk jaga seorang gadis hot selama semalam, saya tak yakin saya akan amanah. Saya akan berparti malam tu.

Sedangkan saya ni dah ada master dan Phd dalam Islamic banking dan boleh praktis jadi peguam syarie. Setakat boyfriend ijazah tu saya ragui sangat bahawa mereka takkan ambik kesempatan. Ambik kesempatan tak mesti maksudnya zina. Allah pesan janganlah kamu dekati zina. Couple manja-manja sambil peluk cium tu mendekati zinalah tu.

In the end of the day, pilihlah nak jadi cupcakes jenis macam mana. Jenis yang mahal gile pun orang nak juga, atau jenis yang bagi free pun orang baik tak nak. Cupcake pun serve one person saja. Kalau kita jenis yang ada rotation boyfriends, patut malu dengan cupcake.

Wassalam

Jom LIKE Facebook The Vocket.