Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kanser merupakan ‘pembunuh’ yang datang tanpa diundang dan setiap orang berisiko untuk berdepan dengan kanser.

Terbaharu, perkongsian pengguna Twitter @zyslvtr mendapat perhatian netizen. Ini kerana beliau berjaya melawan penyakit kansernya dan mengakhiri rawatan kemoterapi.

https://twitter.com/zyslvtr/status/1205160208990756865

Menurutnya, beliau disahkan sakit kanser classical hodgkin lymphoma tahap 4 dalam bulan 5 tahun 2019. Pada mulanya, beliau seringkali demam dan boleh dikatakan dalam sebulan 2 kali akan demam serta batuk berpanjangan.

Pada suatu hari, leher beliau bengkak dan ibu bapanya membawa beliau ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan. Disebabkan doktor di klinik tidak dapat ketahui punca yang berlaku, doktor menasihatinya untuk ke hospital membuat pemeriksaan lanjut.

https://twitter.com/zyslvtr/status/1205750800632299520

Beliau ditahan di hospital dan menjalani beberapa ujian dan kemudian disahkan beliau menghidap kanser. Pada mulanya beliau tidak ingin untuk menjalani kemoterapi, tetapi atas nasihat ibu bapanya beliau bersetuju untuk menjalaninya.

Sebelum rawatan kemoterapi dijalankan, beliau telah diterangkan side effect rawatan seperti berasa loya, hilang selera makan, rambut gugur dan lain-lain. Ketika rawatan kemoterapi dijalankan tidak berasa sakit, tetapi selepas rawatan barulah rasa sakit terasa dari segi fizikal dan mental.

https://twitter.com/zyslvtr/status/1205750828482482176

https://twitter.com/zyslvtr/status/1205750851131727872

Beliau menjalani rawatan kemoterapi selama 6 kali dan keputusan rawatan mendapati beliau makin baik serta doktor mengesahkan beliau boleh berhenti menerima rawatan kemoterapi.

Akan tetapi, beliau masih lagi akan checkup setiap 3 bulan di hospital. Tanpa semangat daripada keluarga dan rakan-rakan, pastinya beliau tidak akan kekal positif dalam melawan penyakit itu. Akhir kata, beliau doakan semua orang dikurniakan kesihatan yang baik.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan turut berasa gembira untuk beliau. Malah, netizen juga berasa kagum kerana beliau kuat untuk melawan dan mendapatkan rawatan kemoterapi.

https://twitter.com/adqiff/status/1205163864670625792

https://twitter.com/thenamesiqa/status/1205324800173850624

Pastinya kisah gadis ini dapat menjadi satu semangat buat mereka yang sedang melawan penyakit kanser. Diharap anda tidak putus asa untuk melawan penyakit dan kekal positif.

Tahukah anda bahawa sebelum ini ada wanita yang berkongsi kisah ayahnya yang sanggup menjadi eksperimen rawatan kanser? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Wanita Ini Kongsi Kisah Pengorbanan Ayahnya Yang Sanggup Jadi ‘Eksperimen’ Untuk Rawatan Kanser

Bapa Botakkan Kepala Sendiri Demi Anak Yang Menghidap Kanser Tulang

‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser