Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock berkongsi kisah silam ibunya. Siapa sangka seorang yang begitu berjaya mempunyai kisah silam yang amat pahit. Beruntunglah beliau kerana mempunyai ibu yang tidak pernah rasa jemu dan sentiasa berusaha untuk membesarkannya menjadi anak yang baik. Pasti ibunya berbangga kerana segala kesusahan ketika muda terbalas dengan kejayaan anaknya.

Dari Facebook The Rock:

Terjemahan:

Kisah hari ibu yang cool.

Kami berada dalam penerbangan awal pagi dan saya duduk berhadapan ibu saya, apabila tiba-tiba beliau melihat sekeliling kapal terbang dan berkata, “Anakku, mak tak sangka dengan kehidupan yang kita ada sekarang. Atuk dan nenek pasti berbangga.”

Saya pun bertanya, “Adakah mak gembira?”

Kebetulan pembantu penerbangan datang menghidangkan sarapan lalu ibu berkata, “Adakah mak gembira?”, katanya. Sambungnya lagi, “Mak pernah risau tentang bagaimana hendak membeli barangan dapur, dan kini, sarapan dihidangkan di hadapan mak.”

Beliau menangis dan berkata, ” Ya anakku, mak sangat gembira.”

Ketika saya berumur 14 tahun, inilah wanita yang bersama-sama saya dihalau dari pangsapuri kami kerana tidak mampu membayar sewa sebanyak $180 seminggu.

Pada ketika ini, saya hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum diam, (sambil ibu menghembuskan hidungnya) kerana beliau kata beliau gembira. Dan semua tahu, apabila ibu bapa kita gembira, ia sangat memuaskan hati kerana kita telah melakukan tugas kita sebagai anak dengan baik.

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu yang layak di luar sana. Dan Selamat Hari Ibu kepada mak (yang akan mencekik saya kerana meletakkan gambar menangis ini di Facebook).

Semoga kita belajar satu dua perkara dari kisah di atas.

Sumber: FB Dwayne Johnson

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram