Sewaktu kisah ini mula-mula terpapar di media sosial, ia rata-rata mendapat reaksi positif daripada netizen Malaysia. Kisah ini adalah tentang seorang saudara baru bernama Azman, yang baru memeluk Islam.

Kami cuba mendapatkan semula kisah ini daripada sumbar asal iaitu Abu Hannah yang kini merupakan majikan Azman. Untuk makluman segala yang dipaparkan di sini telah mendapat keizinan daripada Abu Hannah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kisah bermula sewaktu Abu Hannah berhenti untuk solat di sebuah masjid.

kisah-azman-mualaf-3

Kenalkan. Ini Azman. Saudara baru kita. Nama asalnya Chandran. Umurnya 37 tahun. Berasal dari Port Dickson. Dia baru 6 bulan memeluk Islam. Aku terjumpa dia beberapa hari lepas di masjid Kota Warisan, Salak Tinggi.

Kali pertama dia melafazkan kalimah agung yang tiada lautan dan gunung pun sanggup tampung, 6 bulan lepas di Jab. Agama Islam Kuala Langat. Itulah kalimah ” Bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah “.

Sewaktu berwudhuk, aku nampak seorang lelaki seakan memerhatikan aku berwuduk. Setiap satu-satu perbuatan aku ditelitinya. Selesai berwudhuk sewaktu berdoa, dia menyapa.

” Assalamualaikum”, sapa Azman.

” Waalaikumsalam. “, jawab aku sambil menghulurkan tangan.

” Abang orang luar kawasan ya?,” tanya Azman.

” Ya encik, kenapa ye?”, tanyaku lagi.

Takde pape, cuma boleh tak kita solat bersama? Sebenanya saya muallaf. Saya terlewat solat sebab saya lambat sampai ke masjid. Saya pergi mencari kerja tadi,” jelas Azman.

” Oooo… boleh cik Azman,” jawabku sambil memeluk Azman.

Selesai solat Azman terus menuju ke penjuru masjid sambil membaca sebuah buku. Agak kuat bacaannya.

Tergerak hati aku untuk menyapa. ” Buat apa tu?,” sapa aku.

” Hafal surah Al-Kautsar abang,” jawab Azman sambil tersengeh seakan segan.

” Dah hafal?,” tanya aku sambil mengambil terjemahan itu dari tangannya.

” Dah, tapi belum lancar abang.” jawab Azman sedikit hairan dengan tindakanku.

” Ok, baca saya nak dengar ,” pintaku sambil menepuk sedikit bahunya.

Azman pun baca. Demi Allah. Sedap suara Azman kawan. Bergenang air mata aku. Walaupun merangkak dan perlahan, aku nampak kesungguhan usahanya.

Aku tahu. Allah sedang menghantar muallaaf untuk mengingatkan aku. Agar jangan berputus asa mengulang hafalanku.

” Ok ke abang?,” tanya Azman.

” Alhamdulilah Azman. Allah kurniakan suara tuan merdu. Insyaallah akan dipermudahlah”, jawabku.

Tiba-tiba Azman bertanya.

” Abang, saya ni takde kerja. Baru 6 bulan masuk Islam. Segan saya makan duit zakat RM500 tu. Walhal Allah bagi saya kesihatan yang baik. Abang tahu tak kat mana ada kerja kosong? Saya tak kisah berapa gajinya”, tanya Azman.

” Kerja dengan saya. Boleh? Tapi bukan di sini. ,” jawabku ringkas.

” Saya tiada kenderaan abang, ” jawab Azman seakan kecewa sambil menundukkan mukanya.

” Tidur di pejabat saya. Sampai kamu mampu sewa sendiri.,” jawabku sambil mengurut bahu Azman bagi melegakannya.

” Bila abang?”, tiba-tiba kuat suaranya.

” Sekarang, jom kemaskan baju kamu,’ jawabku ringkas.

” Petang itu kami berdua bergerak ke pejabat kecilku. Dan alhamdulilah malam tadi aku ditemani isteri aku menghantar tilam dan sedikit makanan.

Azman tidak mahu terima sesen pun duit yang aku beri. Jadi aku gantikan dengan sedikit kelengkapan peribadinya. Dia pesan pada aku, apa dia nak jawab pada Allah sebab meminta pada manusia?

Kawan. Dia beritahu aku, 6 bulan ini waktu paling mencabar bagi dirinya. Tidur di masjid-masjid. Tidur di surau petrol station. Dia baru bersunat. Dan ada dah bekalkan epsom salt untuk dia cuci bahagian yang luka.

Sampai hari ini dah 2 hari dia bekerja. Aku nampak kesungguhannya. Katanya, kalau inilah agama. Semangat bantu sesama manusia. Dia rela mati kerana agama.

Setiap hari aku sebak bila ke tempat kerja. Masuk kerja aku akan dengar dalam pejabat mini aku suara seorang manusia mengaji surah yang sama ulang kali. Satu minggu satu surah, dia akan tasmik dengan aku.

Kau nak tahu pasal Azman ni yang menarik? Aku tak pernah dengar langsung keluhan dia. Atau dia menyalahkan Tuhan tatkala dia susah.

Allah bukan hantar aku untuk ajar Azman tentang Islam. Tapi Allah hantar Azman pada aku untuk ingatkan aku dia tiada FB. Smartphone jauh sekali. Sesiapa nak beri sokongan atau bantuan boleh berhubung dengannya.

Buat masa ni, dia dapat bantuan 500.00 sebulan. Dan insyaallah gaji yang tak seberapa ni. Dia pernah bekerja di sebuah kilang selama 14 tahun sebelum ni di Nilai sebagai boilerman.

Azman tak nak dedahkan masalah peribadinya. Orang tuanya tiada. Dia dibuang keluarga. Satu je aku mintak, kawan-kawan kalau nak tolong dia jangan bagitau aku yang cerita kisahnya di FB. Sebab aku tak nak nampak dia rasa terhutang budi.

Hari ni Azman dah hafal 2 surah. Al Ikhlas dan Al Kautsar. Kata Azman, dia rasa menyesal dan rugi lambat kenal Islam. Malu aku kawan. Aku betul-betul segan dengan Azman. Sollu’ alannabii.

kisah-azman-mualaf-4

Dan Azman juga bersungguh untuk membaca sejarah dan kisah dari Al Quran

kisah-azman-mualaf-6

4 kali dia ingatkan aku semalam.

” Manual kehidupan buat Tuan Azman ”

Banyak-banyak benda ini je dia pesan. Dia nak baca cerita dari Al-Quran.

kisah-azman-mualaf-7

Tasmik Surah Al fatihah. Dengan Azman.

kisah-azman-mualaf-2

Tajuk khutbah hari ni ” Kepentingan Solat “. Azman pun pergi solat. Kau kalau menganut Islam dah lama, tapi solat dan solat jumaat pun buat tak reti je. Kau pikir la sendiri. Kau nak jadi manusia atau mamalia biasa je.

Baca: Bertemu Backpacker Remaja Berkopiah Dari Jepun, Inilah Yang Lelaki Ini Lakukan

Siapa sangka kisah Azman mendapat perhatian ramai. Dan inilah yang telah terjadi.

kisah-azman-mualaf-9

Kutipan hasil bantuan semua rakan FB setakat pagi ini berjumlah Rm 10600.00.  Kalau baitulmal negeri boleh umumkan kutipan zakat tahunan. Aku juga perlu umumkan kutipan derma pada Azman.

Anggap sahaja Azman ini sebagai ingatan dari Tuhan. Jadi selepas ini, pergi ke jalanan, masih ramai gelandangan yang menunggu Islam datang selamatkan mereka.

Dan sebentar tadi Azman maklumkan dia terima panggilan dari seorang ustaz dari Jab. Agama Negeri Sembilan. Ingin menghantar Azman belajar di negeri Kelantan selama 4 tahun.

Dan Azman bertanya pada aku meminta pandangan. Dan aku setuju, kerana aku juga produk Kelantan. Kesimpulannya, kisah Azman ini ingatan dari Tuhan untuk aku, kau dan kalian.

Allah hantar jerebu sahaja kita dah menggelabah, jadi beringatlah. Sama2-sama muhasabah. Sollua’lannabi.

” Jom makan Azman,” pelawa aku.

Azman baru selesaikan kerjanya. Sambil mengambil telefon bimbitnya yang hari ini saban hari berdering tanpa henti.

Tiba-tiba…

” Abang, siapa Abu Hannah? Hari ni ramai telefon saya, dan tanya pasal saya. Dan abang nak tahu tak, semalam akaun saya kosong, pukul 9 tadi saya pergi bank depan tu sekejap dah ada RM1200. Lepas tu ramai tanya khabar saya. Diorang tahu saya dimana. Ada yang cakap nama Abu Hannah. Siapa tu abang? ,” tanya Azman sambil membantuku menutup pintu pejabat.

” Erkk! Masak! Depa ni betoi laa tak boleh kawtim,” bisik aku dalam hati sambil buat-buat menjawab telefon dan menuju ke ruang parkir.

” Abang kenal tak Abu Hannah?,” ulang Azman sedikit tinggi suaranya.

” Entah, sape dia Azman? Tanyalah diorang. Diorang telefon kau, bukan aku. “, jawab aku sambil membuka bonet.

” Saya pelik. Siapa bagi saya duit abang. Nak cakap terima kasih diorang tak angkat saya call. Cuma tanya nama saya lepas tu terus letak telefon. Mungkin Pejabat Agama tolong kot ,” jawab Azman sambil menaip sesuatu di telefon orennya.

” Tak kott. Allah lah bantu. Ini semua kerja Allah. Kita kenal ni pun Allah tentukan Azman. Ko syukur dalam hati lagi baik. Semalam kau ada cakap nak beli motor secondhand kan? Yang murah-murah? Tu Allah dengar doa tu. Kumpul sikit duit, dah cukup nanti kita cari sama-sama. Deal?,” jelasku sambil memandu.

” Rupanya orang Islam ni suka muallaf ye abang? Saya kat masjid dulu pun ada orang bagi duit,” jawab Azman sambil memandang luar.

” Kau tahu apa asas dalam Islam? Kesatuan dan keyakinan. Brotherhood!!! Kau susah aku susah. Apa aku makan, itulah kau makan Azman. Kalau kau sedih, kau pasrah doa je pada Allah. Kau mengadu je semuanya. ” , jelasku sambil menukar siaran radio yang kian mengarut.

” Kalaulah emak ayah saya ada lagi kan abang, saya ajak diorang ikut saya. Tapi saya lambat, diorang dah takde,” jawab Azman dgn nada bergetar.

Aku diam. Baru aku faham kenapa dia selalu sebut menyesal lambat kenal Islam. Baru aku faham kenapa dia asyik menangis aminkan doa aku selepas solat.

Terima kasih kawan-kawan. Sebenarnya aku terkejut dengan jumlah yang kalian dermakan. Biarlah semua ini menjadi saksi di hadapan Tuhan. Andainya inilah antara kebaikan kita yang akan mendekatkan kita dengan rahmat Tuhan.

Cuma tolong rahsiakan pasal status di FB ni. Azman jenis berdikari. Dia tak nak nampak seperti menagih simpati. Terima kasih kawan. Sollu’alannabiii.

kisah-azman-mualaf-1

Terima kasih kawan-kawan semua.

Ini jumlah kutipan duit derma untuk Azman dalam akaun dia. Azman bagi tahu aku. Siapa terdesak nak pakai duit boleh hubungi dia. Aku sampaikan sahaja.

Azman kirim salam. Dengan ini diumumkan, semua bentuk sumbangan harap diberhentikan. Sudah lebih dari mencukupi. Terima kasih kawan-kawan.

Saya akan memadamkan semua nombor akaun Azman bagi menghentikan sumbangan yang tidak putus-putus. Semoga kebaikan kalian ini akan menjadi saksi dihadapan Tuhan. Atas nama Islam, kita semua menjadi saudara.

Dan terkini, dengarnya Azman bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Tahniah Azman. Kami di Vocket mendoakan Azman dan bakal pasangan kekal bahagia selamanya.

Buat Abu Hannah, anda tak mungkin mampu mengubah satu dunia. Tapi ketahuilah, anda telah berjaya memberikan satu dunia yang lebih baik untuk Azman.

Tahniah dan terima kasih atas usaha anda serta netizen yang telah menghulurkan bantuan seikhlas hati. Meskipun tidak banyak jumlah sumbangan kalian, ia telah mengubah hidup Azman.

Sungguh benar, Malaysia masih kaya dengan insan berhati baik. Allah rahmati hidup kalian.

Baca lagi: Kisah Seorang Mualaf Yang Melepaskan Gaji Lima Angka Demi Kerja Dakwah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram