Di zaman serba serbi memerlukan duit ini, amat sukar untuk bertemu insan yang tak berkira tentang soal bayaran dan upah bagi setiap pekerjaan yang telah dilakukan.

Tapi hakikatnya, manusia seperti ini masih wujud. Pada mulanya saya sendiri susah nak percaya hingga perlu beberapa kali mengintai wall Facebook lelaki ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mari saya kenalkan anda dengan manusia berhati batu permata ini. Saya katakan begini kerana untuk melakukan pekerjaan seperti apa yang lelaki ini lakukan, ia memerlukan seseorang yang berhati kental tapi di waktu yang sama keikhlasan beliau melakukan kerja umpama permata yang bersinar.

Lelaki itu adalah Ahmad Faizal bin Murtadza, berasal dari Port Klang dan kini menetap di Shah Alam. Bapa kepada seorang anak ini bekerja sepenuh masa sebagai runner – beli barang dan hantarkan barang seperti yang diminta oleh pelanggan beliau dan sedia menerima upah seikhlas hati. Tak kira apa barang yang diminta untuk beliau beli dan hantarkan, pasti beliau laksanakan.

Saya buat kerja dulu ni orang gelakkan saya, kata saya gila. Hahaha!

faizal-2

Salam geng, ini 1st client saya. Dia lah orang pertama bagi kepercayaan kepada saya dan tunjuk ajar serta bagi upah yang cukup banyak walaupun saya cakap upah seikhlas hati. Very humble person. Dia lah Dr. Mohd Fadhli. Alhamdulillah job doktor settle. Jom pegi Tabung Haji plak hehe.

Antara servis yang dilakukan oleh Faizal adalah belikan pampers di kedai dan hantar ke rumah pelanggannya, belikan barang dapur, hantar dokumen penting, jadi mat despatch hantar bunga dan teddy bear untuk yang tengah asyik mahsyuk bercinta dan berbagai lagi yang berkaitan dengan servis seorang runner.

faizal-13

Alhamdulillah baru lepas settle shopping untuk rumah anak yatim. Ada hamba Allah suruh belikan – at Tesco Shah Alam.

Menurut Faizal, beliau terjebak dengan kerja sebagai runner ini selepas terpaksa berhenti dari berniaga nasi lemak selepas isteri beliau sarat mengandung.

faizal-10

Gambar di atas time niaga bazaar ramadhan tahun 2012. Gambar kat bawah time niaga nasi lemak tepi jalan pertengahan tahun 2014. Time tu plak baru lepas kena sita payung niaga hehe. Sebenarnya kena sabar kalau niaga ni. Bukan senang nak senang. Teruskan niaga ye kepada semua peniaga. Kipidap! Kalau kita tak niaga masyarakat akan lapar. Hahaha!

faizal-3

Selepas isteri saya sarat nak bersalin saya stop berniaga dan duk relax tak tahu nak buat apa dah. Pastu saya dapat ilham dari aku bosan duk umah ni baik aku tolong orang bayar bil atau hantar barang pape. Memandang saya takde pengalaman jadi upah saya letak seikhlas hati. Bagi saya wang ringgit bukan la segalanya.

faizal-4

Walaupun GST dan harga minyak naik, saya umumkan harga upah masih lagi seikhlas hati anda. Saya tak nak bebankan anda. Yang penting anda ikhlas dan anda gembira, saya pun gembira.

Menurut Faizal, setiap kali selepas berjaya melakukan kerja yang diamanahkan, beliau rasa puas sebab dapat tolong mereka yang perlukan khidmat beliau.

Bila ditanya adakah Faizal pernah rasa down kerana bayaran yang diterima kadangkala tak setimpal dengan kerja yang beliau perlu lakukan?

faizal-5

Tipu lah tak pernah rasa down. Tapi Alhamdulillah saya pikir balik mungkin bukan rezeki saya di situ dan mungkin orang yang suruh tu ada masalah kewangan. Saya pernah dapat RM3 tapi Alhamdulillah client saya layan cukup baik. Hehe saya pun gembira. Yang penting kita dah dapat tolong orang.

faizal-7

“Best la bro buat keje camni ni mesti masyuk gile nak buat jugak la”. Dia tak tahu penat jalan jauh motor area SEL/KL dengan upah seikhlas hati tu camne. Haha. Apa jua keadaan saya tetap akan senyum. Bila kita mudahkan urusan orang lain inshaAllah, Allah akan mudahkan urusan kita jugak. Bukan senang nak jadi senang.

faizal-6

Assalamualaikum semua. Baru lepas belikan dan hantar barang keperluan untuk pakcik dan makcik ni. Anaknya sedang kerja di Sabah minta tolong saya belikan barang untuk ibubapanya. Alhamdulillah suka dorang anak belikan macam-macam. Tak kisah la jauh dari Shah Alam datang sini semata sebab dorang tapi ini la tugas saya hehe. Harap bile abah dah tua camni aku tak lupa tanggungjawab sebagai seorang anak.

Faizal juga sempat berkongsi antara servis beliau yang menyentuh hati apabila telah menolong seorang OKU.

Dia pm saya minta tolong pos kan barang tapi dia tak cakap yang dia OKU. Tapi bila saya datang jumpa dia baru saya tahu yang dia OKU. Orang macam ni lah saya perlu tolong. Dan servis saya amat diperlukan untuk orang camni.

faizal-9

Pada mulanya saya tak mengenali akak. Tapi kali pertama saya tolong baru saya tahu akak adalah orang kurang upaya.

Alhamdulillah hari ni saya dapat tolong akak lagi tapi job kali ni saya kena belikan barang masak. Hehe. Sebab tu la saya suka buat job ni. Dari tak tahu bahan apa terus dapat tahu. Cara ni je la saya dapat berbakti kat masyarakat. Nak jadi wakil rakyat memang jauh sekali. Puas hati bila customer suka dengan servis kita. Job settle.

faizal-8

Alhamdulillah, untung dapat isteri sweet. Suaminya cakap stress kerja hari ni. Kakak ni mintak tolong belikan kit kat untuk suaminya. Haha. Dengan ucapan have a break! Job settle hehe.

Apa perasaan Faizal jika tak dapat deliver barang?

faizal-11

Pengalaman saya tak dapat delivery barang memang saya takut dan cuak haha. Bila kita berjanji kita kena tunaikan. Tapi Alhamdulillah walau camne sekali keadaan pun saya kena selesaikan tugas saya.

Kini servis Faizal makin dikenali ramai kerana kejujuran beliau. Bagaimana pula dari segi kedudukan kewangan Faizal sejak menjalankan servis runner ni?

faizal-17

Kewangan saya Alhamdulillah setakat ni okay. Boleh bagi anak isteri makan. Nak mewah macam orang lain tu tak la. Sebab saya dibesarkan bukan la dengan keadaan mewah. Hehe.

faizal-14

Saya nak cerita kuasa Allah. Tadi time kat KL saya kelaparan beli roti Butterscotch kat 7E, saya makan sikit buat alas perut. Pandang tepi nampak ada orang homeless tidur. Saya pun kejutkan dia bagi semua roti tu dan bagi duit sikit untuk dia beli air. MasyaAllah memang kesian.

Saya balik Shah Alam singgah kedai Sarban Walk Cafe ada urusan then datang sorang hamba Allah sedekah duit kat saya pulak. Moga Allah murah rezeki beliau. Alhamdulillah. Hamba Allah tu ada dalam gambar ni. Jom kita amalkan bersedekah – at Sarbanz Walk Cafe, Meggi Ketam Bob.

faizal-16

Salam. Saya selaku founder Ahmd Fzl service runner mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada umat Islam di seluruh dunia. Tak tahu lagi camne keadaan naik motor time puasa. Doakan la ye semoga saya kuat iman dan terus berbakti walau di mana anda berada.

Kalau ada yang lapar time siang nak makan suruh saya hantar makanan boleh pm, tapi yang datang nanti hantar mkanan bukan naik motor tapi van jenazah. Haha.

Siapa sangka biar pun bekerja sebagai runner, beliau sebenarnya telah memberi inspirasi kepada insan lain untuk turut melakukan pekerjaan seperti beliau.

Alhamdulillah bisnes saya berkembang maju. Setiap hari memang ramai yang mintak tolong.

faizal-15

Pesanan untuk yang nak buat servis ni, jangan main-main buat kerja tu. Susah nak dapat kepercayaan customer tapi bila dah dapat kita kena buat yang terbaik. Buat kerja kena ikhlas, inshaAllah murah rezeki kita nanti.

Sebelum akhiri perbualan, Faizal sempat berikan ucapan berikut;

faizal-12

Ucapan saya untuk kepada pelanggan saya. Terima kasih kerana mempercayai servis saya, tak kira dari mana pun. Sebab sekarang ramai dah yang jadi macam saya.

Mungkin ini dapat mengurangkan gejala jenayah dikalangan golongan belia. Juga buat sesiapa yang viralkan servis saya, terima kasih sangat-sangat.

Bagi yang berada di sekitar KL dan Selangor dan perlukan khidmat Faizal, atau jika anda berminat untuk sertai rangkaian servis runner bersama Faizal, boleh hubungi beliau di Facebook atau sms / whatsapp / tel ke 013-4123 715.

Faizal, anda ibarat permata – perlu kental dan kebal menempuh terjahan dugaan dan di waktu yang sama harus kekal bersinar. Majulah runner untuk negara. Keep it up Faizal!

BACA: Seorang Mualaf Yang Melepaskan Gaji Lima Angka Demi Kerja Dakwah

BACA juga: 5 Lokasi Popular Kerja Separuh Masa Untuk Lepasan SPM

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram