Siapa sangka anak Malaysia boleh jual lukisan cat air (watercolour paintings) di Edinburgh, ibukota Scotland yang merupakan pusat festival seni terbesar di dunia.

Semuanya bermula apabila pertama kali Imanudin Hasbullah (Iman) menjejakkan kaki di bumi Edinburgh Scotland kerana mengikuti isterinya melanjutkan pengajian peringkat PhD di sana.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

iman-3

Iman merupakan seorang arkitek senior, mempunyai 12 tahun pengalaman bekerja di firma arkitek di Kuala Lumpur. Kebanyakan projek yang dijalankan oleh beliau adalah rekabentuk dan perancangan kesihatan.

iman-31

Bangunan terakhir yang menjadi buah tangan beliau sebelum meninggalkan Malaysia adalah Pusat Rawatan Harian & Pakar Hospital Kuala Lumpur yang telah mendapat anugerah khas kategori Integrated Building System IBS.

iman-20

Setiba di sana Iman tertarik dengan keindahan kota Edinburgh yang baginya sungguh menakjubkan. Terasa seperti berada di dalam filem Harry Porter dan sejarah senibinanya yang berusia beratus tahun masih dipelihara dengan baik dan gah berdiri.

iman-35

Edinburgh Castle

Kehijauan buminya yang indah menjadi inspirasi untuk beliau merekodkan pengalaman di bumi asing melalui lakaran-lakaran pen bangunan-bangunan bersejarah sebagai koleksi peribadi.

iman-18

Edinburgh Old town – view from Carlton Hill.

Namun hobi melakar ini telah menjadikan beliau melangkah lebih jauh setelah mendapat galakan daripada keluarga dan rakan-rakan yang memberikan komen positif tiap kali Iman berkongsi hasil seni beliau di Facebook.

iman-19

Manalah tahu kot boleh terbitkan buku warna-warna air kota Edinburgh bila dah balik ke Malaysia nanti.

Dari sini bermulalah pula episod lukisan cat air pada lakaran yag telah dihasilkan. Minat beliau ini semakin menjadi-jadi hingga pantang ada masa terluang, Iman akan menggunakan sebaiknya untuk melukis agar beliau dapat menambah koleksi seni selagi ada peluang untuk merakam pemandangan menarik selama berada di Edinburgh.

iman-17

Kejang otot aih nak nyiapkan. Sikit je lagi.

Pada peringkat awal lakaran menggunakan pen, Iman pernah cuba bertanya kepada tuan kedai yang menjual lukisan dan hasil seni, sekiranya mereka berminat untuk membeli namun jawapan mereka mengecewakannya.

Baca: Poster Ini Turut Menyertakan Sebuah Bangunan di Malaysia Sebagai Salah Satu Seni Bina Paling Berpengaruh Di Dunia

iman-30

Trust me this is not easy. Almost give up but managed to rescue.
Edinburgh City from Salisbury Crag. Watercolour on 100% cotton paper
Panoramic half imperial (1/2 A2). To be displayed in Roxburgh House @ £400 price tag.

Terasa pada ketika itu tahap dan kemampuan beliau masih jauh ketinggalan dan tidak dapat menandingi hasil seni pelukis yang telah lama menempah nama di Edinburgh.

iman-9

Segalanya berubah setelah hampir setahun bekerja sebagai cleaner di Universiti of Edinburgh, bakat anak Malaysia ini dikesan oleh salah seorang kakitangan universiti dan  beliau menunjukkan minat untuk menempah satu lukisan sebagai latar belakang pada reception counter yang baru dinaik taraf.

Setelah siap tempahan dibingkai dan dipamerkan, maklumbalas oleh kakitangan universiti adalah di luar jangkaan sehingga artikel tentang beliau telah disiarkan dalam newsletter / buletin Estate & Building, University of Edinburgh.

iman-16

Artikel dari University of Edinburgh, Building & Estate, page 11.
Mana nak jangka datang Edinburgh kena jadi Mr Mama, tapi rezeki Allah tu luas asalkan ada usaha. Syukur jadi rakyat Malaysia apabila hasil seni kita sebenarnya lebih dihargai & mampu pergi jauh. Alhamdulillah.

Tempahan seterusnya diterima daripada kakitangan universiti yang hadir untuk bermesyuarat di sini, setelah melihat hasil seni beliau di dinding kaunter.

iman-8

Alhamdulillah. Suatu pagi yang ceria, 2 lukisan bertema senja.
Purchased by top ranking staff, a lawyer from Univ of Edinburgh with her husband. ‘Forth bridge’ for themselves & ‘Edinburgh Castle from the vennel” for their mom’s on her 90th birthday

iman-32

Dean Village water colour on cotton paper. This painting has been booked & reserved from the day its been displayed at Roxburgh House November last year. Finally it is now belongs to a very nice person, the Edinburgh University staff. The art lover, he is my wikipedia of Scotland. Mixed feeling to see the painting go.

iman-7

Basking in the glory of their monumental 56 seats win, Scotland First Minister surrounded by her new MP’s staged a photo in front of the Scottish prominent landmark, the Forth Rail Bridge to set their sights on Westminster. The painting has been sold for £225 before the general election.

iman-26

Dari sini pihak pengurusan universiti menyuarakan hasrat untuk meminjam seberapa banyak lukisan yang telah dihasilkan oleh Iman untuk dipamerkan pada bilik mesyuarat utama di bangunan ini, sekaligus menjadikan bilik mesyuarat tersebut sebagai galeri pameran dan jualan untuk hasil seni beliau.

iman-22

iman-12

iman-10

iman-11

iman-23

Terkini, 5 lagi lukisan beliau telah berjaya dijual, manakala 6 lagi masih dalam pameran di salah sebuah bangunan University of Edinburgh.

iman-1

iman-2

Terdapat beberapa lagi lukisan cat air yang telah lama beliau siapkan tetapi belum dipamerkan kerana menunggu sedikit modal untuk membeli bingkai.

iman-28

UoE School of Geosciences, Drummond St. Tempat mencarik rejeki ambo.

Selain dari lukisan cat air yang berjaya dijual, Iman juga telah dipilih untuk mewakili etnik minoriti jabatan Estet & Bangunan University of Edinburgh dalam Equality Race yang dipertandingkan oleh Universiti seluruh United Kingdom.

iman-24

Dari undangan setiausaha persatuan ini yang berminat dengan hasil seni lakaran pen dan lukisan cat air yang telah dihasilkan, Iman juga telah berjaya menembusi keahlian Scottish Architect Artist Association.

iman-33

Dari segi kerja pula, sebagai seorang cleaner Iman juga sering mendapat maklumbalas yang baik oleh kakitangan universiti tempatnya bekerja, mendapat merit dan penghargaan atas tugasnya yang cemerlang dan konsisten.

iman-25

Walaupun sibuk dengan hobinya, Iman juga aktif menyertai persatuan komuniti Malaysia di Edinbourgh. Beliau pernah dilantik sebagai Penghulu komuniti Malaysia Edinburgh- Famili 2013/2014.

iman-4

Dan yang terkini, Iman telah menyumbangkan sentuhan seni beliau dalam bentuk banner kanvas menggunakan medium arcrylic untuk kegunaan persatuan. Banner yang telah beliau hasilkan ini akan digunakan setiap kali majlis perayaan komuniti Malaysia di Edinburgh.

iman-34

Selain dari pencapaian di atas, Iman turut menyumbangkan lukisan 12 masjid di seluruh Malaysia yang telah beliau lukis di Edinburgh untuk kalendar Ustaz Ismail Kamus.

iman-15b

iman-15a

Untuk projek kalendar ini beliau hanya mengambil sedikit upah untuk membiayai kos membeli material lukisan manakala hasil dari jualan kalendar tersebut telah didermakan kepada sekolah tahfiz.

Sebelum mengakhiri artikel ini Iman sempat menitipkan pesanan berikut. Menurut Iman inilah prinsip yang beliau pegang dan ingin disampaikan buat pembaca Vocket;

iman-29

Apa jua bidang yang diceburi, di mana jua kita berada, percayalah pada kemampuan kita untuk menjadi yang terbaik. Secara tidak langsung dapat mengharumkan nama negara di mata dunia.

Kepada Iman, terima kasih kerana sudi berkongsi kisah inspirasi anda. Kami doakan Iman terus bersemangat untuk berkarya dan semoga hasil seni beliau berjaya menarik perhatian ramai tidak kira sama ada di Edinburgh atau di mana saja.

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang lukisan Iman, beliau boleh dihubungi di Facebook Iman Hasbullah.

Siapa sangka lukisan seorang pencuci berjaya menawan hati Mat Salleh, eh!

Baca lagi: Demi Rezeki Halal ‘On Call Runner’ Ini Terima Upah Seikhlas Hati Anda

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka