Ingin saya berkongsi kisah sewaktu berjuang mendapatkan PhD in Medicine, Specialized in Nutrition And Genetics. Moga boleh membantu sahabat yang lain yang sedang berjuang.

Ya. Saya serius apabila berbicara isu pendidikan dan penyelidikan. Bukan seperti yang kamu jumpa semasa pendakian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Usai mengemas barangan lama, terjumpa helaian kertas penting berkenaan PhD, examiner’s report. Ya, di Australia tiada viva, tesis kami dihantar ke luar untuk di-evaluasi.

inspirasi-phd-6

inspirasi-phd-7

inspirasi-phd-8

Perjuangan PhD saya bermula dengan sukar. Mengimbau kenangan tahun 2008, itu pertama kali saya ke luar negara, seorang diri, tanpa rakan. Adelaide, bukan satu tempat yang dikenali ramai ketika itu.

Hasilnya, seminggu selepas tiba, saya homesick teruk. Hasilnya saya membeli tiket kapal terbang, kembali ke Malaysia untuk berjumpa ibu dan ayah. Seminggu di Malaysia, dengan hati berat, saya kembali ke Adelaide untuk menyambung perjuangan.

Permulaan yang sedikit goyah apabila supervisor ada 5 orang dan semuanya lelaki. Semuanya ada kepala sendiri, semuanya perlu dipatuhi.

Teringat ketika pembinaan proposal, supervisor melempar kertas cadangan penyelidikan dan berkata penulisan English saya seperti sampah. ‘This is rubbish’ katanya.

Herdikan beliau menjadikan saya beremosi namun apakan daya, saya mengutip kembali kertas cadangan penyelidikan saya dan berjumpa teman PhD lain dari Australia untuk membantu penulisan English saya.

Baca: Calon Sarjana Dan PhD, Anda Perlu Faham Ini Sebelum Mengorak Langkah Seterusnya

inspirasi-phd-4

Lama kelamaan saya menjadi tebal muka dan penulisan bertambah baik. Saya juga menjadi suka ke makmal dan adakalanya menghabiskan masa di makmal bermula jam 7 pagi sehingga 10 malam. Setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad.

Kerja makmal saya yang melibatkan ‘human trial‘ juga berjalan lancar. Alhamdulillah.

Permulaan yang goyah tampak ada sinar tetapi di penghujung jalan, seorang postdoc telah menuduh saya memplagiat hasil beliau. Tuduhan yang membuatkan dunia saya hampir terbalik. Sedih bukan kepalang. Kesemua penyelia berpihak pada saya kecuali penyelia utama. Masa depan yang cerah tampak pudar.

Hasil perbincangan beberapa kali, berjaya menyelesaikan masalah ini. Tapi, rasanya ketika ini, kebergantungan pada Allah sememangnya tinggi. Dalam doa saya, setiap solat, setiap sebelum tidur, mohon ditunjukkan kebenaran.

Bukan juga mudah memuaskan hati penyelia utama, beliau mendesak untuk penulisan yang sempurna. Sesuatu yang sukar untuk dicapai. Aduhai. Aku bukan penulis yang baik.

Akhirnya setelah 3 tahun 10 bulan, saya berjaya menamatkan ceritera PhD saya dengan keputusan yang cemerlang. 5 jurnal artikel dan pelbagai persidangan antrabangsa. Alhamdulillah.

inspirasi-phd-5

inspirasi-phd-3

Kesimpulannya. Teruskan perjuangan sahabat. PhD ini bukan hanya kerja seorang. Sokongan keluarga, sahabat dan penyelia merupakan asas utama dalam kecemerlangan PhD. Juga, kebergantungan kita pada Tuhan.

PhD tanpa linangan air mata itu bukan PhD sebenar. Ada pelbagai pancaroba dan ujian untuk setiap kita yang berjuang.

Tikus mati, penyelia bertukar, penyelia garang, masalah stress, rekrutmen subjek, masalah masa, masalah kewangan, dan sebagainya. Tabahkan hati, ingat kenapa kita bermula. Moga dimudahkan.

Baca lagi: 11 Petua Menyiapkan Penulisan Tesis PhD Dalam Masa 3 Bulan