Pada tahun 2013, lelaki ini mengambil keputusan nekad untuk keluar dari Malaysia bagi menimba pengalaman baru.

Perancangan asal beliau adalah dengan cara melanjutkan pelajaran namun oleh kerana tiada tajaan, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk keluar mengembara dengan apa yang ada di tangan pada ketika itu.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

ajin-1

Semua traveler ada checklist. Bagi saya checklist saya bukan untuk melawat sebanyak negara yang boleh, tapi untuk experience pengalaman seumur hidup.

Bermula dari Malaysia, saya merentas hingga ke Sepanyol menggunakan jalan darat.

Road trip, hitch-hike, camping, exhibition, jatuh cinta, bekerja di perantauan, music festival, organise community project, summer picnic, BBQ etc, itu yang saya cuba lakukan.

Yang lebih menarik, meskipun mengembara dengan bajet yang sangat ciput, beliau telah berjaya mengembara ke  19 negara selama lebih 2 tahun.

Daripada 19 negara yang telah beliau lawati, ada yang beliau kunjungi lebih dari sekali. Di Eropah sahaja, beliau mengembara selama 9 bulan dengan cara hitch-hike.

ajin-2

Hitch hiking is just another method of traveling yang saya nak cuba belajar. And Europe memang best untuk hitch-hike during summer. Sangat meriah sebab hitch-hiker ramai. It’s another world yang ramai tak tahu.

Mari berkenalan dengan Syahrulfikri Razin Salleh atau lebih dikenali sebagai Ajin di kalangan rakan-rakan beliau. Menurut Ajin, banyak yang beliau ingin kongsikan dengan pembaca Vocket.

Tapi tak mengapa, kita ikuti temubual di bawah sambil membaca perkongsian dari Ajin.

ajin-9

S: Boleh kongsikan latar belakang Ajin – nama penuh, pendidikan, berasal dari mana.

J: Nama penuh saya Muhamad Syahrulfikri Razin bin Mohd Salleh, lulusan Bachelor Degree in Graphic Design (Major in Advertising), UiTM Shah Alam. Saya graduate pada tahun 1999 dan berasal dari Kuala Lumpur.

ajin-8

S: Apakah yang mendorong Ajin untuk mengembara keluar dari Malaysia?

J: Hmm… banyak perkara yang mendorong dan semua faktor akhirnya leading to travel. Antaranya adalah 3 faktor berikut:

1. Saya bekerja sebagai pensyarah di LimKokWing Cyberjaya, mengajar typography and graphic design.  Saya nak lanjutkan pelajaran tapi tak berjaya dapatkan biasiswa.

ajin-39

Di belakang adalah sebahagian dari artwork yang saya hasilkan – Februari 2013.

So, saya tanya diri sendiri, apa tujuan untuk belajar? Untuk certificate atau untuk ilmu? Kalau ilmu bukankah lebih elok belajar secara terus dari artist dan daripada segala jenis manusia serata dunia berbanding dengan hanya kita belajar daripada internet dan buku?

ajin-4

Saya travel tak banyak negara pun. Saya travel bukan untuk tujuan collect stamp negara. Saya nak kejar impian dan pengalaman saja.

2. Hidup saya telah menjadi terlalu rutin dan hanya tersekat dalam sistem yang tidak membina. Saya kerja untuk membayar bil. Bila hujung bulan gaji habis dan pening kepala.

3. I wasn’t growing as a person back then. Statik. Tepu.

ajin-19

S: Dengarnya Ajin bermula dari kosong. Tak ada duit pun masa nak travel hinggalah tiba-tiba menang dalam satu pertandingan Levis. Apa perasaan Ajin masa menang tu?

ajin-27

Levis submission idea untuk travel art project saya. Saya gambled  je menang tak menang time tu memang saya dah nekad nak keluar Malaysia. Sekali menang pulak.

Info selanjutnya tentang travel art project ni boleh dibaca di Levis Go Forth

J: Ya, saya nekad masa tu memang nak buat travel art project saya. I believe in traveling with a purpose. Kalau tak menang pun saya akan cuba cari jalan lain untuk cari duit untuk start traveling.

Bila diumumkan saya pemenang, perasaan tu macam mimpi menjadi kenyataan. Dan masa tu juga saya rasa memang dah tahu destiny saya. Duit hadiah RM10,000, separuh saya guna untuk pameran arts saya, dan separuh lagi guna untuk start travel.

ajin-10

Saya ni jenis nak belajar dan buat benda yang saya tak pernah buat selama ni. Belum pernah hitch-hike, then saya cuba belajar sampai berani solo dan berani tidur dalam belukar.

ajin-11

Tak pernah camping, cuba camping, masak sendiri buat api tengah-tengah hutan. Sebelum ni pun saya tak pernah travel long term. This is considered as my one and only. Sebelum ni more like 2 weeks holiday in Thai, Indo or Singapore.

S: Sehingga kini dah berapa negara yang Ajin dah travel?

J: Saya tak pernah kira actually. Selalu bila orang tanya baru saya nak cuba kira. Thailand, Cambodia, Vietnam, China. Kyrgysztan, Uzbekistan, Turkey, France, Germany, Czech, Romania, Hungary, Austria, Slovenia, Italy, Belgium, Holland, Spain, Korea Selatan. Jadi total 19.

Tak banyak negara tapi saya mostly travel ikut jalan darat by overland dari KL ke Spain. So far baru 4 kali naik flight.

ajin-12

“Kau Melayu ke?”
Aku gelak dan balas: “Yeah, you’ve been to Malaysia?”
“Aku dulu pandai cakap Melayu, sudah 11 tahun tak cakap.” Ujar pemandu kurus dari Peranchis, rambut diikat ke belakang yang berusia linkungan 40-an ni. Dia tumpangkan aku dari Orange ke Beziers, berhampiran pesisir pantai Peranchis.

Katanya dia pernah bekerja di guesthouse di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Sekarang ni tengah kerja untuk 4 ke 6 bulan untuk kumpul duit. Lepas ni dia akan ke Nepal pada bulan November. Semua ni dia ceritakan dalam Bahasa Melayu sekali dengan lenggok dan loghat dia.

Aku bagi dia poster aku dan dengan kuat dia baca – “Will you travel the world with me?” . Lepas tu dia jawab “I will.” Mana tahu mungkin satu hari nanti dia datang ke Malaysia lagi. Jadi aku bagi email aku kat dia dan cakap pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk dia – Ogos 2014.

S: Apa pengalaman paling manis yang Ajin pernah lalui sepanjang hampir 3 tahun travel ni?

J: Semuanya manis. Experience traveling ini pun sebenarnya pertama kali saya travel untuk satu tempoh yang panjang. Sebelum ni just holiday 5 hari, tak pun paling lama 2 minggu.

Itu bagi saya bukan traveling, itu holiday (bercuti). Pengalaman paling manis bagi saya mungkin dapat jumpa semula kawan-kawan saya yang saya pernah host mereka di Kuala Lumpur through couchsurfing.

Saya start couchsurfing tahun 2006. Masa tu KL mungkin ada dalam 10 ke 15 ahli. Saya suka host traveler dan kebanyakkan mereka semua dari Europe. So basically saya jalan-jalan jumpa kawan-kawan lama di setiap negara.

ajin-3

Kawan hitch-hiker jumpa tepi jalan. Ajak dia camping sekali. Kena survey area dulu sebelum pacak tent. Kalau ada orang kampung, mintak izin atau tanya mana boleh pasang khemah. Lepas tu pastikan tempat tu bersih semula. Kalau buat api, pakai dahan kering, jangan potong pokok hidup.

Hitch hiking di Europe dengan hanya berbekalkan khemah dan ibu jari. Ini antara the best moment dalam trip saya. Gamble. Takde duit just jalan tanpa map. Rasa free, takda rasa takut dalam diri time tu. Takde pikir apa dah, just jalan.

ajin-16

Kalau tak dapat ride, just tidur kat belukar tepi highway ke, belakang petrol station ke, playground ke, tepi pantai ke. Macam-macam tempat saya camping. Binatang buas takde kat Europe. Banyak arnab dengan musang je. Big city saya guna couchsurfing tak pun cari kawan-kawan travelers lain.

ajin-7

Ramai bertanya saya total bajet saya keliling dunia berapa. Tapi honestly saya takde bajet. Kerja sikit, jalan sikit. Lama-lama makin jauh itu saja. Europe saya duduk total 9 bulan. Europe summer best hitch hike. Sleeping bag dan tent murah.

Air bersih senang dapat di Europe. Stop kat toilet refill. Pastikan ada 2 botol air bersih selalu (just in case). Makanan simple. Saya ada garam dan spices dalam bagpack. Then beli stok sayur kering dan tahan lama – carrot, timun, potato, garlic dsb.

ajin-34

Roti sebuku boleh tahan 4 hari. Kalau nak makan best rebus telur siap-siap. Dan saya suka makan snickers bar masa on the road. Sana promo 1 Euro boleh dapat 6 batang snickers. Murah, sedap dan good for energy dan protein. Kalau ada trail mix macam kacang, kismis pun bagus. Dry food, light. Berak pun senang. Haha.

Anggaran sebulan bajet 50-70 Euro saja. Tak banyak.

ajin-35

Jumpa artist di setiap negara, berkenalan dengan mereka, memahami dan mengetahui hidup peribadi mereka. Bekerja di merata tempat. Making new friends everywhere. Jatuh cinta. Putus cinta. Semuanya kenangan manis lah kan.

ajin-46

Satu lagi kenangan manis – semasa berada di Cologne, Germany saya di interview radio station sana untuk berkongsi pengalaman traveling dari KL – Ogos 2014.

ajin-48

Ini pun kenangan manis.

Semasa berada 3 bulan di Bucharest, Romania. Saya bekerja di hostel sepenuh masa 5 hari seminggu, dapat gaji RM90 seminggu. Cuci tandas, jaga registration, kemas katil, entertain guest, semualah buat.

Dan pada waktu sama saya bergiat aktif dengan group creative di sana. Dan berkenalan rapat dengan ramai local seperti kawan baik. Nangis, ketawa bersama. Bucharest antara tempat yang memberi pengalaman indah bagi saya. So minggu terakhir di Bucharest, saya dijemput untuk membuat exhibition di galeri sana.

ajin-49

Jadi saya mengambil peluang ini untuk mengucap terima kasih atas pengalaman di situ. Saya shared Malaysian culture, pengalaman traveling dan juga artwork semasa journey.

ajin-50

Saya masak ayam masak lemak cili api untuk 20 orang lebih. Music playlist lagu-lagu Malaysia dari pelbagai genre dan zaman mengenai dreams, cinta, perpisahan, hope, traveling and life.

Exhibition: Before I Go, June, 2014
Kabinet Gallery, Bucharest.

S: Ada pengalaman menakutkan atau mengerikan yang pernah Ajin lalui?

J: Hmm… saya tak pernah kena ‘tindih’ (hantu) sebelum ni dalam hidup saya, tapi pertama kali saya kena masa di Osh, Kyrgyzstan. Osh ni dikenali sebagai Spiritual Mecca. Banyak gunung ganang dan gua. Ramai org masih percaya superstitious. Puja spirit gua.

ajin-22

Osh, Kyrgystan

Siang hari tu saya berjalan explore gua-gua dan saya tak terpikir apa-apa pun pasal benda-benda ini. Tapi malam tu saya kena tindih. Takdela menakutkan atau mengerikan sangat. Tapi selain dari kes ni, saya memang tak ada melalui apa-apa pengalaman buruk.

ajin-23

First time I came here, I was a bit cautious with the guys especially. They seems cold, rough & arrogant but then I learnt its in their nature, cos historically they are nomadic and over proctective of their space/land/property.

But they are harmless, just need to start conversation with them and you know they warm inside. Small town or they say big village. Former Soviet Union with Muslim influence. Kyrgyz, Uzbek & Russian – 3 languages. Gals are pretty gorgeous.

S: Ada pengalaman menyentuh hati atau jumpa insan yang buat Ajin rasa tersentuh hati masa travel?

J: Bab ni saya boleh tulis satu buku pasal baiknya manusia di merata tempat. Saya boleh katakan saya agak bertuah. Jumpa pelbagai jenis manusia dan semuanya sudi menolong. Kalau kawan yang saya jumpa semula tolong saya memang banyak sangat. Tapi yang total stranger sanggup nak tolong saya. Kasi duit. Belikan tiket train. Belikan makanan itu banyak kali berlaku pada saya. Tanpa minta balasan.

ajin-24

Salah satu cara untuk travel cara menjimatkan di Europe adalah by share ride. Biasanya aku akan check sama ada di BlaBlacar.com atau CarPooling.com tapi selalunya saya lebih mudah dapat di BlaBlaCar.

Dari Cologne ke Bruseels tambangnya adalah 15 Euro. Pemandunya adalah seorang gadis manis dengan imej punk dan bertatoo yang akan ke selatan Belgium atas tujuan kerja. Rupanya dia adalah technician lampu untuk kumpulan muzik yang akan buat persembahan di satu festival musik.

Kami rancak bersembang disepanjang 2 jam perjalanan. Dia bagitau aku dia keluar dari rumah makpak dia dan hidup sendiri pada usia 16 tahun. Kami bersembang tentang perbezaan cara hidup antara orang timur dan barat.

Banyak benda yang kami sembangkan termasuk hal orang tua kami. Kami ada satu perkara yang sama – ayah kami kena strok. Bila dah sampai, dia cakap tak payah bayar tambang. Sebagai tanda terima kasih, aku bagi dia beberapa printed artworks aku – Aug 2014.

ajin-25

Selalunya semasa hitch-hike. Driver yang kasi ride semuanya sudah pasti sangat baik. So, setelah tidak putus-putus saya terima pertolongan dari orang yang berlainan, negara yang berlainan, sampai ada yang belikan tiket train first class, saya terduduk dan menangis terharu betapa baiknya manusia.

ajin-28

I hitch-hiked a ride with a Luxembourg guy and his dog from Basel, Switzerland for 30 minutes towards southern France. When asked why is he heading to France, he replied half laughing,

“To buy cocaine. It’s cheaper there.”

15 minutes after he dropped me off god knows where, he came back and gave me a bag filled with food. Thank you and God bless you – Southern France, Aug 2014.

S: Selain travel Ajin juga buat kerja sambilan di beberapa tempat yang Ajin dah pergi. Boleh kongsikan apakah kerja tersebut?

J: First time duit habis masa kat China. Maksud habis ni tinggal lebih kurang USD10 masa tu kat Hong Kong. So saya balik ke Shanghai cari kerja dan dapat keja kat cocktail bar no 1 di Shanghai. High-class. Kerja as waiter. Gaji sejam 20 Yuan (RM10). Kerja selama 3 bulan.

ajin-13

Aku tinggal 3 bulan di Shanghai, couchsurfing dari satu host ke host kain pulak. Aku pernah tinggal dengan orang dari Amerika, Malaysia, kucing-kucing, China, New Zealand, Peranchis, Jepun, Filipina dan host dari Mesir.

Ada masa aku ulang balik rumah yang sama beberapa kali lagi. Dan untuk beberapa minggu, aku tidur kat sini – sofa baldu, wifi, ada aircon, dapur yang penuh dengan makanan. Aku kerja di sini sebagai pelayan. Couchsurfing next level! – Aug, 2013.

Then di Istanbul kerja di hostel tapi tak lama then kena pecat. Then di Bucharest, Romania juga kerja di hostel selama 3 bulan. Seminggu dapat dalam 90 Lei (RM90).

ajin-43

Hasil mural artwork saya di Jerman.

ajin-42

Yang ni di Bucharest

Ada juga saya jual art tepi jalan masa di Istanbul dan Venice. Atau buat mural di Jerman dan macam-macam cara lain saya cuba buat untuk mencari sedikit duit untuk survive hari esoknya. Memang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang la kiranya time tu.

ajin-33

ajin-29

Akhirnya aku buat beberapa poskad dari hasil artwork yang buat masa travel. Setiap design ada kisahnya sendiri – apa yang aku belajar di jalanan, orang-orang yang aku jumpa, luahan hati yang aku conteng di jalanan.

Aku buat ni beberapa bulan lepas masa di Seoul. Ada yang aku dah jual pada kawan-kawan dan kat sini aku nak offer pada yang berminat nak dapatkan artwork aku.

Poskad ni juga ada dijual di lokasi berikut, ada 9 design artwork yang aku dah buat. Saiz 5″x7″, 300gsm, glossy laminated.

Di Kuala Lumpur – Supermart Collective, Sunway Pyramid.

Di Phnom Penh kat 2 tempat ni :
1. Display Store, St. 63
2. Bee Vintage And Craft, St. 93

S: Bagaimana penerimaan traveler luar terhadap traveler Muslim dari Malaysia?

J: Ramai kenalan Europe berminat mengetahui mengenai Islam melalui saya. Sebab ada antara mereka tak pernah langsung bergaul dengan Muslim. Saya pun terkejut. Saya share apa yang boleh.

Saya selalu lihat setiap traveler sebagai duta kecil kepada negara dan apa jua stereotaip yang dibawa ia adalah satu tanggungjawab. Kalau ada peluang untuk perjelaskan dengan baik, saya akan cuba terangkan. Tapi bagi saya lebih elok tunjukkan dari segi teladan.

ajin-32

Sebahagian dari artwork aku yang jadi hashtag di Instagram

S: Sepanjang 3 tahun travel dah berapa kali Ajin balik ke Malaysia? Dan paling lama berapa minggu?

J: Actually tak sampai 3 tahun lagi. Saya start Februari 2013 so lebih kurang 2 tahun setengah. Setakat ni baru 2 kali balik. Pertama kali balik mid Januari 2015 selepas travel 23 bulan, cuti selama 3 minggu. Dan second time baru-baru ni sambut raya selama seminggu. Dah 2 tahun tak beraya rindu family, kawan-kawan Malaysia dan rendang.

ajin-26

Dijemput ke Selamat Pagi Malaysia TV1 masa balik bulan Januari 2015 untuk berkongsi kisah art project aku masa travel. On air selama 15 minit.

Selain dari itu kisah art project sambil travel saya juga ada masuk Utusan Malaysia pada Febuari 2015.

ajin-5

S: Dengarnya Ajin pernah tak ada duit untuk beli tiket flight tapi berjaya buat crowfunding. Boleh kongsikan bagaimana Ajin lakukannya? Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan untuk traveler lain.

J: Hmm… saya memang tak tahu macam mana nak pulang ke Malaysia, so makin lama saya makin jauh. Akhirnya, saya dah mentally and physically tired of travelling. So saya create a crowdfunding project untuk fund duit supaya saya boleh beli tiket balik ke South East Asia.

ajin-41

Saya berjaya dapat 300£ dari projek crowdfunding, cukup untuk beli tiket flight paling murah untuk saya berpatah balik ke Asia Tenggara, iaitu tiket fligth ke Bangkok.

Saya katakan crowdfunding ni sebagai projek kerana its a social art experiment untuk melihat sejauh mana random people on social media sanggup menolong orang lain yang meminta pertolongan.

Saya create crowdfunding projek melalui Facebook Page saya dan saya sertakan akaun bank dan Paypal untuk sesiapa yang sudi derma terus kepada saya.

As exchange, saya akan berikan artwork saya selepas pulang. Tapi most of the people yang donate, told me to keep the money.

ajin-37

Masa tu tunggu orang tumpangkan dah dekat 3 jam tapi tak de yang nak berhenti. It wasn’t a good spot actually. Tiba-tiba ada satu van berhenti, a French guy umur 33 tahun.

Katanya saya patut tulis Valance di atas signboard, bukan Grenoble. Dia menuju ke Montpeller, arah yang sama sekali berlawanan tapi dia cakap boleh tolong hantarkan ke spot yang lebih baik kat Valance.

Masa dalam van kami bersembang pasal keluarga, impian, travelling. Tiba-tiba dia cakap dia nak belanja saya tiket train dari Valance ke Grenoble. Dia drive ke Valance’s Train Station, terus ke mesin tiket dan bagitau;

“Today is your lucky day, you’ll be going on a 1st class.”

Saya hanya mampu cakap; “Oh man, you such a nice guy. Merci beaucoup and God bless you.”

Sebagai tanda terima kasih, saya bagi beberapa printed artworks saya pada dia – Ogos, 2014.

S: Ajin juga pernah buat art project masa travel. Boleh kongsikan bahagian ni?

J: Saya bukan seorang traveler. Saya memang mulakan pengembaraan ni untuk belajar seni merata dunia. Itu misi saya. So, travel art projek saya berdasarkan 3 philosophy utama couchsurfing: Teach, Share and Learn.

ajin-52

Artwork 2013. Design pertama semasa kembara. Inspired dek jutaan bintang di Pantai Tonsai, Krabi. Boleh didapati dalam bentuk poster dan juga poskad. Beli buat hadiah pada teman hati tersayang dan tanya dia, “will you travel the world with me, sayang?” Gerenti hati cair. Haha!

ajin-15

Art tools in my bagpack. Art project saya buat masa travelling. Antaranya Art Picnic in Bangkok and Shanghai.

ajin-20

Art picnic di Shanghai dapat sambutan ramai. Cecah lebih 60 orang yang datang. Simple idea of picnic, share foods, share music, lepak but in the same time we do arts. So saya kasi art challenges, sketchbook dsb.

Traveling bukan sekadar kita menerima ilmu dari negara yang kita lawat, tetapi perlu juga kita memberi semula kepada masyarakat setempat negara yang kita lawati.

Tak kira macam mana, apa yang kita boleh kongsi, kita kongsi. Kita kongsi cerita, kita kongsi makanan, kita kongsi ilmu. So art project saya bergantung kepada tempat dan juga individu atau komuniti yang saya jumpa. Fleksibel, organik, tiada sekatan.

ajin-38

Pengalaman pertama hitch-hike dari Kashgar, China ke Kyrgyzstan. Sampai ke malam tak dapat ride haha. So tumpang tidur di trucker’s village bersebelahan dengan border. Budak-budak tu excited tak pernah tengok orang dari luar. Lompat-lompat nak ambik gambar. Kita senyum, layankan jek – Erkeshtam, Sept, 2013.

S: Pernah jatuh sakit masa travel? Jika ye bagaimana Ajin lalui semua tu?

J: Alhamdulillah saya tak pernah jatuh sakit kronik. Setakat demam dan selsema saja.

S: Bagaimana penerimaan ibu bapa Ajin dengan keputusan Ajin untuk travel in long term ni?

J: Mereka very supportive. Saya tak beritahu mak bapak hingga sebulan sebelum saya start travel. Saya tak suka beritahu plan saya kecuali sudah betul-betul confirm saya akan buat. Mak saya seorang yang curious. Dia lebih berminat tanya pasal art projek saya. Apa jenis art yang saya nak buat. Mereka walaupun konservatif tapi hati terbuka untuk memberi sokongan dan kebebasan.

ajin-36

S: Ada pesanan yang Ajin ingin sampaikan buat mereka yang teringin nak travel macam Ajin?

J: Travel with a purpose. Find your passion. Be yourself.

S: Boleh kongsikan perkembangan terkini Ajin?

J: Saya kini bekerja dengan advertising company di Pnom Penh. Saya dapat kerja ni lepas crowdfunding project. Tak sangka creative director company yang saya kerja sekarang follow my art project. Dia PM saya dan ajak kerja dengan dia. So saya cakap OK.

ajin-44

Art community project di Phnom Penh untuk bangunkan semula Kampung Beoung Kak.

Selain dari tu saya turut terlibat dengan art community bagi membangunkan semula Kampung Beoung Kak.  Sedikit background kampung Beoung Kak. Back in late 90s, kampung ni memang terkenal untuk backpackers bersebelahan dengan tasik besar yang cantik terutama ketika senja.

Tapi, government jual tanah ke developer, dan developer terus kambus tasik dengan tanah untuk dibangunkan kondominium. So tiada lagi tasik cantik, jadi no more backpackers datang. Jadi, no more business.

Banyak kedai tutup, dan kampung jadi ghetto, drugs dsb-nya. Kampung ini diberi tempoh 2-5 tahun untuk dipindahkan. Jadi sementara tempoh 2-5 tahun ini, art community di sini nekad untuk menggunakan tempoh yang ada untuk memeriahkan dan enjoy whatever last.

ajin-47

Setelah hampir setahun, dari ghetto kampung ni sekarang meriah dengan graffiti, music dan pelbagai art activities lain untuk semua golongan.

Siapa pernah datang Phnom Penh mesti tidak tahu kewujudan kampung ni, walaupun terletak di tengah bandar dan ia tiada dalam map.

ajin-53

Saya juga plan nak cuba bawa Malaysian musician, designers dan artist untuk share knowledge di Phnom Penh. Dengan cara ni boleh cuba bertukar skills artist dari Malaysia dengan Cambodia

ajin-45

Salah satu poster kegemaran saya. Hasil sentuhan tangan sendiri.

Kepada Ajin, terima kasih atas perkongsian ini. Kami di Vocket mendoakan agar semua impian hidup Ajin tercapai.

Anda boleh ikuti perkembangan terkini Ajin di Facebook Page Everyday, Everywhere dan di Instagram Syahrulfikri.Salleh.

Ajin juga berkongsi hasil seni beliau yang boleh anda lihat di akaun Tumblr.

Baca lagi: Pernah Sertai Kumpulan Rock, Kini Wanita Ini Jadi Pengembara Solo Tegar


LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka