Jika anda sukakan cabaran dan ingin keluar dari zon selesa, kisah ini bakal memberi inspirasi kepada anda.

Vocket Travel kali ini membawa anda untuk mengenali seorang anak muda yang telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan travel backpack sambil melakukan kerja-kerja volunteering di luar negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

hannan-hanarbek-4

I arrived in Veenhuizen after spent four (4) nights in Amsterdam. I asked direction of the farm that I’m heading to from a lady of this house and before I left she said “Fifty (50) years ago, I also traveled the world with a backpack like you“. I looked at her and replied back “And now, it’s my time” – Netherland, 2013.

Sejak tahun 2013 anak muda yang dilahirkan di Kuala Lumpur tetapi membesar di Terengganu ini telah travel ke beberapa negara sebagai sukarelawan.

Pemuda ini telah menawarkan diri untuk volunteering works di hutan Amazon, backpack ke Sri Lanka, Afrika Selatan, Dubai, Brazil dan beberapa negara lagi.

Antara kerja lain yang telah dilakukan oleh pemuda ini juga adalah menghulurkan tenaga bagi membina sekolah di Cusco Peru dan bekerja di sebuah ladang di Amsterdam.

hanan-hanarbek-1

During my first week in the jungle, Agusto called me “mala-sia” instead of “Hannan” – Amazon.

Kenalkan Hannan Hanarbek, bekas Contract Management Executive yang telah mengambil keputusan untuk meninggalkan hidup selesa dan keluar mengembara.

Apakah faktor utama yang mendorong Hannan untuk meninggalkan pekerjaan beliau dan keluar mengembara?

Saya pun mulanya cuba mencari sebab utamanya. Antaranya :
1) Settle down
2) Tak suka kerja/syarikat
3) Impian
4) Semua sekali.
Masa dapat email exit questioners, satu soalan tu kata kena pilih satu je sebab utama berhenti. Kalau nak settle down, tak perlu berhenti, saya hanya perlu lepaskan impian tu saja.

Tak suka kerja/syarikat, boleh je tahan lagi sampai pencen selagi gaji masuk tiap-tiap bulan, bonus tahunan lagi, gaji naik setiap tahun, masih boleh transfer sana-sini tukar skill group.

Tapi untuk melepaskan impian? Tidak sekali-kali. Masa tu lah baru perasan ianya memang kerana sebuah impian, long term travelling.

hannan-hanarbek-6

Washing my cloth every morning with Oscar – Amazon.

Sebenarnya melepaskan keselesaan hidup dan pekerjaan tetap bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut Hannan beliau pernah mengalami perasaan berikut;

Takut. Gugup. Lemah lutut beberapa hari. Hari-hari jantung berdegup kencang. Tertanya-tertanya apakah betul nak diteruskan atau tidak. Ada la jugak teresak-esak menangis, haha!

hannan-hanarbek-8

When you care about what you do, enthusiasm carries you through. When you are passionate, no one else has to motivate you.

Bagaimana pula dengan persedian? Apakah yang Hannan telah lakukan terutama dari segi fizikal dan mental sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengembara. Ini jawapan Hannan;

Mental: Tak dapat dinafikan dalam masa nak berhenti tu banyak saat-saat yang kata tak payah la, tahun depan la, dah terlambat la. Tapi bila kita benar-benar mahukan sesuatu, itulah yang membawa kita ke langkah seterusnya.

Konsep tu boleh diaplikasikan dalam apa jua bentuk impian. Nak berniaga, nak keputusan SPM bagus, nak menang marathon, nak naik pangkat.

Fizikal: Rajin-rajin bersenam, jaga kesihatan, kurangkan nafsu makan, nak travel lama-lama la katakan.

Kewangan: Saya kerja 6 tahun. Tahun ke 2 barulah pasang angan-angan nak travel. Masa tu segala perbelanjaan dilaburkan ke travel. Beg baru, komputer nak edit video, kamera, laptop, buku travel, beberapa trip pendek nak sediakan diri.

Mula-mula tu haru-biru juga, tapi lama-lama tu ok la.

hannan-hanarbek-9

Orang putih ni ramai juga yang vegetarian. Dia orang jaga diet dia orang macam kita jaga diet kite juga. Pilihan vegetarian ni banyak juga kat luar. Salad, seafood. Apa yang mereka letak dalam tu saya tak tanya lebih, lebih baik saya tak tahu, kalau tak, saya kelaparan. Tawakal.

Sehingga kini Hannan telah sampai ke Peru, Belanda, Republik Czech, Sri Lanka, Afrika Selatan, UAE, Brazil, Brunei,  New Zealand, England, Jepun, Singapura dan Vietnam.

Trip saya, saya suka duduk satu tempat tu lama, tak berjalan satu negara pun.

hannan-1

Sebenarnya bukan semuanya indah sewaktu mengembara ini. Adakalanya yang pahit pun wujud juga. Adat menjadi traveller pasti ada semua ini. Menurut Hannan berikut merupakan beberapa perkara tak best yang telah beliau lalui.

Menyampah dengan rakan sekerja, housemate, roommate. Immigresen kat Belanda yang provokatif. Terhiris jari masa memasak. Demam panas. Berguling-guling dalam ombak yang ganas kat Rio masa main bodyboard. Bukanlah kenangan pahit atau menakutkan pun, kenangan indah sebenarnya.

hannan-3

Inilah tandas dan inilah bilik air. Ada sekali tu tisu gulung habis. Kawan aku Reggie perlu ke tandas nak buang air besar tapi tisu tak ada.

So did you use the toilet?”

“Yeah…I use leaves,” kata Reggie.

Aku tahan gelak. Dan aku nampak kawan aku Jason jugak tahan gelak. Aku cuba bayangkan macam mana Reggie kutip daun, basuh atau mungkin letak sabun kat daun tu dan uruskan bisnes dia. Haha!

Hannan juga sebenarnya pernah lalui pengalaman sakit perut  gara-gara sudah lama tak ‘pekena’ sambal Melayu.

hannan-4

Sakit perut lepas makan sambal Melayu. Masa tu adalah dalam 3 bulan tinggalkan masakan Melayu. Sekali bila makan, alamak, memerut sehhhh.

The next day when I wandered around Prague, I couldn’t make it to home so I spent Kč5 and I have fifteen (15) minutes to finished my “job”. No water and no toilet paper. Walked back home with weird feeling.

Bukan itu saja. Menurut Hannan beliau pernah terkencing dalam seluar sebab tak jumpa tandas. Oh, tak dapat dibayangkan bagaimana terseksanya.

Dan pengalaman yang lebih gila dan berwarna warni bila bunkmate beliau buat video seks sambil onani

Dia tak perasan saya kat bawah, hahahahaha!

hannan-5

Explore Machu-Pichu dengan Makeesha, gadis dari India. Sepanjang kat sini dia asik merungut pasal passport negara dia. “Indian passport is useless! Everywhere needs visa!”

Eh, jangan tak sangka. Dalam ada yang tak best tu sempat lagi Hannan ‘kenen’ Minah Belanda sewaktu travel di sana.

hannan-6

In Veenhuizen, there is a cute blonde girl who delivers the mail. She will pass by in front of this house to the next farm around 1200-1300 during my lunch break. Not every day she will pass, so I decided to fishing, but she didn’t take the bait. If you guys send me postcard to this address, I will send you a postcard.

Idea ni datang masa tengah borak-borak dengan kawan Belanda ni. Dia kata kat sini takde awek, yang ada pun awek posmen tu je. Lepas tu tiba-tiba dapat idea nak hantar poskad. Pengaruh Barney Stisnon sebenarnya ni, The Playbook. Haha!

Terkini, Hannan telah kembali ke Malaysia. Beliau kini sedang mencari kerja yang sesuai dengan jiwanya dan semestinya berkaitan dengan travel.

Selain dari itu, Hannan juga telah menyiapkan buku travelog yang menceritakan pengembaraan beliau dan masih dalam proses perbincangan dengan penerbit.

hannan-7

Camping di luar masa di Afrika Selatan. Masa shift saya berjaga dan berkawal, terdengar bunyi dengusan singa dari dalam semak.

Bagaimana perasaan Hannan setelah mengembara ke banyak negara dalam tempoh yang lama?

hannan-8

Masa travel takde pulak rasa rindu dengan kehidupan kat rumah.

Menurut Hannan sukar baginya untuk gambarkan perasaan bila dah balik. Hanya yang permah melaluinya saja boleh merasainya. Ianya satu fasa yang orang ramai patut alaminya juga selain daripada travel itu sendiri.

Saya ingat lagi, bila bangun pagi tertanya-tanya, ini bukan katil kat hostel Brazil, mana perginye kayu-kayu katil atas ni? Kat mana ni? Kene culik ke?

Lepas tu barulah sedar. Oh kat rumah rupanya. Masa tu barulah terasa sayu, teringat kawan-kawan, rindu dengan rutin harian masa travel. Lepas balik ingatkan bolehlah nak hidup secara nomal balik tapi rupanya tak boleh.

Tengok mat salleh bawak backpack kat LRT teringat masa kita kat luar negara, pergi airport nak jemput adik teringat lak masa kita terbang dulu-dulu. Kepala asyik fikir nak travel balik je. Cari kerja pun cari yang berkenaan travel.

hannan-2

Long term travelling ni satu dadah yang merbahaya sebenarnya. Nak pulih balik susah. Bahaya.

hannan-hanarbek-3

Masa volunteering work untuk bina sekolah di Cusco, Peru pada 2013. Colin (kiri belakang berbaju ungu) pakai baju yang sama dari Februari hingga April.

Jika anda juga berimpian untuk travel dalam tempoh waktu yang panjang seperti Hannan, berikut adalah pesanan beliau.

Saya tak boleh kata anda patut buat atau anda tak patut buat, hanya diri anda sahaja yang boleh jawab soalan itu.

Kepada yang masih menunggu masa yang sesuai, ini jawapan saya, tidak ada masa yang sesuai.

Masanya akan tiba untuk anda ambil langkah seterusnya secara tersendiri, saya tak boleh kata bila, tapi masa itu akan datang sendiri dan anda dapat merasainya. Itulah masanya.

hannan-hanarbek-2

My goodbye to Senora Gloria. I gave one of my shirt that written MALAYSIA at the back as present. I didn’t understand what she said and nobody was around to translate it, but I know she liked it.

hannan-hanarbek-7

Good times, great experiences, ton of memories, wish I could spend longer. Thanks Maximo Nivel, Cusco, Peru, friends I met and made.

“Buatlah long term travelling, ianya lain daripada bercuti. Ianya satu masa yang kita mempunyai satu rutin harian yang penuh pengembaraan dalam tempoh yang lama.”

hannan-9

“Masa tu kita akan lihat hidup seharian dari sudut berbeza, bercakap bahasa lain, belajar budaya orang lain, newsfeed kat facebook hari-hari pasal add friends, bangun hari tak ingat hari apa, hari ni buat kawan baru, hari ni berpisah dengan kawan.

Terpulanglah, nak kayuh basikal ke, naik motor ke, naik keretapi ke, nak hostel ke hostel ke, working holiday visa ke, volunteering ke, kerja kapal ke, kerja ladang ke, solo ke, kumpulan ke, buat saja” – Hannan Hanarbek.

Anda boleh ikuti perkembangan terkini Hannan dan membaca kisah travel beliau dengan lebih terperinci di website KembaraAnakMuda.com.

Buat Hannan, kami ucapkan all the best dan jangan lupa update kami bila buku travelog dah siap nanti.

BACA: Pengalaman Di Kiev Sewaktu Tragedi MH17 Mendorong Lelaki Ini Travel Via Trans-Siberian

BACA juga: 9 App Percuma Ini Boleh Bantu Anda Travel Dengan Lebih Mudah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram