Nota Editor: Catatan ini asalnya telah dikongsikan di Facebook Mazlan Zonan, seorang pengembara sepenuh masa secara backpacker. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga ia memberi inspirasi kepada anda untuk keluar dari zon selesa.

mazlan-zonan-7

Durian Cheese Pizza 2
HYPE
Netizen Teruja Dengan Rasa Unik ‘Durian Cheese Pizza’
Baca lagi →

Salam.

Cerita ni untuk kawan-kawan yang selalu cakap;
Ko boleh la. Mak bapak ko kaya”,
Ko banyak duit ape de hal
Ko ade mak datin bela ke bley jalan tak berhenti-henti?”
“Mana ko dapat duit tok berjalan?”

mazlan-zonan-2

Jalan kaki dari Malaysia ke Thailand. Hahaah. Nasib la hidup tak de planning. Seb bek dapat travel partner last minit. Hahaha.

Siapa yang kenal aku time aku belajar je tau camne situasi kewangan aku. Camne struggle aku cari duit untuk study. Camne aku ‘pow’ budak-budak hostel punya kupon makan kat dewan dining sebab aku tak de budget tok makan kat Uptown (UiTM Sri Iskandar).

Camne aku bayar duit yuran lawatan pakai duit syiling hasil jual rokok dan nasi lemak (tak caya tanya lecture aku), camne aku tiap cuti semester kerja kat KLCC. Tiap hari ‘pow’ budak-budak pompuan kat tempat kerja belanja makan. Thanks tok kawan-kawan yang lalui benda ni sama-sama dengan aku. Tak penah lupa korang.

mazln-zonan-1

Kerjaya dan vespa yang tinggal kenangan.

Ye aku pernah berkerjaya, gaji selesa, rumah selesa, kereta selesa. Tapi tu cerita lama. Cerita lebih 2 tahun lepas sebelum aku decide untuk ubah cara pemikiran aku which is “tak kerja proper tak boleh hidup”, sebelum aku jadi fulltime traveler.

mazlan-zonan-6

“Once you have traveled, the voyage never ends, but is played out over and over again in the quietest chambers. The mind can never break off from the journey” – anonymous

Mula-mula aku travel aku habiskan duit simpanan aku, aku jual vespa aku, aku jobless dan travel nonstop dalam dan luar negara selama hampir setahun sampai simpanan aku habis.

Dengan berbekal RM1400 (pinjam mak aku) dan tiket satu hala ke Korea berharga RM201 aku fly ke Korea. Atas bantuan kawan-kawan aku kerja kat guesthouse kat sana untuk sekadar tempat tinggal dan makan. Plan nak stay sebulan dua kat Korea terpaksa di extend sebab aku tak dapat buat profit dan akhirnya aku stay Korea sampai 7 bulan. Hahahah!

mazlan-zonan-3

Duduk kat tepi sungai berejam-rejam takde buat apa-apa tengok air mengalir buat aku tenang. Lari sekejap dari kesibukan kota Seoul, bandar yang tak penah penat.

Kadang-kadang aku berharap aku boleh jadi macam air sungai just go with the flow. Tapi ikan mati je yang go with the flow. Ikan hidup akan terus bertahan melawan arus. Jadi life ni ada choices kita yang pilih. Kalau go with the flow apa beza dengan ikan mati?

mazlan-zonan-8

People wait for whole week for weekend, the whole year for year’s ends break/summer break and the whole life for happiness. I got all of it without waiting because I chase it, I’m traveling. Winter, be nice to me.

Bila kita keluar dari zon selesa baru kita kreatif, pikir camne jalan cari duit. Aku keluar dari Korea berbekal sikit duit untuk sambung travel ke negara lain. Next country untuk mencuba nasib Turkey/Portugal/Ausi/Canada.

mazlan-zonan-4

Dah seminggu kat KL. Hactic week. Merempat kat macam-macam tempat, tidur sepah-sepah dari rumah kawan-kawan, hotel 4 star sampai lah dalam kereta tidur berteman nyamuk. Now time to leave menuju negeri Jelapang Padi Kedah sebelum masuk ke negara Gajah Putih. For those yang ajak lepak tapi tak sempat sorry for that.

Bila nak berhenti berjalan? Sampai bila kaki ni dah tak mampu melangkah sampai daun-daun kering dan bebatuan kat jalanan dah tak menarik minat aku lagi.

Sebab kita berjalan bukan sekadar berjalan. Kita menikmati perjalanan kita. Pahit manis just enjoy itTakde istilah kena kaya dulu baru boleh berjalan sebab yang penting adalah surviving skill dan ilmu sebab Abah aku tak tinggalkan harta selain ilmu cari duit yang dia ajar.

BACA: Road Trip Keliling Dunia, Gadis Malaysia Berkongsi Kisah Tersekat Di Sudan

BACA juga: 33 Tips Travel Bakal Buat Percutian Anda Lebih Mudah Dan Meriah!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka