Zack Zairul merupakan seorang calon PhD di Universiti Teknologi Delft di Belanda.

Bagi menampung kos perbelanjaan di perantauan dan kerana nilai matawang yang tinggi di Eropah, beliau telah mengambil inisiatif dengan mengiklankan 1 daripada bilik di rumah sewaannya di AirBnB.

zack-zairul-1
Dekorasi bilik yang disewakan oleh Zack Zairul di Belanda.
zack-zairul-2
Antara review dan maklum balas yang diterima oleh Zack Zairul daripada pelanggan yang pernah menyewa di rumah beliau.
zack-zairul-3
Iklan sewaan bilik Zack Zairul di AirBnB

zack-zairul-15

Menurut Zack Zairul pendapatan hasil daripada sewaan  itu di gunakan untuk menampung keperluan dan perbelanjaan pengajian beliau. Hasil daripada sewaan bilik ini juga membolehkan beliau menyimpan sebahagiannya untuk kos mengembara di Eropah.

Baca perkongsian 10 Tip ‘Paragliding’ Di Gunung Pilatus, Switzerland Oleh Zack Zairul

Pernah menjadi pengacara dan hos bagi rancangan ‘Bilikku Syurgaku’ di TV2 pada suatu masa dulu, Zack Zairul menggunakan pengalaman beliau sebagai pereka hias dalaman untuk menghias bilik yang disewakan semula dengan dekorasi yang menarik.

Apatah lagi apabila bilik yang disewakan mendapat sambutan yang baik daripada para pelawat yang berkunjung ke Delft.

Bila ditanya apakah yang mendorong beliau untuk melakukan lebih daripada 1 kerja, Zack Zairul menjawab;

Bagi saya, tidak guna kita sering merungut dan meminta kerajaan untuk menambah elaun sara hidup di perantauan.

Lagipun dengan sedikit kreativiti, kita boleh menambah pendapatan bulanan di sini dan dalam masa yang sama dapat menghukurkan sedikit wang ke Malaysia bagi tujuan kegunaan keluarga di kampung.

Menurut Zack Zairul beliau mengabadikan kenangan ini dengan menggunakan hashtag #zackphdjourney dan #europetrip2015 dan #europetrip2016 di akaun Instagram beliau.

Selain menyewakan semula bilik di rumah sewa, Zack Zairul turut menawarkan khidmat katering secara kecil-kecilan bagi menambahkan lagi pendapatan beliau.

Seorang yang meminati bidang masakan, Zack Zairul sempat mencuri sebahagian daripada masa belajar beliau dengan menerima tempahan dan memasak untuk pelajar-pelajar di sana dan juga rakyat Malaysia yang rindukan masakan Malaysia.

Menurut Zack Zairul bagi hobi masakan pula, ia diabadikan di dalam Instagram beliau dengan hashtag #zackresepi.

zack-zairul-11
Teringin nak makan rendang ayam lahi. Huhu.

Zack Zairul turut bercerita;

Pernah di suatu majlis suai kenal pelajar-pelajar baru di sana, dengan bantuan rakan-rakan saya telah menyajikan lauk ‘dalcha kambing’ kepada pelajar-pelajar dari negara lain dan mereka amat menyukainya.

Di samping itu, Zack Zairul juga merupakan seorang yang aktif berpersatuan di universiti.

Beliau telah dilantik menjadi pengerusi PhD council di Fakulti Senibina di universiti berkenaan dan diberi kepercayaan mengendalikan bengkel kursus metodologi penyelidikan kepada pelajar-pelajar PhD di sana.

Selain daripada itu Zack Zairul juga aktif mengendalikan kursus ATLAS.ti dan menawarkan bengkel kepada pelajar-pelajar di sana dengan mengenakan yuran yang lebih rendah berbanding kursus yang sama yang telah ditawarkan oleh pihak lain.

Ini juga merupakan satu lagi pendapatan sampingan yang dijana oleh beliau disamping menimba pengalaman bekerja di negara orang.

zack-zairul-14

zack-zairul-7

zack-zairul-10
Sharing session with new PhD students organized by Graduate school.

Hasil dari penglibatan aktif beliau di peringkat universiti, pihak Graduate School telah turut melantik beliau sebagai ‘PhD peers’ atau rakan PhD kepada pelajar-pelajar PhD junior di universiti berkenaan bagi memberi motivasi kepada pelajar-pelajar baru di sana.

Di samping itu, sebagai sebahagian daripada keperluan graduat, beliau turut aktif menyertai pelbagai persidangan di luar negara.

Daripada persidangan yang disertai, salah satu kejayaan yang membanggakan bagi Zack Zairul ialah apabila beliau menerima pengiktirafan daripada sebuah syarikat yang berpengkalan di Denmark bagi pembentangan beliau di Zurich, Switzerland.

Pengiktirafan ini diberikan di atas penyelidikan cemerlang beliau bagi mencari penyelesaian kepada sistem perumahan mampu milik di Malaysia.

zack-zairul-4

Pada ketika ini, beliau sedang menunggu semakan terakhir dari pihak panel luar bagi thesis beliau dan seterusnya menunggu masa untuk detik akhir bagi majlis ‘defense’ yang akan menobatkan beliau sebagai calon PhD.

Beliau juga berharap hashtag #zackphdjourney akan dapat disempurnakan selepas beliau dianugerahkan PhD kelak.

Zack Zairul sempat memberitahu saya, beliau bersedia  untuk berkongsi pahit manis pengalaman serta perjalanan mendapatkan PhD kepada calon pelajar-pelajar PhD di Malaysia apabila kembali ke negara ini kelak.

Anda boleh ikuti perkembangan terkini Zack Zairul di Instagram zackzairul19.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dan lulus cemerlang buat Zack Zairul bagi pengajian PhD beliau.

Siapa sangka lelaki yang kelihatan biasa-biasa ini rupanya sibuk dengan berbagai aktiviti positif disamping turut menjana pendapatan  sampingan meskipun berkelana  di negara orang.

Semoga lebih ramai anak-anak muda di negara kita turut memiliki sifat berdikari seperti beliau.

Baca lagi: 11 Petua Menyiapkan Penulisan Tesis PhD Dalam Masa 3 Bulan