Nota Editor : Kisah ini asalnya telah dikongsikan di fb wall Irman Bahrudden tentang bagaimana beliau bertemu dengan seorang pemuda freethinker sewaktu dalam perjalanan dari Ampang ke Shah Alam. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis asal. Harapan kami ia turut memberi inspirasi kepada anda. Benarlah, berdakwah itu tidak sesukar yang disangkakan.

irman 4

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Assalamualaikum,

Biasanya saya bercakap pasal kita nak berbackpacker ke negara orang, tapi ni saya nak kongsi pengalaman tengah hari tadi.

Saya dari Ampang nak ke Shah Alam, ternampak seorang backpacker yang berjalan di tepi Highway DUKE siang2 panas-panas (dalam pkul 1pm). Nampak dia ada buat tanda ” like emoticon ” as isyarat nak tumpang so saya stop tepi. Tanya dia nak kemana, katanya “north, im heading to north.” So saya tumpang kan dia, katanya dia nak ke Thailand.

Sembang-sembang dalam kereta, katanya dia umur 24 tahun, seorang Freethinker dan berasal dari Russia. Trip dia berjalan kaki dari Vietnam – Laos -Thailand – Malaysia dan sekarang dia patah balik ke sana. Dia punya cara jalan-jalan kaki dan tumpang orang bergantung pada nasib katanya. Dan tanya dia tidur macam mana, dia random tidur mana-mana guna khemah.

 irman 2

Jadi kebetulan saya nak ke masjid, saya pun ajak dia sekali. Dia tak tahu langsung pasal Masjid Shah Alam, sekali bawak dia terpegun dia duk tengok-tengok masjid Shah Alam. Tapi yang “slack” sikit apabila ada sesetengah Melayu Islam pandang serong dekat orang bukan Islam yang bertatoo.

Serius, waktu ni dia terpegun terdiam lama tengok masjid ni. Moga dia tertarik untuk masuk Islam. Inshallah.

irman 5

Ok. sambung balik. Dan bila ajak makan, dia kata dia takda duit, makan 2 hari sekali. Dia kata dia amal makan pisang dan sneakers je untukk saving. Jadi bagi dia try aiskrim, terkejut dia tengok Aiskrim Roti Malaysia.

irman 3

Jadi, dah bawak dia pusing-pusing masjid sambil share-share pasal Islam sikit. Dia pun share pasal dia punya “tak percaya tuhan”. Dan share-share pengalaman. Pendapat dia pasal Malaysia :

1.Panas

2.Banyak mall, merata-rata mall.

Pastu saya pun ada hal lain, drop dia dekat tol Sungai Buloh. 10 minit lepas drop dia hujan. Rasa kesian pulak. Tapi dah gerak pun. So tu je, kita yang backpacker paham perasaan, so kita cuba amalkan dan tunjuk attitude yang baik kat foreigner inshallah sedikit sebanyak nanti Allah bantu kita di negara orang dan sedikit sebanyak kita berdakwah secara tak langsung.

irman 1

(Surah An-Nisa’ – Ayat 36), Allah swt berfirman, yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan Nya dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.”

Semoga kita jadi orang yang beruntung. Untung dunia dan akhirat. Inshallah.

LIKE Facebook The Vocket disini

Anda Mungkin Suka