Nota Editor: Kisah ini telah dikongsikan oleh Fuad Latip yang telah berjaya berjimat RM1000 setelah menukar sendiri spar part 5 kipas di rumahnya. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. 

kipas-1

Bismillah hirRahmanir Rahim

Semasa pindah rumah baru-baru ini, tiba-tiba sebanyak 5 biji kipas kawalan jauh rosak. Semua kipas yang ada sebanyak 11 buah.

Membeli 5 biji kipas baru sebagai ganti memerlukan hampir atau lebih RM1k!!

Saya membuka litar elektronik kawalan utama bahagian menerima (receiver) kipas tersebut.

kipas-2

A. Alhamdulillah board utama litar (gambar) tidak terbakar. Motor kipas pula sangat susah untuk rosak.

Maka ada 2 kemungkinan besar.

kipas-3

1. Jika kipas berpusing tetapi sangat perlahan:
Maka ia disebabkan oleh kapasitor hitam (gambar 3). Kipas saya menggunakan 2uF. Mempunyai wayar hitam dan merah bermakna ada +ve dan -ve.

2. Jika kipas tidak berpusing dan ada bunyi “tettt” ketika kawalan jauh ditekan:
Ia disebabkan oleh kapasitor kuning (komponen warna kuning gambar 2). Kipas saya guna 1.5uF. Kapasitor jenis ini mempunyai kaki yang perlu disolder. Tiada +ve dan -ve bermakna mana-mana arah kaki boleh disambung.

B. Jika papan litar utama terbakar, boleh hubungi pembekal dan harga litar kawalan itu sekitar RM50-70 sahaja.

Kes ke lima-lima biji kipas saya adalah kes ke-2. Lihat kod kapasitor dan juga rating ketika ingin membeli di kedai elektronik atau kedai pembekal komponen elektrikal.

Saya membeli 5 biji kapasitor dan menukar sendiri semua kapasitor kuning tersebut. Saya mencari kapasitor 1.5uF tetapi tiada. Jadi saya guna 1uF. Juga boleh dan tiada masalah.

Alhamdulillah semuanya kembali berfungsi seperti biasa.

Harga kapasitor yang saya beli adalah RM11 sebiji. Boleh dapat lagi murah serendah RM5-10 sahaja.

Saya hanya perlu mengeluarkan RM55.30 (termasuk GST) untuk menyelesaikan perkara ini. Alhamdulillah jimat RM1k.

Benarlah. Takdir Allah bersama masa dan ilmu.

Ketika Allah menetapkan takdir untuk kita, ditetapkan takdir-takdir itu bersama takdir masa dan takdir ilmu.

Terima Kasih ya Allah. Terima kasih. Alhamdulillah

Fuad Latip
(Jiwa Positif Hidup BerTuhan)
fuadlatip.com

BACA: 9 Tanda Anda Bakal Jadi Seorang Yang Berjaya Dengan Luar Biasa

BACA juga: Siapa Sangka Getah Comel Ini Mampu Menyelesaikan Apa Sahaja Masalah Anda

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤