Tahukah anda pada 10 Jun 1990, British Airways 5390, BAC One-Eleven, terbang pada ketinggian 17,000 kaki dengan salah satu tingkap kapal terbang pecah sehingga menyebabkan salah seorang juruterbang disedut keluar.

Tetapi nasib baik menyebelahi juruterbang yang bernama Nigel Ogden, dia berjaya diselamatkan selepas salah seorang krew kapal terbang bertindak pantas memegang kakinya.

Manakala juruterbang kedua, tanpa berfikir panjang, terus mendapatkan bantuan daripada Pengawal Lalu Lintas Udara dan meminta untuk mendarat di Lapangan Terbang Southampton.

My beautiful picture

Satu-satunya kecederaan yang dialami pada tragedi ‘gila’ ini adalah melibatkan Ogden dan tiada kematian yang dilaporkan.

Apa sebenarnya yang terjadi?

Kapal terbang yang membawa 81 penumpang semasa itu dijadualkan berlepas dari Birmigham, UK menuju ke Malaga, Sepanyol. Terdapat empat krew kabin dan 2 juruterbang yang bertugas pada hari itu.

Ketika mencapai 17,300 kaki, terjadi satu letupan besar di dalam kokpit pesawat sehingga menyebabkan salah satu tingkap kapal terbang yang berada di hadapan Ogden pecah dan terpisah daripada pesawat.

Akibat daripada itu, Ogden telah disedut keluar tetapi berjaya diselamatkan oleh salah seorang krew kabin yang kebetulan masuk ke dalam kokpit selepas mendengar letupan kuat.

a-reconstruction-of-pilot-tim-lancasters-legs-being-held-by-a-flight-attendant-image-credit-national-geographic-channel-136398564451002601-150609172658

Ketika juruterbang kedua sedang berusaha untuk menghubungi Petugas Lalu Lintas Udara bagi melakukan pendaratan kecemasan, Ogden yang tergantung di luar mula mengalami radang dingin akibat daripada keadaan sejuk yang melampau.

Walaupun dalam keadaan ekstrem dan kebanyakan daripada krew telah menyangka bahawa dia akan mati tergantung di luar sana, tetapi Ogden terus bertahan sehinggalah mereka mendarat.

Apa yang menjadi ketakutan mereka pada masa itu adalah jika Ogden terlepas daripada gengaman krew kabin, dia mungkin akan melanggar salah satu enjin atau bahagian sayap kapal terbang. Dan jika itu berlaku, Ogden bukan sahaja akan meninggal dunia, malah nyawa 81 penumpang akan berada dalam bahaya.

Setelah 15 minit terbang dengan tingkap yang pecah, pesawat itu akhirnya berjaya mendarat di Lapangan Terbang Southampton. Ogden dilaporkan mengalami radang dingin di bahagian wajah dan salah satu daripada matanya dilaporkan tercedera.

pinned-136398564470602601

Bagi media dan mereka yang mengikuti tragedi tersebut, kisah Ogden yang mengalami radang dingin dan patah beberapa tulang adalah sesuatu yang ajaib selepas dia tergantung lama di atas awan.

Apakah punca terjadinya kejadian ‘gila’ ini?

Melalui siasatan yang dijalankan dan melalui laporan Aircraft Accident Report, difahamkan bahawa tingkap yang berada di hadapan Ogden tersebut baru sahaja dipasangan 27 jam sebelum penerbangan dilakukan.

Apa yang menjadi masalah adalah ukuran selak skru yang digunakan adalah salah. Dari 90 selak skru yang digunakan, 84 daripadanya mempunyai diameter 0,026 inci (0,66 mm) terlalu kecil.

window-136398564463502601

Manakala selak skru yang lain mempunyai diameter yang betul, tetapi difahamkan pendek 0.1 inci (2.5 mm). Selak skru seharusnya berukuran 0.8 inci dan bukannya bukan 0.7 inci.

Beberapa tahun kemudian, tragedi ini telah didokumentasikan dalam bentuk dokumentari bertajuk Air Crash Investigation – Blow Out, yang memaparkan rekreasi juruterbang dan krew kabin tentang apa yang berlaku dan disiarkan di National Geographic pada tahun 2005.

Terdahulu, salah seorang juruterbang British Aways terpaksa tukar kerjaya menjadi ‘runner’ selepas wabak COVID-19 memberi kesan kepada ekonomi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kesan COVID-19, Juruterbang Tukar Kerjaya Jadi ‘Runner’ Untuk Teruskan Hidup

Lengkap Berpakaian Seragam, Juruterbang Ini Buka Gerai Di Subang Demi Mahu Cari Rezeki

Sejarah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Yang Digelapkan British?