Tutup mata dan ingat balik, pasang video tape memory dulu-dulu. Pengalaman berhijrah ke UK selama 10 tahun. Alhamdulillah Allah memberikan kesempatan setengah daripada usia ku habiskan disana.

Ramai yang sangkakan pastinya aku terdiri dari “Keluarga Senang” dapat duduk UK lama-lama. Hakikatnya bukanlah semuanya senang (petik sekali, 10 yang datang) tidak di’download’kan didalam kamus kehidupan oleh ibubapaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Salah satu kenangan yang terasa manisnya adalah ketika aku sekeluarga lebih dikenali sebagai ‘Keluarga Nelayan’.

Ibuku ‘umi’ membawa kami sekeluarga ke UK dengan niat “agar anak-anak dapat merasa” kehidupan dibumi yang berlainan. Misi utama umi adalah menghabiskan PHD nya. Seperti purata candidate PHD yang lain, umi tidak terkecuali mempunyai cita-cita untuk dapatkan PHD dalam waktu yang ditetapkan (3 tahun).

Manusia itu merancang, Allah yang menentukan. Perjalanan umi agak berliku. Ramai yang sebelumni katakan PHD itu senang, tetapi ketika menempuhinya barulah dapat dilihat jalan yang sebenar. Jatuh dan bangunnya umi dapat kami sekeluarga rasai bersama.

3 tahun kami sekeluarga menetap di Loughborough yang akhirnya umi terpaksa memulakan semula PHDnya di university dan bandar yang berlainan atas faktor supervisornya yang bersikap ‘perkauman’.

Di sinilah detik pengembaraan bermula. Allah tetapkan Sheffield sebagai titik permulaan sejarahnya.

jual-ikan-di-uk-1

Umi diberikan MC selama 6 bulan oleh Doctor GP (General Practitioner) disini kerana keadaan moralnya yang sangat ‘Down’. Tak dapat disangkakan usahanya selama 3 tahun habis begitu saja.

GP melarang umi ke university dan melihat buku sekalipun ketika MCnya ini demi mendapatkan ‘Full Recovery’. Nak jadikan cerita, tak lama kemudian surat biasiswa sampai di rumah.

Surat tertulis, “biasiswa tidak lagi diberikan kepada puan kerana pembalajaran puan sudahpun tamat tempoh” menambahkan lagi asam dan garam di dalam ujian ini.

Abah pula sudah mengorbankan kerjayanya di Malaysia 2 tahun sebelumnya kerana ingin berjuang bersama-sama kami di perantauan. Semestinya umi memerlukan abah untuk berikan ‘ull support memandangkan kami 4 beradik masih lagi didalam umur yang masih kecil / remaja.

Aku masih ingat yang abah hantarkan ratusan hatta ribuan resume’ di UK bagi mendapat pekerjaan untuk menampung kehidupan kami disana. Sungguh Allah itulah yang maha besar. Diujinya abah tidak dapat peluang pekerjaan walaupun abah sudah berpuluh tahun didalam bidangnya telekomunikasi di Malaysia.

Tambahan pula undang-undang di UK ketika itu mengetatkan peluang pekerjaan kepada warga asing. Maka abah mengambil keputusan bekerja sebagai ‘cleaner’ di awal pagi dan petang dan diwaktu tengaharinya bekerja di kilang kotak di Sheffield.

Mengenangkan tiadanya biasiswa, umi akan bangun seawal 4 pagi bagi memasak nasi dan lauk pauk. Abah pula akan bangun sejam kemudian untuk bungkuskan nasi berlauk bagi diniagakan kepada pelajar-pelajar Melayu di Sheffield.

Sungguhlah Allah itu maha memberikan rezeki kepada hambaNya. Didatangkan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Umi dan abah mengambil keputusan untuk memulakan bisness keluarga di Sheffield. Disinilah kami sekeluarga dikenali sebagai ‘keluarga ikan, keluarga nelayan, peraih dan saudagar’.

Baca: Usaha Murni Komuniti Malaysia Pertahankan Bahasa Melayu di Scotland

jual-ikan-di-uk-2

jual-ikan-di-uk-3

jual-ikan-di-uk-4

jual-ikan-di-uk-5

jual-ikan-di-uk-6

Teringat lagi dimana umi sebagai admin akan mengambil order melalui email kepada masyarakat melayu disini. Kepada sesiapa yang inginkan makanan laut dengan harga yang murah boleh diambil seminggu kemudiannya dirumah kami.

Setelah order diambil, hujung minggu kami akan turun ke London, membeli ikan dengan jumlah yang besar. Abah akan membawa kereta seawal 2 pagi dan sampai ke London sekitar 5 pagi di pasar borong ikan di sana.

Pasar borong ini buka dari pukul 3 hingga 7 pagi je. Ketam, udang, kerang, ikan salmon, ikan kembung, merah dan macam-macam lagi semuanya ada.

Setelah membeli kami akan terus balik ke rumah. Disitulah khemah ‘gazebo’ kami pasangkan di belakang rumah. Alhamdulillah rumah sewa kami ini belakangnya luas, maka kami gunakan sebaik mungkin.

Aku ingat lagi abah bahagi-bahagikan tugas. Abah tugasnya memotong dan siang ikan, aku menimbang kerang dan udang mengikut sukatan order, adikku tugasnya meletakkan order-order ikan, kerang, ketam dan lain-lain mengikut susunan.

Abang dan kakak-kakak dari Persatuan Masyarakat Melayu tidak putus-putus datangnya kerumah kami bagi mengambil ikan-ikan yang dipesan. Dari tengahari sehingga ke pagi esoknya barulah selesai misi pembahagiannya.

Dengan sebab-sebab inilah dapat aku rasakan bermaknanya hidup bekeluarga. Memahami dan menolong ketika susah mahupun senang. Aku sedar besarnya pengorbanan ibu dan ayah dalam membesarkan anak-anaknya.

Perniagaan ini diteruskan sehingga umi tamat belajar dan berjaya menggenggam PhD beliau. Inilah rezeki terbesar kami sepanjang di sini disamping turut melakukan kerja-kerja sampingan lain seperti jadi cleaner, kerja kilang kotak dan jual barang di Ebay. Bisnes ikan ini terhenti  sebaik saja kami sekeluarga balik ke Malaysia.

Itulah sebabnya aku sangat kagum setiap kali melihat anak-anak menolong ibu dan ayahnya ketika menjual makanan di pasar malam atau Bazar Ramadhan. Serba sedikit ia dapat mengimbaskan pengalamanku kembali ketika hidup di sana.

Wahai adik-adik yang dikasihi, jangan berasa malu ketika membantu mak dan ayah walaupun mereka hanya berniaga di pasar. Hormatilah mereka, kasihanilah mereka dan doakanlah mereka.

Kerana di situlah letaknya keberkatan. Mereka bertungkus-lumus membesarkan kita, melengkapkan diri kita dengan ilmu dan persediaan dihari mendatang. Ingatlah, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu dan ayah.

Dan ingatlah, tiadanya kita tanpa mereka. Terima kasih umi dan abah.

Nota: Terima kasih juga kepada abang Babul dan Thoriq sekeluarga kerana bersama-sama menjayakan bisnes ikan, A Suzaili Shaari Azu Hashim Nur Hidayu Ahmad Faris Suzaili Aina Syuhada Adneen Safiyya.

Baca lagi: Bekerja Sebagai Pencuci Di Scotland, Lelaki Malaysia Ini Menjadi Perhatian Ramai Kerana Lukisannya