Kucing adalah makhluk yang dekat dengan kita, selalu menjadi binatang peliharaan buat sesetengah manusia. Bagi mereka, kucing adalah pilihan akhir untuk membunuh sunyi.

Kucing juga mampu mengenal tuannya dengan lebih dalam apabila mereka rapat dan sentiasa menghabiskan masa bersama. Tetapi tahukah anda bahawa kucing juga mampu untuk merasa kehilangan?

Itulah yang terjadi di Indonesia apabila kucing peliharaan sangat setia kepada pemiliknya sehingga menolak untuk makan atau minum selepas tuannya meninggal dunia.

Kisah ini telah dikongsi lebih 47,000 kali di Facebook dan ditulis oleh Fadhil Raihana, penjaga kepada Rambo, nama kucing peliharaan.

rambo1-768×1024
Fadhil Raihan

Bagi Fadhil, Rambo mempunyai ikatan istimewa dengan tuannya dan sentiasa “melekat” kepadanya tuannya.

Hari di mana takdir kematian sampai, tuannya itu meninggal dunia, Rambo tiba-tiba jatuh sakit dan hilang selera makan.

Namun, pada malam pertama bacaan tahlil, dia kelihatan cukup sihat dan menemani mereka selama enam malam seterusnya.”Ia akan duduk diam dengan jiran yang membaca doa dan berselawat, seolah-olah ia turut serta.”

Malangnya, keadaan Rambo semakin buruk selepas itu, dan ia dibawa ke doktor haiwan beberapa kali untuk dehidrasi dan pernah ditahan sehingga beberapa hari.

Selepas kucing comel yang merindukan tuannya itu keluar dari hospital, Rambo kelihatan kurang aktif. Dia hanya akan duduk di hadapan televisyen atau membunuh waktu dengan tidur.

“Pandangannya tetap kosong walaupun kami telah mengurusnya dan memberi makan kepadanya dengan makanan yang tinggi dalam vitamin.”

Ternyata, kesakitan yang dilalui oleh Rambo bukanlah fizikal. Menurut doktor haiwan, kucing juga boleh mengalami kehilangan dan berasa sedih.

Ketika di bawa ke kubur, Rambo memilih untuk duduk di hadapan batu nisan ketika mereka membaca doa kepada tuannya.

“Kami hanya boleh menyaksikan Rambo mempunyai momennya dengan bapa saya.” Katanya.

Walau pun tuannya sudah mati, Rambo tetap di sayangi oleh seluruh ahli keluarga. Dia berjaya pulih dari dehidrasi dan kembali aktif seperti sedia kala.

Pada December lalu kami ada menulis tentang cerita sebuah pulau yang menjadi tarikan disebabkan kucing. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pulau Kucing Di Pahang Ini Jadi Tarikan Terbaru Buat Peminat Kucing Di Malaysia

Hotel Di Jepun Tampil Kelainan Sediakan ‘View’ Kucing Comel Buat Pelanggannya

Tular Gambar Anjing Dan Kucing Dipercayai Disembur Pewarna Undang Kemarahan Netizen